Pelakon, Hairul Azreen mendedahkan antara cabaran yang terpaksa dilaluinya sepanjang melakonkan filem bergenre aksi, The Assistant adalah untuk menjaga diet dan mengawal pemakanannya.

Menurut Hairul, sepanjang tempoh tersebut, dia langsung tidak menyentuh minuman manis dan makanan segera.

Katanya lagi, proses tersebut sememangnya agak sukar buat dirinya kerana dia terpaksa menahan lapar bukan sahaja ketika berlakon tetapi juga ketika melakukan adegan-adegan aksi.

“Tuhan Je Tahu Perasaan Saya,” – Tahan Lapar Buat Adegan Aksi, Hairul Azreen Cerita Cabaran Berlakon Filem The Assistant “Tuhan Je Tahu Perasaan Saya,” – Tahan Lapar Buat Adegan Aksi, Hairul Azreen Cerita Cabaran Berlakon Filem The Assistant

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

“Tuhan je tahu perasaan lapar saya bila diet. Video ni selepas scene buka baju. Mungkin senang kalau diet hanya belakon tapi kalau tengah diet kena fight kena berlari MASHAAALAH.

“Lepas tu dapat minum air manis. Guys The Assistant masih kuat di pawagam
jom beli tiket sekarang,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh suami kepada pelakon, Hanis Zalikha itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.

IKLAN

Pada masa sama, Hairul turut berkongsi video reaksinya saat menikmati burger selepas selesai melakonkan salah satu babak di dalam filem tersebut.

“Tuhan Je Tahu Perasaan Saya,” – Tahan Lapar Buat Adegan Aksi, Hairul Azreen Cerita Cabaran Berlakon Filem The Assistant “Tuhan Je Tahu Perasaan Saya,” – Tahan Lapar Buat Adegan Aksi, Hairul Azreen Cerita Cabaran Berlakon Filem The Assistant “Tuhan Je Tahu Perasaan Saya,” – Tahan Lapar Buat Adegan Aksi, Hairul Azreen Cerita Cabaran Berlakon Filem The Assistant

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain turut memuji komitmen yang ditunjukkan Hairul bagi menjayakan sesebuah watak.

“Pengorbanan seorang pelakon yang ramai tak tahu. Semoga segala usaha dan kerja keras membuahkan hasil.

IKLAN

“Anda sentiasa memberikan lebih daripada 100% di setiap filem. Sebab tu saya sokong abang. Terima kasih untuk itu.

“Harap Hairul dapat menang banyak award berprestij selepas ini.

“Nampak kelegaan dan nikmat makan yang ikhlas. Semoha segala usaha Hairul yang bersusah payah untuk filem ini, berhasil dan dilimpahkan rezeki yang berpanjangan.

IKLAN

“Semoga terus berjaya dalam bidang lakonan,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Tuhan Je Tahu Perasaan Saya,” – Tahan Lapar Buat Adegan Aksi, Hairul Azreen Cerita Cabaran Berlakon Filem The Assistant “Tuhan Je Tahu Perasaan Saya,” – Tahan Lapar Buat Adegan Aksi, Hairul Azreen Cerita Cabaran Berlakon Filem The Assistant

Terdahulu, filem The Assistant kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh segara.

Selain Hairul, filem ini juga turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Iedil Putra, Hairul Azreen, Farali Khan dan Hanley Hii.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Hairul Azreen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI