Pencapaian usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM menjadi bualan ramai apabila dia tampil berkongsi momen indah berjaya miliki kediaman berharga lebih RM5 juta di Instagram, baru-baru ini.
Bagaimanapun, perkongsian berkenaan menerima reaksi pelbagai warganet meski ada yang tumpang gembira melihat rezeki yang diraih anak pelakon senior, Normah Damanhuri itu.
Mengulas lanjut, Kak KM bersyukur kerana ia antara hasil titik peluh perniagaan produk yang diusahakan.
“Sebenarnya tanah rumah ini sangat besar, 10,000 kaki persegi. Sebab jika beli rumah baru mungkin susah nak dapat (yang besar) macam tu. Ia rumah lama. Boleh je kalau nak duduk balik, tinggal lagi kalau boleh saya mahu ia semua baru.
“Jadi kita nak runtuhkan, ‘naik’ balik yang baru. Lokasinya di Ampang. Sebenarnya harga lebih (RM5 Juta), nanti dikatakan berlagak pula. Baru cakap RM5 Juta orang dah marah sangat, kata kita nak menunjuk-nunjuk.
“Padahal kita bukan nak menunjuk, kalau tak boleh tengok tutuplah Instagram tu, betul tak?,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan.
Turut dilancarkan pada majlis sama ialah Starvendors Kedah Raya Fest 2022 di Malaysia Grand Bazaar @ Lalaport, Bukit Bintang City Center pada Rabu.
“Kita bagi masa dalam setahun sebab nak runtuhkan semua nak naikkan balik. Sebab kita ambil keputusan untuk ubah suai kerana anak bertambah, kalau boleh biarlah bilik seorang satu. Untuk mak dan mertua, untuk bilik sendiri juga.
Ads
“Malah kalau boleh nak adakan surau. Nak lebihkan benda itu, nak ada surau,” katanya yang turut mendedahkan memiliki kediaman berkenaan sebagai impian yang tercapai.
Sementara itu, Kak KM akui ikhtiar mahu memberikan yang terbaik sebagai anak, ibu dan isteri. Itu antara rahsia kejayaannya hingga kini.
“Pertama sekali, memang kena buat baik dengan mak bapak. Macam mana marah pun, kita tak boleh cakap fasal mereka, tak boleh nak marah-marah mereka. Mak cuma satu. Kalau nak berkatlah.
“Selain itu kita kena jaga bahagian, tanggungjawab kita. Kita dengan anak-anak, suami dan adik-beradik. Kena jaga benda tu dulu. Bagi saya itulah asasnya.
Ads
“Kemudian barulah sibukkan untuk benda lain. Mak dengan mak mertua itu memang nombor satu,” katanya lagi.
Rumah banglo berkenaan merupakan kediaman ketujuh yang dimilikinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan episod akhir drama Curi-Curi Cinta malam ini, heroinnya, Zahirah MacWilson ada berkongsi sedutan video di balik tabir drama berkenaan yang mengundang tawa di kalangan peminat.
Semuanya gara-gara gelagat lucu dan spontan tunangnya, Aiman Hakim Ridza yang dikatakan tersasul saat menghafal skrip.
Lalu, aktor tinggi lampai itu turut dilihat menyanyi beberapa bait lagu Sedetik Lebih nyanyian asal Anuar Zain bagi menjayakan babak.,
Situasi tersebut nyata menghiburkan hati Zahirah bersama krew saat babak di dalam sebuah kereta.
“Behind the scenes. Susah gila nak tahan gelak shoot dengan Aiman ni. Ada je buat lawak. Ira tengah pegang phone sbb buka lyrics incase dia lupa haha!
“Time scene Danial ckp dia tak nak anak tu Ber-Bin atau Ber-Binti dgn nama dia.. dia boleh tibe2 ckp “aku tak nak anak tu ber bin atau ber binti dgn… ULTRAMAN”
Dah lah scene serious… aduh.
“Scene dia paksa Intan cium tangan pun tahaaaaan je gelak .. cm mne Intan tak stress. Anyway, I hope you all enjoyed this drama! Final episode tomorrow! Missing the CCC team!,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sementara itu, para peminat bintang cantik itu turut meninggalkan komen pelbagai. Antaranya;
Terdahulu, drama Curi-Curi Cinta telah mencetuskan fenomena tersendiri sejak ia ditayangkan menerusi saluran Astro Ria di slot MegaDrama bermula hujung April lalu.
Turut sama berlakon di dalam drama rantain berkenaan ialah Fauziah Nawi, Uyaina Arshad, Talha Harith, Adam Lee dan ramai lagi.
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aduhai…ramai yang risau dan tak kurang yang kagum apabila menonton gelagat pelakon, Shima Anuar yang gigih pasang langsir baru sempena raya meski sedang sarat hamil enam bulan.
Apa tidaknya, video yang dikongsikan menerusi Instagram milik bintang itu merakamkan aksinya yang memasang langsing dengan menggunakan tangga.
Diringi lagu Selamat Hari Raya dendangan biduanita Allahyarhamah Puan Sri Saloma, Shima yang mengenakan gaun senteng dilihat beberapa kali naik turun tangga bagi menyiapkan proses pemasangan langsir.
Lalu di ruangan komen, para peminat seakan tidak percaya lalu meninggalkan komen pelbagai terhadap video bintang Highland Tower tersebut.
“Selamat Hari Raya.Hahaha,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen video tersebut.
Umum sebelum ini pasti sedia tahu mengenai kisah pasangan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang ada mengambil seorang insan kelainan upaya (pekak dan bisu) sebagai salah seorang staffnya, Syukri.
Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, kelibat pemuda berusia awal 20-an itu sudah jarang kelihatan menerusi mana-mana perkongsian milik pasangan ini di media sosial, hingga ada yang bertanya mengenai hal tersebut.
Lalu, awal semalam bagi menghentikan sebarang spekulasi andai akhirnya boleh memberi fitnah kepada mana-mana pihak, Shahida ada memberikan serba sedikit penjelasan mengenai hal tersebut menerusi Insta Stories.
Memetik apa yang ditulis ibu kepada empat cahaya mata ini, dia sebenarnya sudah malas untuk membuka cerita akan tetapi memikirkan ada yang cuba menabur fitnah, dia akhirnya terpaksa memperjelas bagi mengelakkan berlakunya salah faham.
Media Hiburan sebelum ini ada memuat naik video mengenai kisah awal Syukri yang mahu bekerja bersama pasangan usahawan ini menerusi YouTube.
Foto: Instagram DS Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah dilaporkan sudah sedar dan kini berada dalam pemantauan doktor di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, selepas pengsan di...