Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui kecewa dengan sikap segelintir pengusaha bisnes yang mengambil kesempatan dengan menggunakan fotonya bersama suami tanpa kebenaran untuk mempromosikan produk mereka.

Menurut Siti, tindakan seperti ini disifatkan amat tidak bertanggungjawab kerana ia bakal mengelirukan para pengguna.

“Bila Saya Diam, Makin Rancak…,” – Siti Nurhaliza Tempelak Siapa? “Bila Saya Diam, Makin Rancak…,” – Siti Nurhaliza Tempelak Siapa?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Bila saya diam, makin rancak menyebarkan perniagaan yang tak melibatkan saya atau suami. Gambar saya dan suami dipaparkan dalam iklan perniagaan serta testimoni juga.

“Saya dah banyak kali hadapi perkara ini, pesan saya, berniagalah cara yang betul. Jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain.

IKLAN

“Kepada anda yang ada membaca, membeli atau terlihat iklan-iklan sebegini, saya ingin menjelaskan bahawa saya dan suami tidak ada kena mengena dengan produk mereka,” tulisnya.

Rasa kecewa itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Bila Saya Diam, Makin Rancak…,” – Siti Nurhaliza Tempelak Siapa? “Bila Saya Diam, Makin Rancak…,” – Siti Nurhaliza Tempelak Siapa? “Bila Saya Diam, Makin Rancak…,” – Siti Nurhaliza Tempelak Siapa?

Katanya lagi, dia juga tidak pernah terlibat dengan mana-mana produk lain selain daripada produk-produk yang dipromosikan di laman Instagram miliknya sendiri.

IKLAN

Lantaran itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menyeru kepada para peniaga suapaya menjalankan bisnes mereka dengan betul agar mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT.

“Produk saya adalah @officialsimplysiti @beausitiofficial @afiya.my serta ada produk shampoo kolaborasi dengan @sugardollbynn.

Berniagalah untuk mencari keberkatan dan bukan untuk melariskan produk dengan memggunakan iklan palsu.

IKLAN

“Saya harap kita sebagai pengguna akan lebih peka dengan iklan-iklan seumpama ini,” kongsinya lagi.

“Bila Saya Diam, Makin Rancak…,” – Siti Nurhaliza Tempelak Siapa? “Bila Saya Diam, Makin Rancak…,” – Siti Nurhaliza Tempelak Siapa? “Bila Saya Diam, Makin Rancak…,” – Siti Nurhaliza Tempelak Siapa?

Pada masa sama, Siti turut berharap agar perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI