
Penyanyi Indonesia, Fajar Noor mengakui dia tidak kisah sekiranya jodoh hadir lebih awal meskipun ketika ini sedang memberi fokus terhadap perkembangan kerjaya nyanyiannya.
Menurut Fajar, dia juga tidak pernah meletakkan syarat atau batasan dalam soal percintaan selagi hubungan tersebut tidak mengganggu perjalanan seninya.


“Bagi saya, kerjaya dan cinta boleh berjalan seiring. Jika ada jodoh, Alhamdulillah.
“Jika tidak, saya teruskan sahaja perjalanan sendiri. Sekarang, masih belum ada,” katanya kepada MH.
Fajar berkata demikian ketika ditemui pada Showcase Sementara, Selamanya yang berlangsung di Aloft KL Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Terbuka Jika Bertemu Jodoh Dari Malaysia
Mengulas mengenai perhatian yang diterima selepas namanya semakin dikenali, Fajar menafikan dirinya sering diganggu peminat.


“Oh tidaklah sampai begitu. Semuanya masih dalam keadaan terkawal dan biasa sahaja,” ujar penyanyi Menjaga Hati itu lagi.
Dia pada masa sama turut terbuka sekiranya dipertemukan jodoh, termasuk dari Malaysia.
“Siapa sahaja jodoh saya itu nanti, itulah yang terbaik.
“Kalau dari Malaysia pun tiada masalah, di sini pun ramai yang cantik,” selorohnya.
“Apa yang penting, dia perlu memahami diri saya dan mengenali saya seadanya.
“Selain itu, saling menyayangi itu paling utama,” jelasnya lagi.
Syukur Album Baharu Terima Sambutan Positif
Dalam pada itu, Fajar meluahkan rasa syukur apabila album terbaharunya berjudul Sementara Selamanya menerima sambutan yang baik daripada peminat di Malaysia.


“Alhamdulillah, perkembangan saya di sini semakin baik.
“Ketika pertama kali datang ke Malaysia, saya hanya mempunyai dua single iaitu Tahta Hatiku dan Menjaga Hati.
Anda mungkin berminat dengan
“Namun apabila kembali semula ke sini, saya sudah mempunyai sebuah album. Ia satu pencapaian besar buat saya,” katanya.
Tambah Fajar, impiannya untuk memiliki album sendiri akhirnya menjadi kenyataan pada tahun ini hasil sokongan pihak pengurusan.
“Tahun ini saya memang sasarkan untuk melancarkan sebuah album.
“Alhamdulillah, ia berjaya direalisasikan bersama Universal Music yang saya anggap sebagai rumah kedua.
“Saya sangat bersyukur kerana album ini dapat didengari oleh semua dan berpeluang mengadakan ‘showcase’ sekali lagi di Malaysia,” akhirinya.
Terdahulu, Fajar mengadakan showcase Sementara, Selamanya yang menghimpunkan lebih 600 peminat di Aloft KL Sentral pada 14 Ogos lalu.
Album Sementara Selamanya yang mengetengahkan tema cinta dan kehilangan kini boleh distrim menerusi semua platform penstriman digital.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

