Ads

“Allah Tahu Niat Saya,” – Demi Fatima, Fazura Kekal Bina Hubungan Baik Dengan Fattah Amin

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura bersyukur apabila hasratnya untuk mengekalkan hubungan baik bersama bekas suami yang juga aktor, Fattah Amin mendapat reaksi positif peminat.

Menurut Fazura, segala apa yang dilakukan adalah atas niat yang baik, terutama demi memastikan kebajikan dan masa depan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya terus menjadi keutamaan.

“Allah Tahu Niat Saya,” – Demi Fatima, Fazura Kekal Bina Hubungan Baik Dengan Fattah Amin

“Alhamdulillah, yang penting sekali Allah tahu niat saya. Kepentingan ketika ini adalah Fatima. Dia pun sudah nak masuk usia enam tahun.

“Jadi, kami sepakat untuk fokus pada Fatima. Itu sahaja,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Gol Dan Gincu itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara pertunjukan fesyen Zaimi Zulkafli sempena Kuala Lumpur Fashion Week 2026 (KLFW2026) yang berlangsung di KLCC, pada Sabtu.

Fatima Luangkan Masa Bersama Bapa

Dalam pada itu, Fazura turut memaklumkan anaknya, Fatima tidak bersamanya ketika menghadiri acara berkenaan kerana sedang meluangkan masa bersama Fattah.

Ads

“Allah Tahu Niat Saya,” – Demi Fatima, Fazura Kekal Bina Hubungan Baik Dengan Fattah Amin

“Fatima tiada hari ini. Dia bersama bapanya hari ini. Kalau dia datang sekali pun, dia akan enjoy dengan pertunjukkan fesyen ini. Cuma hari ini, saya ada me time,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai perkembangan kerjaya, Fazura memaklumkan dirinya kini sibuk menguruskan bisnes, lebih-lebih lagi selepas bersara daripada dunia lakonan drama.

Bagaimanapun, Fazura dikhabarkan bakal terlibat dalam sebuah projek yang kini masih lagi di fasa perbincangan.

Ads

“Allah Tahu Niat Saya,” – Demi Fatima, Fazura Kekal Bina Hubungan Baik Dengan Fattah Amin

“Saya kini sibuk bekerja, cari rezeki besarkan anak dan kembangkan bisnes. Saya sudah bersara daripada berlakon drama manakala filem pula, kita tunggu perkembangan selanjutnya.

“Jika ada rezeki, kita akan buat pengumuman tidak lama lagi,” kongsinya.

Ads

Sebak Lihat Hasil Kerja Keras Zaimi Zulkafli

Ditanya mengapa dirinya kelihatan sebak selepas tamat acara pertunjukan fesyen Zaimi Zulkafli, Fazura memaklumkan dirinya amat berbangga melihat hasil kerja keras pereka dan seluruh pasukannya.

Anda mungkin berminat dengan

“Allah Tahu Niat Saya,” – Demi Fatima, Fazura Kekal Bina Hubungan Baik Dengan Fattah Amin

“Saya memang peminat dan klien setia Zaimi Zulkafli. Mereka ini sudah seperti adik-adik saya. Bila diberikan bunga tadi, sebagai ‘hati tisu’, saya jadi sebak.

“Saya sangat bangga dengan perjalanan seluruh pasukan Zaimi Zulkafli.

“Mereka bekerja keras sejak beberapa bulan yang lalu. Saya terharu melihat hasilnya hari ini,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Hasrat Ke Final Tak Kesampaian… Aliff Kimiey Raih Markah 77% &...

Hasrat peserta Qilo dan Aliff Kimiey untuk beraksi di pentas akhir Big Stage X Rocketfuel (BSR), Ahad depan tidak kesampaian apabila kedua-duanya diumumkan tersingkir...