Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir sekali lagi ‘bersuara’ menerusi mesej dan nasihat menerusi single terbaharu, Santai.

Mengingatkan kembali kepada lagu Ragaman yang sarat dengan ‘teguran’ dalam kehidupan berumah tangga, Santai yabg dihasilkan bersama Ezra Kong yang pastinya mampu menjentik hati setiap pendengar.

Faizal,44, atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir berkata, idea menghasilkan lagu berkenaan hadir secara spontan.

“Idea ini datang secara spontan bersama Ezra Kong sewaktu dia menyebut perkataan santai dalam satu sesi menulis lagu. Idea lirik dan hala tuju lagu secara keseluruhannya berdasarkan sikap kita yang sentiasa tergesa-gesa atau terburu-buru dalam membuat atau mendapatkan sesuatu.

“Malah, sikap tergesa-gesa manusia ini sudah disebut oleh Allah SWT dalam al-Quran,” katanya.

Sama seperti kebanyakan lagu yang pernah dihasilkan, Faizal tidak hanya memberi fokus kepada komposisi lagu semata, sebaliknya mengutamakan mesej baik untuk disampaikan.

IKLAN

Faizal Tahir Lancar Santai, Bukan ‘Sambungan’ Lagu Ragaman; “Idea Datang Secara Spontan Bersama Ezra Kong.”

Faizal Tahir Lancar Santai, Bukan ‘Sambungan’ Lagu Ragaman; “Idea Datang Secara Spontan Bersama Ezra Kong.”

Faizal Tahir Lancar Santai, Bukan ‘Sambungan’ Lagu Ragaman; “Idea Datang Secara Spontan Bersama Ezra Kong.”

IKLAN

“Kelebihan lagu Santai ini adalah dalam mesej dan cara penyampaiannya. Lagu ini membawa getaran yang sangat santai dan mudah dihadam berbagai lapisan masyarakat.

“Kita lebih mudah memahami dan menghadam perkara yang lebih dekat dengan kita. Setiap nasihat atau teguran dalam karya saya adalah untuk diri saya sendiri terlebih dahulu. 

“Saya harus memahami dan mampu menghadam mesej dari karya saya terlebih dahulu. Itu yang paling penting. Sekiranya pendengar mendapat manfaat dari menghayati karya saya, maka ia satu bonus untuk saya,” katanya lagi.

IKLAN

Sementara itu, Santai bukanlah kesinambungan daripada lagu Ragaman biarpun lirik berunsurkan nasihat.

“Lagu Santai bukanlah satu kesinambungan kepada karya Ragaman. Mesej Ragaman lebih ‘direct’ dan ‘straightforward’ mengenai ragam kehidupan suami isteri.

“Sementara lirik lagu Santai lebih berkias dan boleh digunapakai dalam apa sahaja situasi kehidupan harian kita,” katanya.

Untuk rekod, Faizal kali terakhir bekerjasama dengan Ezra Kong kira-kira empat tahun lalu. 

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI