Usahawan yang juga kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor mendedahkan hubungan bersama suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin masih lagi baik.
Ia sekaligus menjawab spekulasi segelintir netizen yang mendakwa hubungan mereka bermasalah susulan tindakannya yang memadam gambar dengan suami, di Instagram sebelum ini.
Bagaimanapun Noor Nabila tidak menafikan, adat dalam berumah tangga pasti akan ada pasang surutnya.
“Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama. Doakan kami. Cuma, saya padam gambar bersama suami sebab merajuk.
View this post on Instagram
“Biasalah dalam perkahwinan ada turun naik. Waktu itu saya tengah geram. Saya tak buang pun gambar, tapi ‘archive’ saja. Macam tu lah.
“Cuma bila kita jadi perhatian, perkara kecil pun menjadi besar. Padahal semua perempuan pun kalau gaduh perkara pertama dia akan buat (padam gambar). Saya merajuk lama tau,” katanya.
Kakak kepada Noor Neelofa itu berkata demikian ketika ditemui di majlis perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan dan Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari di sini, malam tadi.
Noor Nabila menambah, dia sedar akan implikasi atas tindakannya itu hingga menjadi bualan dan sorotan pihak media.
“Sebenarnya saya tahu implikasi itu. Macam Lofa dan keluarga bila dia menjadi perhatian, tempiasnya pun tetap kena pada saya juga. Saya sepatutnya berhati-hati. Tapi kita manusia, perempuan dan berjiwa lembut.
“Saya tak terkejut, tapi dapat rasa perkara ini dapat perhatian. Tapi sebab masa tu geram, jadi tak fikir. Kadang bila orang orang menilai, kita abaikan saja. Kita tak boleh puaskan hati semua orang,” katanya lagi.
Terdahulu, pada Julai lalu kisah rumah tangga pasangan ini menjadi teka-teki apabila Noor Nabila didakwa telah memadam semua foto bersama suaminya di media sosial.
Namun, Noor Nabila memuat naik hantaran video di TikTok yang memaparkan suaminya sedang menjadi imam solat di rumah mereka, bulan lalu.
Kelibat Engku Emran dalam video itu jelas kelihatan ketika anak Noor Nabila, Jebat Jayden mengambil telefon bimbit yang digunakan untuk merakam dirinye yang sedang solat sebelum diletakkan di bahagian.
View this post on Instagram
Noor Nabila dan Engku Emran selamat berkahwin pada 19 Mac tahun lalu.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI