‘Common sense’ merupakan antara salah satu nilai hidup yang sangat penting perlu diterapkan buat setiap manusia dan ia harus dipupuk sejak kita masih kecil lagi.

Ia merupakan satu tugas yang penting buat ibu bapa untuk menunjukkan contoh yang baik buat anak-anak mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

Sebagai contoh, tindakan penyanyi dan usahawan, Datuk Fazley Yaakob mengemop lantai di sebuah kedai serbaneka menerima pujian daripada netizen kerana telah menunjukkan contoh serta tauladan yang baik buat orang ramai.

“Kelam Kabut Pinjam Baldi & Mop…,” – Netizen Puji Fazley Cuci Muntah Anak Dalam Kedai Serbaneka “Kelam Kabut Pinjam Baldi & Mop…,” – Netizen Puji Fazley Cuci Muntah Anak Dalam Kedai Serbaneka

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Fazley, 44, memuat naik video tersebut dia sedang membersihkan muntah anaknya tanpa melibatkan ‘campur tangan’ daripada staf kedai tersebut.

“Piyush termuntah di kedai? Hahaha, masih saya ingat masa ni, Fierudz masih kecil lagi, tak ingat apa yang dia makan, terus termuntah masa sampai kedai.

“Kelam-kabut saya pinjam baldi dan mop dari kedai tu. Nak marah (anak) kasihan dan masa yang sama, yang muntah tu anak saya, takkanlah saya nak tinggal dan biar pekerja kedai yang bersih kan?

IKLAN

“Kalau anda, anda buat apa,” tulis Fazley di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Rata-rata netizen berasa kagum dengan tindakan Fazley yang enggan menyusahkan pekerja kedai untuk membersihkan kekotoran tersebut.

“Alhamdulillah, contoh a good Muslim dan tauladan yang bagus buat masyarakat dan anak-anak.

“Kejadian yang rare berlaku, kalau orang lain dah keluar tinggalkan sahaja… staf yang akan buat. Respek Datuk!

IKLAN

“Kelam Kabut Pinjam Baldi & Mop…,” – Netizen Puji Fazley Cuci Muntah Anak Dalam Kedai Serbaneka “Kelam Kabut Pinjam Baldi & Mop…,” – Netizen Puji Fazley Cuci Muntah Anak Dalam Kedai Serbaneka

“Inilah contoh yang baik! Pernah berlaku depan saya budak jatuhkan aiskrim, mak dia marah-marah dan anak dia nak kutip dan cuci, tapi mak dia tarik dan cakap biar cleaner buat.

“Saya cakap ‘eh anak puan yang jatuhkan aiskrim ni’ dan dia jawab ‘tak payah nak ajar aku’ dan dalam masa yang sama, cleaner datang dan cakap ‘takpa dik, biar saya cuci, tiada masalah’ saya hanya geleng kepala sahaja, sebab bagi saya anak-anak ni belajar daripada sikap ibu bapa, orang sekeliling dan terdekat mereka,” komen beberapa netizen.

Video itu juga menarik perhatian pekerja kedai tersebut yang turut mengucapkan terima kasih di atas timbang rasa yang ditunjukkan Fazley terhadap mereka.

IKLAN

“Datuk, saya ingat lagi sebab masa ni syif saya tengah kerja. Kami nak cuci tapi Datuk minta pada kami mop dan baldi sebab Datuk nak cuci sendiri. Terima kasih Datuk,” tulis pekerja kedai tersebut.

Sekadar info, Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada 2007.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 14, Ahmad Fieradz Shah, 13, Ahmad Firudz Shah, 11, dan Alayna Selma, 5 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Datuk Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI