
Isi Kandungan
TogglePelakon Eyka Farhana menafikan dakwaan yang mendakwa dia bakal melangsungkan perkahwinan secara tertutup bersama tunangnya yang juga pemain bola sepak, Akhyar Rashid.
Menurut Eyka, 30, walaupun majlis raja sehari tu akan diadakan dalam suasana sederhana, ia tetap dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat dari kedua-dua belah pihak.
Jemput Keluarga & Sahabat Terdekat
“Tidaklah ‘private’, saya ada jemput ahli keluarga dan teman rapat. Tapi very limited. Persiapan alhamdulillah semuanya okay. Dalam 80 peratus begitu.
Berdebar saat menantikan momen diijab kabul, pelakon filem Polis Evo 3 itu turut bersyukur kerana ramai yang mendoakan kebahagiaannya bersama pasangan.
“Alhamdulillah, amin. Itulah juga yang sebenarnya kami harapkan. Orang kata untuk mulakan hidup baharu sebagai suami isteri ini menuntut kita untuk banyak belajar dan sebagainya.
“Jadi terima kasih sebab selalu mendoakan yang baik-baik dan kebahagiaan untuk kami. Saya hargainya,” katanya lagi. Pada majlis sama, Eyka turut ditemani Akhyar.
Terbuka Untuk Terus Berlakon
Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Wan Sarmizi turut menyatakan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada atlet, tanpa meninggalkan minat dan kerjayanya sebagai pelakon.
“Insya-Allah, setakat ini Akhyar tiada apa-apa halangan untuk izinkan saya terus aktif berlakon. Malah dia sentiasa menyokong perjalanan seni saya.
“Cuma impian saya sudah tentulah untuk bergelar ibu pula selepas ini. Jadi isteri dan ibu yang terbaik,” katanya lagi.
Saling Faham Kerjaya
Saling memahami tuntutan kerja masing-masing, pasangan sama cantik sama padan ini turut praktikal terhadap komitmen kerjaya selepas bergelar suami isteri.
“Kami kenal lama dan sudah saling memahami soal kerja. Sebelum ini pun pernah perhubungan secara jarak jauh. Cuma situasi selepas ini mungkin sedikit berubah misalnya dari segi masa.
“Jadi mungkin siapa tahu aelepas kahwin nanti kalau suami terpaksa bermain di luar Kuala Lumpur saya akan ikut dan kalau saya ada kerja di Kuala Lumpur, saya akan pulang.
“Kerja sebagai pelakon agak praktikal kerana kita sendiri yang tentu waktu kerja kita,” jelasnya lagi.
Imbas kembali, Eyka dan Akhyar yang dijangka bakal berkahwin awal Mei ini mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos 2024, namun hanya berkongsi berita gembira itu kepada umum tiga bulan kemudian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setakat Ini Ibu Okay, Baby 50-50. Kalau Berjalan, Berdarah…,” – Uri Bawah, Aliff Syukri Simpati Keadaan Shahida

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan isterinya Datin Seri Shahida yang kini sedang hamil anak keenam dinasihatkan doktor untuk menggunakan kerusi roda selama beberapa bulan.
Ia susulan masalah kedudukan uri yang berada di bawah selain demi menjaga kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Malah Shahida pernah dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan kira-kira empat hari lalu.
“Posisi uri dia ke bawah ketika mengandung. Pengalaman pertama kali dialami isteri. Tak boleh berjalan dalam 10 langkah saja boleh berdarah. Jadi ia boleh membahayakan ibu dan bayi dalam dalam kandungan. Tak boleh berjalan dalam tiga ke enam bulan.
“Setakat ini ibu okay, baby 50-50. Kalau berjalan, berdarah mungkin tiada rezeki. Sekarang ini memang nak jaga,” katanya kepada MH.
Mengulas insiden pendarahan Shahida baru-baru ini, penyanyi Ingin Bahagia ini turut bersimpati dan menyifatkan apa yang berlaku mengejutkannya.
“Masa tu saya sedang buat ‘IG Live’. Kemudian isteri beritahu dia alami pendarahan. Saya terkejut dan ingatkan keguguran.
“Bila ke hospital, doktor beritahu kalau lambat dirawat, mungkin bayi meninggal.
“Alhamdulillah semuanya baik cuma isteri kena kurangkan berjalan, nak kemana-mana pakai kerusi roda. Ketika ini dia juga tidak ke pejabat, perlu berehat,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Noraniza, Yantzen & Mus May Turut Sama Bersaing, Ini Dia 14 Senarai Peserta GV7

Bakal bersiaran 11 Oktober depan, program hiburan realiti Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) dihangatkan dengan penyertaan barisan penyanyi berpengalaman yang bukan calang-calang.
Mengangkat tagline ‘Mara Suara Membara’ untuk edisi terkini, GV7 bakal dianjur mengikut SOP.
Disertai oleh 14 peserta, ini dia barisan peserta GV musim terbaru yang dahulunya pernah memeriahkan dunia seni tanah air.
Enam peserta solo lelaki yang bersaing ialah vokalis kumpulan May iaitu Mus, bekas vokalis May dan Rusty Blade, Yantzen.
Turut berada di dalam senarai ialah Cliff Umar Aju, Oja dan Nomad.
Sementara senarai penyanyi solo wanita yang bakal mewarnai musim ini ialah Noraniza Idris, Rozita Izlyn, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Ashira dan Haslinda.
Manakala dua buah kumpulan yang turut sama akan menyahut cabaran ialah Indigo dan Eva.
GV7 juga masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional.
Terdahulu, penyanyi Ayai Ilusi yang bersaing di GV musim pertama, Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5) serta Naqiu dan Hady Mirza (GV6) telah dinobatkan sebagai juara.
Konsert mingguan GV7 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pernah Alami 4 Kali Pembedahan ACl Sekali Scop Di Lutut, Sekali Di Tangan,” – Zaquan Adha Diminta Bersara, Namun Baca Penjelasannya

Berkongsi sebuah rakaman perlawanan yang memperlihatkan dirinya sedang menggelecek bola sebelum tersungkur, bintang bola sepak, Zaquan Adha berkongsi masalah yang membelenggunya sehingga kini.
Ulasnya, kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) menyebabkan dia tidak mempunyai keseimbangan badan yang baik.
ACL merupakan salah satu daripada 4 bahagian ligamen yang mengikat tulang peha (femur), tempurung lutut (patella) dan tulang-tulang keting (tibia dan fibula) dan kecederaan berlaku apabila ACL putus atau terkoyak.
“Alhamdulillah..bukan riak tetapi sy ingin berkongsi kepada semua dan rakan2..sy bukanlah pemain bola yg hebat tetapi sy tau sy mempunyai semangat yg kuat dan dikelilingi keluarga yg sentiasa berada dikala sy jatuh.
“Sepanjang karea sy bermain bola selama ini sy pernah mengalami 4 kali operations ACl 1kali scop di lutut,1 kali operation di tangan.
“Jika ada yg sentiasa sering mempersoalkan kenapa sy sering jatuh di padang ini lah sebenarnye yg sy terpaksa lalui dan apabila seseorang atlet telah mengalami kecederan ACL ia dikira sebagai satu kecacatan kekal dan mungkin stability badan tidak begitu baik dan mungkin itu menyebabkan sy sering jatuh,” jelas Zaquan.
Tambahnya, kecacatan yang berlaku tidak menghalangnya untuk terus beraksi di padang walau ada pihak yang meminta untuknya bersara.
“Tetapi apa pun alhamdulillah sy bersyukur allah sentiasa memberi kekuatan dan rezeki kepada sy untuk terus bermain sehingga sekarang.
“Jadi kepada rakan dan sesiapa sahaja athlete yg mengalami kecederaan tolong jgn giveup.
“Percaya pada rezeki anda kuatkan semangat anda. Set dalam pemikiran anda yg anda kuat dan yg paling penting jaga kedua ibu bapa kt.
“Sy dikritik dan diminta supaya bersara bermain bola tetapi sy yakin rezeki itu datang dari allah dan sy percaya apa yg diberi adalah amanah dari allah.
“Apa yg paling penting sy tidak akan berputus asa,sebab org yg berputus asa adalah org yg gagal. Ambil kutukkan dan cacian mereka ini sebagai satu pembakar semangat untuk kt bangkit.
“Ikhlas jujur dengan kerja kt insyaallah benda yg baik akan datang kepada kt..kita manusia biasa dan bukan sentiasa akan berada di atas,” katanya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on
Kagum dengan semangat juang suami kepada Ayu Raudhah itu, netizen memuji corak permainan atlet berkenaan dan menyifatkannya sebagai hero di padang.
Apabila minat mengatasi segala-galanya. Tiada apa yang dapat menghalang. Betul tak?
Foto – Zaquan Adha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI