Ads

Siti Nurhaliza Hayati Derita Seorang Ibu, Rakam Lagu Tema Filem Telaga Suriram

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dipilih menyanyikan lagu tema untuk filem seram psikologi terbaharu arahan Osman Ali, Telaga Suriram.

Lagu bertajuk Sesal ini adalah hasil ciptaan komposer dan penulis lirik, Nurzaidi Abd Rahman, yang sebelum ini turut menggubah lagu tema filem Ombak Rindu.

Lagu Sesal diterbitkan oleh Odissi Creative Sdn Bhd dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia, dengan susunan muzik oleh Eddie Slam dan alunan seruling oleh Mohar.

Lagu ini dihasilkan sepenuhnya dengan inspirasi daripada naratif dramatik dan menyayat hati filem Telaga Suriram, yang mengisahkan penderitaan seorang ibu dalam pencariannya terhadap anak perempuannya yang hilang secara misteri.

Penuh Makna

Menurut penerbit filem, sebaik sahaja Osman Ali mendengar lagu tersebut, dia merasakan Sesal sangat tepat untuk dijadikan lagu tema rasmi filem tersebut.

Malah, Osman dan pasukan produksi turut yakin bahawa hanya Siti Nurhaliza yang mampu menyampaikan emosi berat dan penderitaan mendalam watak ibu yang merindukan anaknya melalui nyanyian yang penuh jiwa.

Ads

Lagu Sesal bukan sahaja menyentuh tema kesedihan dan kerinduan, tetapi juga menggambarkan intensiti keganasan dan ketegangan yang menjadi nadi penceritaan dalam filem Telaga Suriram.

Melalui vokal Siti yang penuh perasaan, lagu ini memberi kesan mendalam kepada pendengar, menyelami keperitan jiwa seorang ibu yang kehilangan.

Siti Nurhaliza Hayati Derita Seorang Ibu, Rakam Lagu Tema Filem Telaga Suriram Siti Nurhaliza Hayati Derita Seorang Ibu, Rakam Lagu Tema Filem Telaga Suriram Siti Nurhaliza Hayati Derita Seorang Ibu, Rakam Lagu Tema Filem Telaga Suriram Siti Nurhaliza Hayati Derita Seorang Ibu, Rakam Lagu Tema Filem Telaga Suriram Siti Nurhaliza Hayati Derita Seorang Ibu, Rakam Lagu Tema Filem Telaga Suriram

Penggambaran Muzik Video

Penggambaran video muzik (MV) untuk lagu Sesal telah dijalankan di Studio Kayangan di bawah arahan Shuhaimi Zulkefli.

Ads

Turut memainkan peranan penting dalam menjayakan kolaborasi ini ialah penerbit bersekutu, En. Wan Farid Wan Abdullah dan Julian Tan, yang menjadi antara tulang belakang utama dalam merealisasikan kehadiran Siti Nurhaliza sebagai penyanyi utama lagu tema filem ini.

Sesal kini boleh didengari di semua saluran digital streaming pilihan anda dan video muziknya boleh ditonton menerusi saluran YouTube Universal Music Malaysia.

Telaga Suriram membawa kisah sebuah kampung terpencil yang digemparkan dengan kehilangan misteri seorang kanak-kanak perempuan.

Ads

Tragedi ini mencetuskan kekacauan dan rasa tidak percaya dalam kalangan penduduk, yang akhirnya mula menyebarkan khabar angin berkaitan pengorbanan syaitan.

Anda mungkin berminat dengan

Ketika gangguan semakin meruncing, rahsia kelam dan rasa malu yang tersimpan mula terbongkar satu persatu, membuka tirai kepada sebuah kebenaran yang mengerikan.

Telaga Suriram akan ditayangkan secara rasmi di seluruh pawagam bermula 1 Mei ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Kami Tak Layak Dibandingkan Dengan Tun Mahathir & Allahyarhamah Tun Hasmah,...

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap dirinya dan bakal isteri, Bella Astillah tidak layak untuk dibandingkan dengan pasangan negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.