Pertandingan fotografi kebangsaan ‘Eyes on the Wild’ anjuran WWF-Malaysia dengan kerjasama Astro dan Love Nature membuka ruang baharu buat rakyat Malaysia meraikan keindahan biodiversiti negara sambil menyemai kesedaran terhadap pemuliharaan alam semula jadi.
Bermula dari Julai hingga September 2025, pertandingan ini menghimpunkan jurugambar amatur dan profesional seluruh Malaysia untuk mengetengahkan hasil karya kreatif mereka yang merakam keunikan flora dan fauna tempatan.
Kemuncaknya diraikan menerusi pameran umum di The LINC KL yang merupakan penaja lokasi rasmi bermula dari 29 Oktober hingga 4 November 2025, menampilkan 20 karya terbaik hasil lensa jurugambar berbakat.
Menurut Pengarah Pemasaran dan Komunikasi WWF-Malaysia, Rozzana Basri, pertandingan ini bukan sekadar platform untuk menonjolkan bakat, tetapi juga satu cara halus untuk mendidik masyarakat agar lebih menghargai alam sekitar.
Ads
“Di WWF-Malaysia, kami percaya bahawa pemuliharaan bermula dengan kesedaran. Harapan saya agar pertandingan Eyes on the Wild ini membolehkan kita sebagai sebuah negara melihat alam melalui lensa empati dan kreativiti.
“Kami berharap ia bukan sahaja menggalakkan masyarakat untuk mengagumi keindahan alam, tetapi juga menanam rasa tanggungjawab untuk memeliharanya, sesuatu yang amat diperlukan dunia pada masa kini,” katanya.
Ads
Pertandingan ini dibuka kepada dua kategori iaitu Belia (18–24 tahun) dan Dewasa (25 tahun ke atas). Penilaian pula mengambil kira elemen kreativiti, komposisi, jalan cerita serta kesesuaian tema dan subjek foto.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan, mencerminkan semangat masyarakat dalam menyokong usaha pemuliharaan. Daripada semua penyertaan, 20 karya terbaik dipilih dan kini menghiasi ruang pameran di The LINC KL untuk tatapan umum.
Ads
Pemenang bagi kedua-dua kategori diumumkan pada 20 Oktober 2025, dengan hadiah berupa wang tunai serta barangan eksklusif daripada WWF-Malaysia dan Love Nature sebagai dorongan agar mereka terus berkarya dan mengangkat mesej pemuliharaan.
Kerjasama bersama Astro dan Love Nature turut membantu memperluas capaian kempen ini menerusi platform siaran, digital dan dokumentari yang membolehkan mesej pemuliharaan sampai ke khalayak yang lebih luas.
Bagi penggemar seni dan alam semula jadi, pameran ‘Eyes on the Wild’ di The LINC KL kini dibuka hingga 4 November 2025. Setiap foto bukan sekadar gambar, ia adalah kisah tentang keindahan, keberanian dan hubungan manusia dengan alam yang semakin rapuh.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Nur Fazura berpendapat soal berkaitan agama seperti ibadah, berhijab dan hijrah tidak perlu disensasikan oleh sesiapa.
Fazura menerusi satu perkongsian di Instagram berharap, perkara tersebut merupakan perjalanan hidup peribadi seseorang.
“Ibadah, Hijab, Hijrah. It is a person’s secret intention with Allah SWT. A personal journey that should never be told or sensationalized by anyone else. Cukup-cukup lah. #penat,” paparan yang dikongsikan ibu kepada seorang cahaya mata itu.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya menyambut baik pendirian berkenaan selain ada yang menitipkan kata positif buatnya.
Sementara itu, suaminya yang juga pelakon dan penyanyi, Fattah Amin ada berkongsi mengenai reaksinya mengenai hal tersebut.
“Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh saya katakan mengenai penampilannya. Sebagai suami, penampilan Muslimah itu yang sentiasa saya doakan selama ini,” kongsinya dalam sidang media virtual di sesi pelancaran single terbaharunya, Hamba pada Khamis.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan puteri sulung,Nur Fatima Aisya yang kini berusia sembilan bulan.
Sebelum ini, penampilan bintang cantik itu menjadi perhatian apabila dilihat mengenakan tudung sejak Ramadan lalu sehingga kini, sekaligus mendapat doa yang baik serta pujian ramai.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, penyanyi Aina Abdul mengakui dia lebih gemar mengenakan pakaian yang ringkas dan selesa setiap kali menyambut Aidilfitri.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berkata, dia senang untuk memilih persalinan Melayu tradisional sesuai dengan suasana hari raya.
“Setiap tahun pilihan baju raya saya ringkas saja. Begitu juga dengan tahun ini, tidak ada yang ekstravaganza.
“Sejujurnya mata saya lebih tertarik kepada baju kurung Kedah dan baju kurung kain kapas (cotton).
“Sebab bagi saya ia lebih estetik dan sesuai untuk digayakan kepada insan bernama Nurul Aina,” katanya yang sinonim dengan imej unik setiap kali muncul membuat persembahan.
Aina pada masa sama menambah, sejak bergelar penyanyi dia gemar mengeluarkan sampul raya sendiri untuk diberikan kepada peminat dan kanak-kanak.
“Sekarang ini saya suka nak keluarkan sampul raya sendiri. Ini adalah tahun kedua saya tampil dengan sampul raya yang menampilkan wajah saya.
“Sekurang-kurangnya sampul raya itu menjadi satu tanda ingatan kepada si penerima itu,” katanya yang turut muncul dengan lagu raya terbaharu, Jalan-Jalan Hari Raya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketika kunjungannya ke pusara Alif, Nora turut membawa skrol Diploma Perfileman yang diterima bagi pihak Alif baru-baru ini.
Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah ketika berada di rumah.
Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur berdekatan pusara bapanya, komposer Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memanjatkan doa agar artis seangkatannya yang juga penyanyi, Syura Badron segera diberikan kesembuhan selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di buah pinggang dan darah, baru-baru ini.