Maestro muzik yang juga juri Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Datuk Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram, meluahkan rasa puas hati serta terhibur dengan kualiti persembahan para peserta pada minggu pertama.
Namun begitu, beliau menegaskan agak mustahil untuk membandingkan setiap peserta kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dalam pelbagai aspek nyanyian.
Malah, persiangan juga baru sahaja bermula dan masing-masing pastinya mempunyai strategi tersendiri.
“Jika melihat kepada kesemua 13 peserta yang bertanding, mereka ada kelebihan yang berbeza-beza. Setiap perbezaan itu boleh jadi sedap kalau mereka tahu memanfaatkannya.
“Saya terhibur dengan persembahan pada malam ini. Puas bila dapat mendengar suara daripada penyanyi-penyanyi yang bagus.
“Namun, kita tak boleh nak terus membanding-banding kemampuan para peserta. Sebagai contoh, bagaimana kita nak bandingkan Rahmat Ekamatra dengan penyanyi-penyanyi bergenre lain?
“Tak boleh kerana setiap penyanyi mempunyai genre berbeza,” katanya ketika ditemui selepas konsert minggu pertama GV12 di Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.
Ramli pada masa sama turut berpendapat, GV merupakan platform penting yang memberi ‘nyawa kedua’ kepada para penyanyi lama untuk kembali menyerlah.
Ads
“GV ini platform di mana kita berikan ‘nyawa’ kedua kepada kerjaya seseorang penyanyi.
“Secara tidak langsung ia boleh menjadi sumber rezeki untuk tempoh enam bulan sehingga satu tahun ke depan. Jadi, mereka perlu bekerja keras,” ujarnya lagi.
“Kalau Dah Naik Lemak, Juri Akan Perasan”
Dalam nada tegas tetapi penuh nasihat, Tok Ram turut berpesan supaya para peserta tidak terlalu selesa dan berani keluar dari zon selesa dengan mencuba genre baharu.
“Cabaran itu memang perlu. Para peserta memang boleh memilih genre yang mereka suka atau menyanyikan lagu sendiri.
Ads
“Namun, bila kita melihat mereka seperti sudah naik lemak, kita kena tegas. Mereka juga boleh sahaja menyanyikan lagu sendiri tetapi akan ada kesannya.
“Orang lain mungkin bekerja lapan jam sehari tapi kamu hanya nak bekerja satu jam sahaja. Jadi, kami perlu pertimbangkan bahagian pemarkahan.
“Melainkan mereka menyanyikan lagu sendiri dan hasilnya ‘superb’ dan luar biasa. Kami akan terima kebijaksanaan itu,” tambahnya lagi.
Malah, Ramli turut memberi peringatan bahawa juri akan peka terhadap peserta yang kelihatan terlalu selesa sehingga ke minggu kelima.
“Kalau sampai minggu kelima pun nak kerja senang, kami pihak juri akan sedar perkara itu. Namun, kita juga akan menasihati peserta. Setiap pemilihan lagu ada kesannya,” katanya.
Ads
Seramai 13 bintang GV12 telah pun membuat persembahan dan edisi kali ini masih mengekalkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri.
GV12 berlangsung selama 12 minggu, dengan dikendalikan pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, bersiaran dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9 malam.
Malam tadi, Mendua dari Indonesia berjaya mengungguli carta dengan markah 69.50%, diikuti Mark Adam (67.75%) dan Nubhan (62.50%) di tempat ketiga.
Dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104), GV12 juga boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Program ini akan bersiaran selama 12 minggu secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan turut boleh ditonton menerusi Astro One serta sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Puteri Khareeza atau nama sebenarnya, Puteri Aszfaryna Khareeza Aris mendedahkan dia mengalami keguguran cahaya mata pertama.
Perkara itu dikongsikan bintang berusia 26 tahun ini menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi Insta Stories, pada Rabu.
Di dalam hantaran yang kongsikan, penyanyi lagu Duka Sebalik Tawa itu reda selain menyifatkan dia dan suami belum ada rezeki untuk menimang zuriat.
“Allah bagi rasa 8 minggu. Belum rezeki lagi. InsyaAllah, nanti,” jelasnya.
Khareeza yang juga finalis Big Stage musim kelima itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.
Untuk rekod, Puteri Khareeza dan suaminya, Mohd. Shukor Khamaruddin selamat mendirikan rumah tangga pada 24 Februari lalu selepas empat bulan menyulam cinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun reda dengan pemergian arwah bapa, Mohamed Amin dan bersyukur urusan pengkebumian berjalan lancar, namun Farahdhiya menerusi laman Instagram meluahkan rasa hati dan rindu paling dalam kepada bapanya.
Ulas Farah, dia tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupannya selepas ini tanpa kehadiran bapa di sisi. Nyata, ketakutannya selama ini telah menjadi kenyataan.
“Selamat pulang ke penciptamu Nyawaku, Mohamed Amin binti Raja Maimunah.
“Alhamdulillah senang Dada pergi utk menghadap pencipta Dada pagi tadi,Thank you Allah swt kerana permudahkan segalanya untuk kesayanganku dunia akhiratku.
“Farah redha Dada, Farah redha walaupon Farah tak puas lagi jaga Dada. Tapi Allah lebih sayangkan Dada.
“Dada Sayang, it’s 5am now, I still can’t sleep, I’m already missing u so so much. It hurts so bad. Farah masih tak boleh bayangkan hidup Farah lepas ni tanpa Dada.
“Dada lah nyawa Farah, Dada lah segalanya dlm hidup Farah Da, I’m lost without u, my heart is broken into pieces. Dah takde nak tanya Dada nak makan apa hari ni?
“Nak masak sedap2 utk Dada,nak tanya Dada Dada dah makan ubat ke? Dah takde Dada msg Farah tanya habis kerja pukul berapa, adik lambat lagi ke? sampai sanggup tunggu sehingga Farah sampai rumah just to make sure I get home safe, dah takde lagi semua tu Da.
“Hari yg Farah paling takut dlm hidup jadi kenyataan,Dada pergi tinggalkan Farah tanpa sebarang pesan terakhir tapi Farah redha Da, tenanglah Dada disana seperti mana tenang nya muka Dada tadi, Alhamdulillah byk kali Farah dapat cium dan peluk Dada, Dada paling wangi hari ni Da. Dada rehat ya, tak sabar Farah nak jumpa Dada lagi, insyaallah Farah jugak akan menyusul, I cant wait to see u again in Syurga insyaallah.I will never stop praying for u Da,” tulisnya.
Penyanyi dan pelakon ini turut menitipkan doa buat arwah bapa dan memohon agar bapanya ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.
“Ramai kawan2 Dada dan kawan2 Farah dtg ziarah dada tadi,all your friends always have good things to say about u sampailah hujung nyawa Dada, Alhamdulillah,Orang yg baik ramai sayang.
“Rehatlah puas puas Kesayanganku, Dada tunggu Farah tau. Ya Allah Ya tuhanku,Kau berikanlah aku kekuatan untuk lalui dugaanMu ini, Ya Allah Kau tolonglah jagakan ayahku, Kurniaankan lah belas kasihan kepada ayahku, Ya Allah Ya Tuhan ku ampunilah dosa2 nya, Berilah RahmatMu keatas ayahku yg tercinta, Muliakanlah kematiannya, diluaskan serta diterangkan kuburnya dan kuburnya menjadi taman2 syurga, Ya Allah ya Tuhanku, kau tempatkan lah ayahku bersama org2 yg beriman dan beramal soleh. Aminnnnn.
“Mintak tolong sedekah kan Al-Fatihah dan doakan ayah saya please? Terima kasih semua atas ucapan takziah dan doa2 anda semua,tuhan sahaja dapat membalasnya. Al-Fatihah (bacaan) 9/1/20,” kongsinya panjang lebar.
Dunia hiburan Asia dikejutkan dengan berita kematian pelakon dan penyanyi popular China, Yu Menglong yang dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan di Daerah Chaoyang, Beijing pada 11 September lalu.
Studio yang menguruskan kerjaya seni aktor berusia 37 tahun itu dalam kenyataannya mengesahkan pemergian mengejut tersebut dan memaklumkan pihak polis telah menolak sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.
Menurut laporan media tempatan, Yu Menglong pada malam sebelum kejadian difahamkan bersama beberapa rakan di kediamannya sebelum masuk ke dalam bilik sekitar jam 2 pagi dan mengunci pintu.
Sekitar jam 6 pagi, rakan-rakannya menyedari beliau tidak berada di dalam bilik sebelum tubuhnya ditemui di luar bangunan oleh seorang penduduk.
Perkara itu sekali gus menimbulkan tanda tanya dan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat serta netizen, meskipun kenyataan rasmi pihak polis menegaskan tiada unsur jenayah terlibat.
Berita kematian bintang drama Go Princess Go, Eternal Love dan The Legend of White Snake itu segera tular di media sosial, dengan ribuan peminat meluahkan rasa sedih.
Yu Menglong atau turut dikenali sebagai Alan Yu dilahirkan pada 15 Jun 1988 di Ürümqi, Xinjiang. Beliau mula dikenali menerusi beberapa program realiti nyanyian
Beliau kemudiannya mengukuhkan nama sebagai pelakon utama dalam drama bersiri popular di China. Kariernya juga merentasi bidang muzik apabila turut aktif sebagai penyanyi dan pengarah video muzik.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memanjatkan doa agar artis seangkatannya yang juga penyanyi, Syura Badron segera diberikan kesembuhan selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di buah pinggang dan darah, baru-baru ini.