Penyanyi Adira Suhaimi mengakui dia kini sudah ‘tutup kilang’ selepas selamat bersalin anak keempatnya, Ayub secara pembedahan pada 29 September lalu.

Susulan itu, Adira, 31, berkata, memadai jika dia dikurniakan dua pasang cahaya mata.

“Cukuplah dengan empat orang anak. Saya sudah lakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ikat peranakan’.

“Bukan kerana saya jenis yang ‘subur’ atau bagaimana. Cuma saya sudah empat kali bersalin secara pembedahan caesarean.

“Jadi mungkin akan ada risiko kalau saya hamil lagi. Atas sebab tertentu dan nasihat doktor, saya bersetuju (ikat peranakan). Begitu juga dengan suami.

“Cukuplah dua lelaki dan dua perempuan. Biarlah saya fokus dengan empat orang cahaya mata ini. Alhamdulillah, saya merasakan kehidupan saya sudah lengkap.

IKLAN

“Saya sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang, termasuk di dalam soal kerjaya juga,” katanya kepada MH.

Adira berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Anjuran Body Flasshh di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.

Majlis sama turut menyaksikan perlantikannya sebagai wajah wakilan produk BodyFlasshh Drinks, minuman yang mampu mengawal selera makan.

IKLAN

Ditanya mengenai pemilihan nama anak bongsunya, Ayub, Adira menjelaskan dia selesa memilih nama yang senang disebut kepada anak-anak.

“Saya suka nama anak yang ringkas. Mudah untuk kita ingat. Kalau di sekolah pun, orang akan panggil nama pendek juga. Jadi lebih baik untuk saya memudahkan.

“Apa nama yang diberikan, kita pun panggil itu sahaja. Macam Ayub dia tak kan boleh dipanggil pendek lagi kan? Nama tiga anak saya yang lain pun ringkas juga iaitu Anggrek, Asan, dan Anggun,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan;

IKLAN

Ayub… Nama Anak Keempat Adira

“MasyaAllah Cantiknya Sayang!,” – Manis Berniqab Tutup Aurat, Foto Bulan Puasa Adira Terima Komen Positif Ramai

Sekadar info, penyanyi lagu Takdir Tercipta itu mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau sinonim disapa sebagai Datuk Red pada 3 Disember 2015.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI