Sama seperti rakyat Malaysia lain yang sudah pun menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sebagai antara proses memilih kerajaan baharu pada Sabtu, selebriti versatil, Elly Mazlein turut merakam momen sama.
Berkongsi video berkenaan di Instagram, penampilan Elly yang turut mersa disapa sebagai Kak Lina atau Kepom mencuri tumpuan netizen.
Mengenakan dress senteng bawah lutut polos putih, perkongsian tersebut meraih hampir 20,000 tanda suka.
“Pom sudah yeay. Moga pilihan kita Menang,” tulis Elly pada ruangan kapsyen disusuli emoji.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, ada peminat yang mengusik hos Gegar Vaganza musim kesembilan ini, menyifatkan persalinan yang dipakai tak ubah seperti ‘baju tidur’!
“Bangun tidur terus pergi mengundi ke Kak Kepom.”
“Kepom pakai baju tidur pun lawo.”
Ads
“Macam baju Suster Ngesot Kak Pom Pom.”
“Macam baju pregnant. Uncle tu toleh terkejut. Sama macam dalam GV.”
Dalam pada itu, tak kurang yang menulis komen, mengatakan Elly tampak comel.
Meraikan kehangatan musim Pilihan Raya Ke-15 (PRU15), komposer DJ Fuzz dan penyanyi rap terkenal, Waris bersatu menghasilkan sebuah lagu berjudul Ini Negara Kita, Keluarga Kita.
Meneliti bait-bait lirik lagu berkenaan, DJ Fuzz yang juga anak kepada penyampai berita RTM, Farith Ismeth Amir berkata, lagu itu lebih kepada ilham menyemarakkan rasa patriotik di kalangan pemimpin dan rakyat khusunya kepada Keluarga Malaysia.
Ia sekali gus menepis lagu berkenaan dicipta untuk tampuk pimpinan yang ketika ini masih diketuai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (DSIS).
“Lagu saya bikin dengan Waris bukan idea sesiapa atau pun mengambil cetusan untuk melobi, membodek atau mengampu pucuk pimpinan negara.
“Kalau ada yang kata lagu ini idea DSIS atau sesiapa sekalipun, mereka mungkin boleh ‘claim’.
“Tetapi apa yang lebih utama hayatilah intipati dan isi kandungan lagu ini. Lagu ini dicipta bukan untuk mana-mana parti politik. Lagu ini saya bikin untuk aspirasi Keluarga Malaysia.
Penyanyi lagu ‘jingle’ atau nada pesona itu berkata lagu berkenaan juga menjadi kerjasamanya yang lebih 100 kali dengan Waris.
Bagaimanapun kata DJ Fuzz, ini kali pertama dia dan Waris berkolaborasi menghasilkan lagu patriotik.
“Sebenarnya saya sudah hilang perkiraaan berapa kali sudah bekerjasama dengan Waris. Rasa-rasanya lebih 100kali.
“Kami mula bekerjasama sejak tahun 2012. Harus saya akui Waris sangat kreatif dan berbakat besar. Saya senang bekerjasama dengannya,” kata pemilik nama penuh, Farzwa De Attahar Emir itu lagi.
Dalam pada itu, DJ Fuzz menjelaskan lagu berkenaan adalah bergenre pop.
“Lagu bersifat universal. Begitu juga dengan lagu ini. Ia sebenarnya lebih condong kepada motivasi yang boleh menyemarakkan semangat pendengar mahupun rakyat.
“Dalam kesibukan kita ‘bergaduh’ dek pilihan raya, saya cuma mahu ingatkan bahawa kita semua sebenarnya berada di dalam satu keluarga besar.
“Pada hemat saya, Keluarga Malaysia bukan sekadar satu gagasan Kerajaan, tetapi ia adalah satu gaya hidup. Keluarga Malaysia sudah melepasi batas sempadan ideologi politik. Ia bukan hak milik mana-mana parti politik,” katanya.
DJ Fuzz, sambil memberi contoh menjelaskan, semasa Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sembilan, DSIS hadir bersama Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun walaupun mereka daripada parti yang berbeza.
“Semangat ini yang saya ingin ingatkan kepada semua.
“Sekarang kita berbalah disebabkan perbezaan fahaman politik. Namun hakikatnya, kita semua berteduh dan mencari rezeki di bawah satu bumbung, Malaysia.
“Jangan lupa perkara itu. Semangat Keluarga Malaysia yang membawa kita keluar daripada kemelut kesihatan, ekonomi dan politik. Saya harap lagu ini disambut baik oleh semua. ‘Toksah gado-gado. Berkolai yo kojo ei. Selamat mengundi!’,” katanya.
Gara-gara berambut pendek dan pemakaiannya yang kelihatan seperti lelaki, anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B ‘diragui’ oleh pengawal di sebuah pusat beli belah susulan memasuki tanda wanita.
Disebabkan kekeliruan itu, Vida yang turut berada di tempat sama tampil menerangkan hal sebenar kepada pengawal berkenaan, bahawa Cik B seorang perempuan.
Cik B sebelum masuk ke tandas juga memberitahu, ‘im a girl’.
Malah video berkaitan turut dikongsikan penyanyi lagu Ku Ikhlaskan ini menerusi Instagram, hingga menerima perhatian wargamaya.
“Hari ini hari ketiga dah orang marah Cik B masuk tandas. Kata ‘hello helo’ jaga (pengawal keselamatan) itu marah. Cik B dah masuk dalam tandas, mamalah kena jawab,” kata Vida di dalam video terbabit.
Sementara itu pada ruangan kapsyen, Vida turut meminta maaf kepada Cik B kerana memotong rambut anaknya itu sehingga pendek.
“Maafkan mama Cik B, Mama salah sebab potong rambut Cik B,” tulisnya.
Sebelum ini, Vida ada memberikan penjelasan berhubung imej terbaharu Cik B yang memotong rambut pendek.
Vida memohonagar semua pihak memberi ruang dan masa buat anaknya yang kini berusia 17 tahun untuk meneroka zaman remajanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi veteran, Zaiton Sameon yang kini berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori fizikal berharap permohonannnya untuk memiliki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR)di sekitar Kuala Lumpur menjadi kenyataan.
Zaiton, 66, yang popular dengan lagu Menaruh Harapan menerima Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan, mengaku tidak mampu untuk menyewa rumah lagi.
“Saya kini menyewa di Ampang dan terikat dengan bayaran RM800 sebulan. Bagaimanapun, saya sering lewat melunaskan bayaran kerana masalah kewangan.
“Saya tidak mempunyai pendapatan tetap, selain tawaran menyanyi yang semakin berkurangan. Sebelum ini, saya pernah memohon bantuan perumahan PPR, tetapi ditolak atas alasan tiada pendapatan tetap. Alhamdulillah, status OKU ini melayakkan saya untuk mendapat bantuan tersebut,” katanya.
Zaiton ditemui media sejurus penyerahan kad OKU yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan,Che Samsuzuki Che Noh, pada Isnin.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaizalnizam Zainun dan Pengurus Besar Wilayahku, Azlan Abd. Aziz.
Zaiton layak menerima status OKU kategori fizikal selepas disahkan mengalami trauma kecederaan otak oleh pihak hospital berikutan kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya pada 1990.
Anaknya, Azirwan Abu Bakar bagaimanapun, terkorban dalam nahas tersebut.
Penyanyi itu juga memaklumkan, status tersebut memudahkannya untuk menjalani kehidupan yang selama ini serba kekurangan kerana tiada tempat bergantung.
“Saya tidak punya siapa-siapa dan hanya bergantung harap kepada anak angkat, Che Sikah Ismail yang menggalas tanggungjawab menjaga saya.
“Lega dengan pemberian status ini kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang saya tanggung selama ini,” katanya.
Sementara itu, Che Samsuzuki memaklumkan, pemberian status tersebut berdasarkan pengesahan pihak hospital tentang keadaan penyanyi itu selepas pemeriksaan kesihatan dibuat.
“Pihak hospital mengesahkan, Zaiton layak menerima status tersebut selepas pemeriksaan kesihatan ke atasnya dilakukan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Kamal Adli mengakui teruja apabila berpeluang menyaksikan sendiri pengalaman pertama anak tunggalnya, Hawra Uqaira di prasekolah.