Pelakon, Reen Rahim akui sedih selepas rumah ibu bapanya dikhabarkan telah bocor dan dimasuki air berikutan hujan lebat yang berpanjangan pada malam tadi.

Malah, pokok kelapa yang berada di belakang rumahnya juga telah tumbang disebabkan angin yang terlampau kuat.

Jelas Reen, dia memang sudah berhasrat untuk membaik pulih rumah ibu bapanya itu namun dia tidak menjangkakan musibah tersebut akan berlaku secepat ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

“Allahhuakbar, hancurnya hati. Niat tahun ni memang simpan duit nak renovate umah umi sebab paling takut jadi macam ni tapi dah tertulis jadi macam ni,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Daddyku Gangster ini menerusi entri terkini di Instagram.

“Allahuakbar Hancur Hati,” – Rumah Ibu Bocor & Pokok Kelapa Tumbang Dek Hujan Lebat, Reen Rahim Ralat Sebab…

Bagaimanapun, Reen menyifatkan dugaan ini sebagai hikmah baginya untuk bekerja dengan lebih keras.

IKLAN

“Mungkin ini buat aku lagi keje kuat nak simpan duit untuk buat rumah umi elok-elok. Doa kan umi abah kuat.

“Patut hari ni Reen bawa dia jalan-jalan shopping tapi confirm lah balik ni Reen bersilat kemas umah,” ujarnya lagi.

“Allahuakbar Hancur Hati,” – Rumah Ibu Bocor & Pokok Kelapa Tumbang Dek Hujan Lebat, Reen Rahim Ralat Sebab…

Melihat di ruangan komen, rata-rata neitzen dan rakan artis turut berkongsi rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Reen sekeluarga.

IKLAN

“Allahu. Semoga dipermudahkan Reen.

“Ya Allah. Kami doakan umi abi dan famili okay. Kami berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

“Sabar Reen. Allah akan gandakan dengan yang lebih baik.

IKLAN

“Kuatkan semangat. Semoga semuanya baik-baik sahaja,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sehinggalah kini, video tersebut telah pun meraih lebih 100,000 jumlah tontonan.

Terdahulu, hujan lebat berterusan sekitar Lembah Klang sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan dilaporkan terjejas akibat banjir antaranya di Selangor melibatkan Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Klang.

Apapun, kami di MH berharap agar Reen sekeluarga diberikan ketabahan bagi menghadapi musibah ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Reen Rahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI