Keperibadian lemah lembut yang dimiliki pendakwah selebriti, Da’i Syed merupakan antara kriteria yang membuatkan personaliti TV Al-Hijrah, Hana Ismail terbuka hati untuk menerima kehadiran jejaka itu sebagai bakal suaminya.

Menurut Hana atau nama sebenar, Nurulhana Ismail, 36, pengetahuan tunangnya itu dalam bidang agama Islam turut menjadi antara faktor-faktor yang menyebabkannya tertarik kepada Syed, 27.

“Meskipun perkenalan kami singkat, Alhamdulillah segalanya berjalan baik atas izin Allah SWT.

“Keperibadian Syed yang lembut dalam tuturnya dan memiliki pengetahuan dalam bidang agama Islam membuatkan saya menerima lamarannya.

“Dalam masa sama, Syed sangat memuliakan ulama dan sering menghadiri majlis ilmu dan jalan kami serupa.

Ads

“Paling utama, saya jatuh hati dengan cara dia menjaga dan menggembirakan ibunya,” katanya.

Majlis pertunangan pasangan ini berlangsung di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru pada 23 Oktober lalu.

Ads

Berkongsi lanjut mengenai perkenalan mereka, Hana berkata pelakon Datin Seri Umie Aida merupakan individu yang bertanggungjawab ‘menyatukan’ mereka berdua ketika sama-sama menghadiri majlis ilmu agama di kediaman aktres itu pada awal Oktober lalu.

“Sesi (taaruf) berlangsung dalam satu jam. Selepas itu saya membuat solat Istikharah memohon petunjuk Allah sebelum membuat keputusan menerima lamaran.

“Begitu juga dengan Syed yang menunaikan solat Istikharah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya,” katanya lagi.

Ads

Bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, Hana memohon doakan yang terbaik untuk majlis pernikahan mereka nanti.

“Saya mohon doa terbaik daripada semua agar majlis pernikahan kami nanti berjalan lancar dan penuh barakah. InsyaAllah, saya akan uar-uarkan nanti… doakan kami,” ujarnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI