Instafamous, Sharifah Rose ada memuat naik gambar terbarunya di laman Twitter ketika menghadiri sebuah program di Singapura.
Gambar tersebut memaparkan Rose sedang bergambar di banner utama program berkenaan.
Namun, gambar tersebut menjadi perhatian netizen apabila Rose dilihat telah menutup muka penyanyi, Ismail Izzani yang juga merupakan bekas teman lelakinya yang terpampang di banner berkenaan dengan ‘stiker’ hati.
Selepas beberapa penggiat seni memberi komen terhadap suatu artikel berhubung paras fizikal dalam dunia lakonan, kini giliran pelakon berbakat, Noorkhiriah pula untuk tampil memeberikan pendapat.
Menerusi salah satu entri di Instagram, pelakon drama Nur 2 itu terpanggil untuk berkongsi cerita.
“Terpanggil utk bkongsi cite..akak pernah kena hina buruk,tkde rupa,gemuk,itam..kalu tb tu leh cakap mau menjerit suh cari keja lain…nama selalu kena rejek dgn stesen even watak org gaji.
“Sampai patah hati dik oii..tp semua itu HAK ALLAH..cuma dulu tak mcm skrg..takde media2 sosial ni..kalu undi mmg undi betul..fan2 ni kurang tk mcm skrg..yelaa zaman dah berubah..akak faham..cuma bila pk balik berapa ramai pelakon2 dlu yg tkde rupa tp acting bagus nak mamp..sori mcm kasar skit bahasa.
“Sb dlu nk dapat peluang tk mudah mcm skrg..kalu nangis mmg nangis sungguh,kalu masuk selut..jatuh ke apa ke..smua sendiri tkde stunt2..skrg base on follower..akak ni dik nasibaik Allah salurkan rezki nur..sb abam @budakijat masih nampak,ingat dan tau akan akak..org lain lom tentu..kalu ada pun watak ntah pape,” katanya.
Pada masa sama, Khiriah turut berpesan supaya fikir masak-masak buat mereka yang ingin terjun ke dunia lakonan.
“Maaf biarlah akak luahkan rasa sb bagi yg benar2 nak jadi pelakon pikirlah masak2 dik..kdg2 indah kabar dari rupa..nak pemes ssgt pun watpe..
“Sudahnya nanti kalau sakit lom tentu mampu dok spital private..faham dok maksud akak?tak paham tkpe..cuma dalam idup jgnlah kita sombong bila kita ada..sebab kita tkde pape dik..semua Allah punya.
“Maaf andai penulisan ni ada yg tk senang..malas nk tulis ppanjang..pendek janji paham..sudehhh,” kongsi Khiriah.
Selepas timbul pelbagai kenyataan mengenai hubungan cinta pasangan selebriti, Nabil Mahir dan Sarah Hildebrand yang sudah pun terlerai selepas lebih lima tahun menyulam cinta, Sarah sekali lagi tampil memberikan reaksi.
Kali ini, dia berharap agar isu ini tidak lagi diperbesarkan dan menekankan buat ki terakhir bahawa tiada isu orang ketika mengenai keretakan hubungan mereka berdua.
Menulis kapsyen menerusi entri Instagram terhadap sedutan temu bual bersama Melodi, ini yang Sarah kongsikan;
“Saya berharap temubual bersama @melodiTV3 di @TV3malaysia semalam dapat menjawab pelbagai spekulasi liar tentang diri saya diluar sana. Saya mahu menekankan untuk terakhir kali yang tidak pernah wujudnya orang ketiga di dalam hal ini. Selain tidak mahu lagi memanjangkan isu ini, saya berharap soalan-soalan berkenaan hal ini tidak lagi ditanya.
“Jika diikutkan hati, terlalu banyak yang boleh dan mahu diperkatakan kepada umum tetapi saya memilih untuk tidak menceritakan segala-galanya demi menjaga nama baik pihak yang terlibat. You can assume what you want, that’s on you, but please, don’t take sides.
“I’d rather look bad then make someone else look bad. Only God knows the truth. Terima kasih kerana memahami – Sarah Hildebrand.
Terdahulu, Nabil menerusi kenyataannya ada memberitahu pihak media mengatakan dia sudah membeli cincin sebagai tanda mahu ke fasa lebih serius bersama pelakon kecukan berkenaan.
Foto: Instagram Sarah Hildebrand
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, seniwati Wafa Tan Sri Abdul Kadir atau dikenali sebagai Wafa Abdul Kadir dikhabarkan telah meninggal dunia akibat menghidap penyakit Kanser Peritoneal.
Menurut Harian Metro, Wafa telah menghembuskan nafas yang terakhir disamping suami, Tajul Faizal Taminudin dan ahli keluarga yang lain.
Jenazah Allahyarham Wafa telah mandikan di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pagi tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Rata-rata rakan artis juga turut mengucapkan salam takziah kepada Allahyarham Wafa dan semoga roh dicucuri rahmat.Al-Fatihah.
Sumber : Twitter Harian Metro & Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar meluahkan rasa syukur atas segala reaksi positif yang diterima susulan penampilannya yang mengenakan bertudung ketika membuat persembahan di Perlis, baru-baru ini.