Pengasas Tesla, Elon Musk mendedahkan isterinya yang juga merupakan penyanyi warganegara Kanada, telah selamat melahirkan cahaya mata mereka pada Selasa.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh pengasas syarikat teknologi itu menerusi akaun Twitter miliknya dan memaklumlan anak dan isterinya kini berada dalam keadaan yang baik.

“Mom and baby all good,” tulisnya.

Ketika ditanya mengenai nama yang akan diberikan kepada anaknya itu, ini jawapan yang diberikan Elon;

IKLAN

“X Æ A-12,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut nyata mendapat perhatian dunia yang amat tertarik dengan nama unik tersebut.

Dalam pada itu, Grimes atau nama sebenarnya Claire Elise Boucher turut memberikan penjelasannya mengenai maksud nama anaknya itu.

IKLAN

“X, the unknown variable.

“Æ, my elven spelling of Ai (love &/or Artificial intelligence)

“A-12 = precursor to SR-17 (our favorite aircraft).  No weapons, no defenses, just speed.  Great in battle, but non-violent

IKLAN

“(A=Archangel, my favorite song)

(metal rat),” kongsinya.

Menerusi rungan komen, ribuan pengguna media sosial daripada seluruh dunia tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah buat Elon dan Grimes.

Elon Musk Sambut Kelahiran Cahaya Mata Lelaki, X Æ A-12 Nama Diberi… Unik Ke Tidak?! Elon Musk Sambut Kelahiran Cahaya Mata Lelaki, X Æ A-12 Nama Diberi… Unik Ke Tidak?! Elon Musk Sambut Kelahiran Cahaya Mata Lelaki, X Æ A-12 Nama Diberi… Unik Ke Tidak?!

Sumber: Twitter Elon Musk

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI