Dahulunya si kecil ini pernah dikritik sesetengah netizen yang tidak punya hati dan menjadi mangsa buli siber apabila anak kepada pelakon Nora Danish dan Nedim iaitu Mohamed Neqayl Nedim.
Bagai tiada perasaan, bayi comel tersebut dilontarkan dengan kata-kata kesat dan tidak sepatutnya.
Bagaimanapun, Neqayl atau mesra dengan panggilan Ney Ney kini semakin membesar dan kini, sudah mencecah usia sembilan bulan.
Pereka Itali jenama Dolce & Gabbana (D&G) berdepan dengan kritikan hebat di Shanghai, China berikutan kempen iklan terbarunya yang dikatakan ada hubung kait dengan isu perkauman.
Difahamkan, pereka fesyen itu sepatutnya melangsungkan ‘fashion show’ di Shanghai semalam. Bagaimanapun, ia terpaksa membatalkannya di saat akhir kerana berpunca dari masalah yang tercetus.
Kisahnya bermula awal minggu ini apabila D&G memuat naik tiga video di media sosial Instagram dan Weibo menunjukkan model Asia makan makanan Itali seperti pasta dan piza menggunakan chopstick.
Menurut media tempatan, Jing Daily, video tersebut mempunyai banyak kesalahan dari segi ‘tona dan juga rasa’. Tambahnya lagi, video itu juga turut merosakkan budaya China yang sudah berabad-abad lamanya dengan menggambarkan wanita cina secara stereotaip dan juga perkauman.
Dalam pada itu, penggunaan ‘chopstick’ dalam kempen itu juga dilihat tidak wajar dan biadap kepada kaum Cina.
Lebih memburukkan keadaan apabila DM antara Diet Prada dan Stefano Gabbana turut tersebar di media sosial, menunjukkan bahawa pereka fesyen itu tidak mengaku kesalahannya dan tetap dengan pendiriannya.
Ternyata ia lebih menambahkan kemarahan masyarakat. Namun pihak label fesyen berkenaan menjelaskan bahawa akaun Instagram itu telah digodam dan mereka sudah pun mengeluarkan kenyataan maaf.
Sebelum ini, D&G juga pernah berdepan dengan skandal sama pada tahun 2016 apabila salah satu koleksi kasut musim bunga/panasnya dikatakan sebagai ‘sandal hamba’.
Sumber: BBC & PinkVilla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Gegar Vaganza 5, Nabil Ahmad tampil mempertahankan diri dan gandingannya, Jihan Musa selepas dituduh tidak mempedulikan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida di konsert final GV5 semalam.
Katanya, tuduhan tersebut adalah fitnah malah, ramai orang yang melihat dirinya menegur usahawan tersebut ketika berada belakang pentas.
Kenyataan tersebut dibuat oleh Nabil selepas Datuk Seri Vida mendakwa pihak GV5 telah melayannya dengan begitu teruk. Luahan tersebut telah dibuat oleh DS Vida di laman Instagram miliknya.
“Kalau nak fitnah pon agak-agaklah. Kalau cakap kami tak tegur ramai kat depan tu yang nampak kami panggil. Tapi takpelah kalau dah fitnah kami okay je. Nak risau buat apa Allah maha mengetahui.
“Btw, hutang saya bila nak bayar ye. Dah dua tahun lebih tunggu? Kalau ada apa-apa masalah boleh whatsapp saya. Tak payah guna ig or fb nak aib dan fitnah orang ye makcik,” tulisnya.
Sementara itu, Jihan turut membuat kenyataan balas memberitahu, dialah orang yang paling teruja bila bertemu dengan DS Vida semalam.
“Tak baik fitnah. Kitalah yang aling excited nampak beliau semalam. Siap jerit panggil nama lambai-lambai dan siap muahmuahmuah lagi macam selalu. Saya ingat orang yang saya kenal or jumpa,” katanya.
Alahai, banyak pula isu berbangkit selepas selesai GV5 ni ye! Semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik daripada kedua-dua belah pihak.
Foto: Instagram Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bayangkan bagaimana seorang wanita menjalinkan hubungan cinta yang bermula dengan satu muslihat. Sudah tentu ia bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan kekuatan jiwa yang...