Wah, nampaknya penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mengakui sedang diulit bahagia dan rasa dihargai bersama teman baru.
Bagaimanapun, bintang yang cukup sinonim menerusi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini masih belum bersedia untuk mendedahkan gerangan lelaki yang dimaksudkan, meski sudah memuat naik beberapa foto individu yang disertakan dengan emoji di media sosial.
“Saya akan dedahkan wajah kekasih apabila malam berinai nanti. Untuk majlis tersebut ia akan dilakukan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.
“Cuma untuk nikah, mungkin akan jemput rakan media untuk raikan bersama.
“Apapun, saya akan cuba untuk mengekalkan konsep kesederhanaan kerana itulah yang saya mahukan. InsyaAllah, doakan andai ada rezeki,” katanya kepada MH.
Masih belum bersedia berkongsi bila tarikhnya, Elly atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lina memberitahu ia sebenarnya masih lagi awal untuk diperkatakan kerana apa yang dibicarakan hanyalah perancangan peribadi semata-mata.
Ads
“Masih terlalu awal lagi untuk dikongsi. Hal macam ni kerana ada perbincangan yang sewajarnya daripada semua pihak,” jelasnya sambil memaklumkan hubungannya bersama jejaka berkenaan masih lagi baru.
Ditanya mengenai hubungan mereka dengan lebih lanjut, Kak Lina mengakui sudah ada bertemu dengan beberapa ahli keluarganya teman barunya itu.
“Ada kami berjumpa, keluar makan dengan adik-beradiknya yang lain. Malah pihak saya juga ada merancang untuk ke Kelantan bagi bertemu dengan keluarganya di sana pula.
Ads
“Cuma sekarang saya hanya melakukan panggilan video bersama ibunya sahaja,” akuinya yang memilih bulan Mac memandangkan ia musim cuti sekolah.
“Tapi ke sana bukan merisik ya, sebab kalau merisik mestilah dilakukan di kediaman belah pihak perempuan,” seloroh Elly.
Menyifatkan diri begitu bertuah kerana mempunyai peminat yang setia dan menyayangi dirinya, Elly nyata terkejut dan gembira atas kejutan yang dilakukan.
“Tahun lalu kami tak dapat sambut bersama kerana saya ada show. Pernah sekali dulu saja kami sambut beramai-ramai. Jadi tahun ini memang tidak sangkalah akan ada kejutan.
“Terima kasih buat semua, malah ada juga yang sudi menaja. Masih lagi diri ini diingati dan rasanya, konsep yang sederhana tetapi meriah sebegini lebih baik. Sebab lebih intim, boleh ketawa dan boleh isi masa dengan lebih rapat.
“Yang penting, kami kekal bersama sejak saya sertai Gegar Vaganza. Susah nak dapat peminat yang macam ni. Jadi bila sudah ada, rasa saya dihargai dan gembira,” akhiri Elly.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Wani Kayrie mengakui pada fasa sekarang, hubungannya bersama penyanyi muda Afieq Shazwan boleh diibaratkan sebagai ‘teman tapi mesra’, bukanlah pada tahap bercinta.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 19 tahun ini tidak menolak sekiranya ditakdirkan jodoh dengan bintang lelaki berusia 22 tahun itu.
“Apa yang boleh saya kongsikan sekarang, kami hanyalah ‘teman tapi mesra’ saja. Dia akan ada dengan saya setiap kali saya perlukannya,” katanya kepada MH.
Ditanya bagaimana hubungan di antara keduanya kian rapat, penyanyi yang kini sibuk mempromosikan single terbaru, Saat Terindah itu memberitahu mereka sudah saling kenal sejak kanak-kanak lagi.
“Kami kenal dah lama, cumanya bila masing-masing dapat sertai Big Stage itulah hubungan kian rapat. Dulu saya pernah jadi peserta dan jadi juara untuk program Bintang Kecil di RTM, sementara Afieq pula bertindak sebagai hos.
“Kemudian jumpa balik selepas itu di sebuah stesen radio. Lalu bila sama-sama sertai Bog Stage, hubungan kami mulai rapat. Malah keluarga masing-masing pun tahu kami berkawan,” terangnya jujur.
Berkongsi perihal apakah ciri-ciri yang membuatkan dirinya senang berkawan dengan Afieq, Wany memberitahu remaja itu seorang yang memahami.
“Kami bekerja dalam bidang yang sama, jadi masing-masing faham dengan kerja. Tiada isu untuk cemburu dan sebagainya,” akui Wany yang turut mempunyai jawapan sendiri sekiranya dia ditakdirkan berkahwin pada usia muda.
“Kalau jodoh untuk kahwin awal, saya tiada masalah asalkan saya sambung dan habiskan pengajian dulu. Malah, ada di antara dalam keluarga juga kahwin awal,” terang Wani.
Foto: Instagram Wani Kayrie, Afiq Shazwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas suami Sarah, pelawak Shuib berulang-ulang kali mahu menawarkan diri untuk menjadi model lelaki menerusi singel terkininya, Sarah memberitahu dia sudah bosan dengan permintaan berkenaan.
Kerana bagi Sarah, lagu Semakin merupakan suatu lagu serius dan bukannya lagu yang ringan atau berunsurkan humor.
Malah, penyanyi itu turut meluahkan rasa geramnya terhadap Shuib menerusi sepotong video di Instagram beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, sehari lalu Sarah ada memuat naik pula sekeping foto dengan tulisan “Hensemnya dia ni. Cer teka siapa? di Instagram.
Ia sekali gus memberi peminatnya untuk terus berteka-teki mengenai siapakah model atau pelakon lelaki yang turut sama membuat penampilan terhadap lagu hasil ciptaan Shuib itu.
Sambil membiarkan peminat terus berteka-teki, Sarah ketika dihubungi MH sekali lagi menyatakan keengganannya untuk mengambil suami sendiri sebagai pelakon di dalam muzik video berkenaan.
“Saya tak nak ambil dia, atau kawan-kawan dia. Masa awal saya minta pendapat Shuib, dia cakap kalau saya tak mahu dia, dia boleh ambil rakan-rakan pelawak yang lain. Semakin lagu yang serius. Bukan main-main.
“Tak kan nak letak muka pelawak pula dalam muzik video tu? Shuib tetap handsome di mata, tapi aku tak nak dia enterframe dalam ini gambar!,” seloroh Sarah.
Sambil menyatakan idea pembikinan muzik video semakin adalah sebagai cara untuk terus mempromosikan lagu berkenaan buat pencinta seni tempatan, Sarah turut gembira kerana lagi itu juga turut terpilih sebagai antara 12 lagu yang bakal bersaing di dalam Anugerah Juara Lagu ke33 Februari depan.
Pada masa sama, Sarah turut memberitahu dalam banyak nama pelakon lelaki, nama Remy Ishak paling ramai disebut peminat.
Foto: Instagram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun ke-10 kelahiran anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli, pelakon Nora Danish baru-baru ini ada menitipkan dedikasi istimewa buat puteranya itu.
Melewati kisah silamnya saat mengandungkan Rayqal, kini semuanya telah berlalu dengan 1001 nikmat kesyukuran kerana masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.
Selain merakam kembali memorinya bersama anak tersayang, pelakon yang sinonim menerusi drama bersiri, Puteri ini juga ada mendedahkan mengenai situasi yang dihadapi saat mengandungkan Rayqal.
Berikut merupakan perkongsian yang dibuat Nora menerusi Instagram miliknya;
“7th January 2009 at 11.40pm he was born. Putra Rayqal Ramli , the name Rayqal was given by his daddy. Yusuff was the actual plan but somehow saya akur dengan nama itu. ?
“When he was born , i was 26 years old. Membesarkan Rayqal dengan sendiri bersama bantuan my mother’s , Mama & Mummy @rajanoora. Merekalah suami saya ketika itu.
“From day one I did my check up mummy teman, sampailah masuk labour room nak melahirkan. ? I remembered my first argument that I had with mummy when Rayqal was still dalam pantang, mummy insisted untuk Rayqal tido Di rumah mummy & I was so upset. Hahah.
“Those days. Kalau semua nak tawu, Rayqal loves his Tah & Atok first , baru mommy dia n the rest. Heheh. That shows how much love Tah & Atok curahkan. & I am so blessed. Syukur sangat. Sebab tu pertalian antara kami tidak pernah putus walau macam mana pun. Cuz we are more like a family then ex in laws.
“To tell u the truth, i was weak , so weak semasa mengandungkan Qal. I cried every single day. & at the same time I needed to be strong for my baby, my fans,my family yang selalu support me day & night. I was lost. I had nightmares, i cudnt sleep well. I prayed everyday , baca yasin every solat & mama had to give me air to drink from Ustaz Harun Din just to make sure that I akan ok & will be ok. Something that I don’t want anyone in this world to experience.
“And Alhamdullilah , all that disappeared when I saw him ?, my putra for the first time , I held him tight, & he opened his little sepet eyes n looked at me while I fed him. Then I realised..He is the reason. He is why! He is my kekuatan! He is my Anugerah! He is the love of my life & that time i know straight away that I will be OK! ? Rayqal’s father (Jejai ) & me, will always be a good friend, cuz we both know what is the best for the both of us.
“Semasa mahkamah nak bercerai pun kita boleh gelak gelak cuz ketawa kan orang lain dalam kandang mahkamah. Our relationship is one in a mil. Hahahha. Bro fer life !
“I sedar & belajar banyak dalam Hal ini, Allah akan duga kita , mungkin sampai tidak tertanggung , tetapi ujian itulah yang akan buat kita jadi lebih baik di masa akan datang,” tulisnya panjang lebar.
Nora Danish mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, Nedim Nazri pada Mac 2017 yang mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neyqal Nedim, 11 bulan.