Memuatnaik komen mengenai sebuah artikel yang melibatkan ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib, netizen dilihat cukup terhibur dengan sikap ‘bawang’ Aeril Zafrel.
Kata netizen, Aeril tidak ubah seperti ‘masyarakat bawang’ lain yang suka meninggalkan komen berbentuk lucu dan sindiran.
“@aerilzafrel ni aku tak rase dia artis bila kat twitter. Dia memang bawangrians ahh kat twitter,” komen netizen.
Ads
Malah, ungkapan popular iklan ‘anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala’ turut menjadi bahan membalas kembali kapsyen pelakon popular itu.
Ads
Ads
Wajah individu di belakang ahli politik itu juga turut menjadi perbualan. Kata mereka, saling tidak tumpah seperti penyanyi rap, Altimet.
Hari ini genap usia pelakon Norman Hakim yang ke-42 tahun, meski sudah menyambut ulang tahun kelahiran (pre-celebration) tiga hari sebelumnya.
Berikutan itu, isteri tercinta, Memey Suhaiza turut memberi ucapan sweet buat suaminya.
“Sambut lagi Bertuahnya suami.. @normanhakim_786 Esok baru hari lahir sebenar2 tapi dah 3x sambut Alhamdulillah syukur tumpang rezeki .. hari ni dapat makan dr t.hari sampai ke petang makan sedap2 belaka..
“Alhamdulillah yup today is my Masihi’s bornday tapi semalam ‘kena’ lagi for the 3rd time’s pre-celebration in between of our long long meeting,”tulis Memey.
Menjengah di Instagram Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon pula, dia turut bersyukur dan gembira kerana menyambut ulang tahun kelahirannya itu.
“Alhamdulillah yup today is my Masihi’s bornday tapi semalam ‘kena’ lagi for the 3rd time’s pre-celebration in between of our long long meeting.
“Terima kasih sekali lagi jugak buat semua kawan2 kat sini yg dah wish & mendoakan earlier.Saya sangat2 menghargainya,” tulis Norman.
Tidak dinafikan, memang ramai yang kian mengikuti drama bersiri terkini di slot Akasia, Pujaan Hati Kanda yang menampilkan Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai teraju utamanya.
Selain jalan ceritanya yang menarik, tak kurang yang turut ‘terikut-ikut’ dengan gelagat dan nama watak para pelakonnya.
Malah Remy sendiri misalnya, sering saja menulis kapsyen menerusi Instagram yang ada sangkut paut dengan wataknya, Megat Danish. Malah, ada penulisan berbaur humor yang seterusnya membuatkan ramai peminat terhibur!
jom stalk beberapa posting bintang ini yang diambil menerusi Instagram