Setelah sekian lama menyepi daripada dunia seni, pelakon Eja mendedahkan dirinya kini memberikan sepenuh perhatian terhadap keluarga dan perniagaan.
Menurut Eja, atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, kali terakhir dia terlibat dalam penggambaran drama adalah sekitar tahun 2015.
“Memasuki tahun 2025, sudah genap 10 tahun saya berehat. Saya kini hanya fokus kepada keluarga dan perniagaan.
“Baru-baru ini, saya telah membuka sebuah outlet di Taman Tun Dr Ismail yang diberi nama Eishal’s By Eja. Kami menjual beberapa produk seperti sambal,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Anak Mami itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran lagu Radar nyanyian Tunku Ines, baru-baru ini.
Ads
Masih Diingati
Walaupun telah lama menyepi, Eja mengakui dia bersyukur kerana namanya masih meniti di bibir peminat, malah karya-karyanya terus mendapat tempat di hati penonton hingga ke hari ini.
“Alhamdulillah, mereka masih mengingati apa yang saya buat dahulu terutama sekali menerusi drama dan filem lakonan saya. Seperti kita tahu, drama dan filem dahulu mempunyai skrip yang sangat bagus.
“Lakonan kita itu berjaya memberikan kesan dan diingati sehingga hari ini. Walaupun saya tidak mempunyai banyak drama atau filem, tetapi yang sedikit itulah masih diingati dan memberi impak.
“Malah, saya ada berjumpa dengan peminat, dia bagitahu, drama-drama saya masih lagi ditayangkan di musim perayaan ini,” ujarnya lagi.
Ads
Tawaran Ditolak Secara Baik
Dalam pada itu, Eja turut mendedahkan dia terpaksa menolak pelbagai tawaran drama dan filem atas kekangan masa dan komitmen terhadap keluarga serta perniagaan.
“Sepanjang 10 tahun ini, saya ada menerima banyak tawaran berlakon drama dan filem. Malah, saya juga ada menerima tawaran berlakon filem bersama Datuk Rosyam Nor dan Osman Ali.
“Tawaran untuk membintangi drama hari raya pun masih ada lagi. Kebanyakan watak yang diberikan kepada saya agak berat. Bila sudah berumur, kita sudah tidak larat lagi.
“Kesemuanya saya tolak dengan cara yang baik. Masa saya ketika ini sudah tidak macam dulu lagi. Anak masih bersekolah dan kena urus bisnes juga.
Ads
“Sekali-sekala adalah perasaan rindu tapi saya tak boleh berada lama di set lokasi,” katanya yang akui lebih selektif dalam pemilihan naskhah lakonan.
“Saya tak berani nak mengatakan bahawa saya sudah berhenti terus daripada industri seni. Sekiranya terjadi apa-apa, ia akan makan diri.
“Buat masa ini saya memang berehat tapi nampaknya sudah semakin berpanjangan. Kalau pelakon lain, mungkin orang sudah lupa.
“Saya ingin berterima kasih kepada para peminat di luar sana yang masih menyokong saya walaupun tiada drama atau filem. Saya bersyukur,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Mustaqim Bahadon, meluahkan rasa terhadap sikap segelintir pihak yang sering memberikan alasan setiap kali ingin memilih barisan pelakon bagi menjayakan sesebuah projek.
Jelas Mustaqim, namanya sering kali dipinggirkan pihak stesen tv gara-gara wajahnya kerap muncul di stesen tv yang lain.
Tambah menyedihkan, apabila dia ingin terus bekerja dengan stesen tv yang sama, ada pula yang meluahkan rasa jemu.
“Anak seni..bila dicadangkan nama ke stesyen televisyen, station TV A cakap eh dia banyak dengan station TV B.
“Cadang ke station TV B pula depa cakap ala awak dah selalu dengan station TV B, kami nak muka lain pula.
“Pergi station TV C, depa tanya follower berapa dan begitulah seterusnya sampai Abang Jamil….,”tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Rahimah Tanpa Rahim itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, apabila dia ingin mencuba nasib bersama stesen tv yang belum pernah dia sertai, jumlah pengikut di media sosial pula yang menjadi halangan.
Bagaimanapun, menerusi ruangan kapsyen, Mustaqim menjelaskan dia tidak akan sesekali mengalah kerana dia amat menyayangi kariernya sebagai seorang anak seni.
“Apapun, I love my job. Don’t give up. Syukur Alhamdulillah,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar isu ini tidak mematahkan semangat Mustaqim untuk terus mencipta nama di dalam industri lakonan tanah air.
Sumber: Instagram Mustaqim Bahadon
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih sinonim dengan panggilan Cik B tampil komen mengenai perihal ibunya, Datuk Seri Vida bersama penonton menerusi Melodi, TV3 pada Ahad.
Di dalan sesi temu bual secara virtual itu, Cik B antara lain menjawab isu tular babitkan kisah ibu berkaitan soal jodoh bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Jelas Cik B yang pernah tampil menerusi single berjudul Tolonglah ini, jurang perbezaan umur ibu dengan jejaka berkenaan sangat jauh dan baginya, ia tidak sesuai.
Malah, Cik B akui tidak memiliki jalinan perhubungan yang baik dan serasi bersama Iqbal, sebelum ini.
“Jauh di sudut hati, saya sangat kurang setuju sebab Mama umurnya dah tua dan Abang Iqbal baru umur 25. Macam mana Abang Iqbal yang umur 25 boleh suka orang tua? Mesti ada sebab tau.
“Saya memang sangat-sangat tidak setuju Mama nak anak kembar lagi, cukuplah saya dengan Kacak sahaja. Mama ni bila bercinta dia cinta buta.
“Saya dengan Abang Iqbal ni memang tidak serasi sebab saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa-biasa tetapi gaduh yang luar biasa. Hubungan kami dulu sangat tidak bagus dan renggang,” katanya.
Sebagai seorang anak, Cik B berkata dia sebolehnya mahu melihat ibunya berjodohan dengan lelaki yang lebih tua atau sama umur.
“Kalau sudah jodoh Mama dengan Abang Iqbal, saya harapkan Mama gembira dengan Abang Iqbal dan ikutlah Mama nak buat apa tapi saya memang tak nak Mama kahwin dengan Abang Iqbal.
“Kerana faktor usia, saya tidak bersetuju dan merestui. Kalau Mama dijodohkan dengan orang yang tua sepadan umur saya tak kisah.
“Tapi saya tahu itu tidak akan terjadi sebab Mama tidak suka orang tua, dia suka orang yang muda juga,” katanya lagi.
Sebelum ini, hubungan mesra usahawan berusia 49 tahun ini bersama Iqbal telah mendapat perhatian ramai selepas mereka dikatakan bakal berkahwin pada Disember ini.
Foto: Instagram Cik B
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penerbit terkenal Indonesia, Baim Wong tampil menegaskan bahawa dirinya tidak pernah cuba memisahkan anak-anaknya dengan isteri, Paula Verhoeven, walaupun rumah tangga mereka kini sedang bergolak.
Terkesan dengan tuduhan itu, Baim yang kini berusia 44 tahun turut bersumpah bahawa dia tidak pernah menghasut anak-anaknya agar membenci ibu mereka.
“Saya tidak pernah ajar anak membenci ibu mereka. Mahu bersumpah? Ibu bapa saya tak mungkin masuk syurga jika saya buat begitu. Itu sudah paling tinggi.
“Nyawa adalah orang tua saya sendiri. Saya bersumpah di hadapan anda semua,” katanya dengan tegas ketika ditemui media tempatan Indonesia.
Mahu Besarkan Anak Bersama
Dalam pada itu, Baim menegaskan biarpun dia dan isteri sudah tidak tinggal bersama, dia percaya bahawa cara terbaik membesarkan anak-anak adalah dengan kehadiran kedua-dua ibu bapa.
Ini bagi memastikan kedua-dua puteranya itu tidak merasa kehilangan kasih sayang.
Dia juga menyangkal dakwaan kononnya menghalang Paula daripada bertemu anak-anak mereka seperti yang sering diperkatakan ketika ini.
“Saya tidak pernah menghalang, namun ada pula cerita dia sudah lama tidak berjumpa anak. Hubungan anak-anak dan ibunya semakin baik malah kalau dia mahu bermalam di rumah pun tidak ada masalah,” jelasnya lagi.
Terdahulu, pada 7 Oktober 2023, Baim memfailkan cerai terhadap Paula atas dakwaan isterinya itu berlaku curang. Bagaimanapun, kes mereka masih dalam proses perbicaraan dan belum mencapai kata putus.
Untuk rekod, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong, masing-masing kini berusia 6 dan 4 tahun.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert solo penyanyi terkenal, Stacy, akhirnya diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media eksklusif yang berlangsung meriah di Sabah International Convention Centre (SICC), baru-baru...