Usahawan dan pelawak, Shuib memaklumkan anaknya, Ariq Matin yang kini berusia 10 tahun telah dilantik sebagai duta bagi restoran yang diusahakannya, Nasi Bakar Bangkit.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, pelantikan itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk memupuk minat anak lelakinya itu dalam bidang perniagaan.

Malah, Shuib juga mahu mendidik serta memperkenalkan dunia masakan kepada Matin pada peringkat awal.

“Saya percaya setiap anak-anak mempunyai kecenderungan yang tersendiri dan bila saya tanya Matin, dia kata bila besar nak jadi ahli perniagaan. Malah sejak tahun lepas dia ada cakap pasa saya untuk buat bisnes sendiri.

“Jadi bila saya bangunkan perniagaan ini, mengapa tidak untuk saya jadikannya sebagai wajah hadapan untuk dia belajar berniaga, marketing dan sebagainya. Memang dia muda, baru 10 tahun. Biarlah dia belajar perlahan-lahan,” katanya.

Pada Awal Malu-Malu

Ditanya mengenai sejauh mana minat Matin sejurus terlibat dalam dunia perniagaan, Shuib akui ia tidak mudah.

Ads

“Mula-mula dia malu, jenuh juga saya mahu mengajar buat video, tapi sekarang saya lihat dia ada kemajuan untuk terus belajar dan rasa tanggungjawab.

“Saya ada pesan, ini kedai awak, ada gaji setiap bulan. Ingat semua ini percuma ke? Bila dia sedar dibayar, jadi dia tanya apa yang perlu dia lakukan.

“Tapi biasalah budak-budak, ada ketika dia tak mahu buat. Apa pun saya cuba terapkan rasa tanggungjawab itu dalam diri dia,” katanya lagi ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Nasi Bangkit Bakar di Kompleks Permaisuri Q, Cheras, baru-baru ini.

Anak Minat Memasak

Pada masa sama, Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah saling mainkan peranan dalam menyokong dan membentuk minat anak-anak dan Matin memang menunjukkan minat terhadap masakan.

“Macam rezeki, dia juga memang suka masak dan pegang alatan dapur. Jadi Matin bukanlah sekadar duta yang kita letak. Saya suka lihat proses ini, misalnya bila kita tengok anak kita lebih cenderung kepada minat yang ini, kita cuba untuk sokong.

Ads

“Jadi atau tidak itu belakang kira, yang penting kita teruskan dulu. Sekurang-kurangnya mereka melalui zaman kanak-kanak ini dengan sesuatu yang bermanfaat dan bagus untuk masa depannya,” katanya.

Ariq Matin Jadi Duta Restoran Pada Usia 10 Tahun, Shuib Sokong Minat Anak – “Ini Kedai Dia, Ada Gaji Setiap Bulan.”

Ariq Matin Jadi Duta Restoran Pada Usia 10 Tahun, Shuib Sokong Minat Anak – “Ini Kedai Dia, Ada Gaji Setiap Bulan.”

Ariq Matin Jadi Duta Restoran Pada Usia 10 Tahun, Shuib Sokong Minat Anak – “Ini Kedai Dia, Ada Gaji Setiap Bulan.”

Ads

Impi Nak Bina Masjid

Dalam pada itu, Matin meluahkan rasa teruja kerana dapat belajar berniaga dan turut menyuarakan hasrat untuk membina masjid suatu hari nanti.

“Rasa best happy dan dapat pengalaman baru belajar berniaga. Ya saya suka berniaga sebab boleh dapat duit. Ya, nak jadi macam daddy.

“Kalau sudah ada duit, daddy cakap ‘beli’ masjid. Sebab agama kita,” kata Matin ringkas.

Nasi Bakar Bangkit adalah cabang bisnes terbaharu Shuib dan pasukannya. Ia menampilkan menu tersendiri iaitu hidangan nasi yang dibakar dalam daun pisang.

Restoran pertama jenama itu kini sudah beroperasi di Bandar Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur sejak bulan lalu. Selain Nasi Bangkit Bakar, turut ditawarkan ialah beberapa menu lain termasuk pilihan minuman dan aiskrim.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI