“Selalunya benda yang baik ini (ke arah fasa perkahwinan), kita nak cepatlah.”
Itu kata usahawan, Ezwan Zain atau dikenali sebagai Mr E, 44, selepas ditanya mengenai perkembangan hubungan istimewa bersama pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira,51.
Menurut Ezwan, dia bagaimanapun tidak pasti lagi sama ada mereka bakal naik pelamin pada tahun ini atau tahun hadapan.
“Kalau benda baik (berkahwin) betullah, cuma tak tahu tahun ini atau tahun depan?,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mind Order di Kueh Cafe Petaling Jaya, pada Ahad.
Ulas Pasal Hubungan
Mengulas lanjut mengenai perhubungan yang terjalin bersama Primadona Filem Melayu itu juga, Ezwan akui mereka mempunyai hasrat dan impian yang sama untuk kehidupan seterusnya di dunia hingga akhirat.
“Saya rasa saya dan Erra, kita kongsi ‘vision’ serta ‘mision’ yang sama untuk kehidupan di peringkat umur ini. Maksudnya, kehidupan selepas itu yang macam mana, awak nak kejar apa?
Ads
“Jadi, kita ada satu matlamat yang sama. Rasanya nak menuju pengakhiran yang baik (berkahwin), seimbang dunia dan akhirat, termasuk kita juga nak menyumbang lebih kepada komuniti sebab kita pun berniaga.
“Kiranya kita berdua ini berkongsi misi yang sama, visi yang samalah,” katanya lagi.
Erra Turut Komen
Ads
Sementara itu, Erra atau Fazira Wan Chek berkata, dia bersama Ezwan menjalani perhubungan baik dan rapat mereka tanpa memberi tekanan di antara satu sama lain.
“Kami memang ada berbincang mengenai hubungan ini (arah tuju), tapi ia bukan satu tekanan. Kami tidak beri tekanan di antara satu sama lain. ‘Go with the flow’, tapi dengan matlamat berbeza.
“Cuma, kalau misal kata berkawan tapi terapung saja (hubungan), itu pun sangsi juga. Eh, kosong-kosong saja nak berkawan sampai bila? Nantikan,” ujarnya.
Ads
Erra berkata, mohon doa yang baik buat hubungannya bersama Ezwan kerana jika semua berjalan lancar, mereka mengharapkan fasa perkahwinan itu berlaku secepat mungkin, tapi setakat ini tidak diketahui bila?
Sebelum ini, media melaporkan Ezwan mengakui hubungannya dengan Erra mula terjalin sejak Ogos tahun lalu dan semakin serius..
Pada Januari lalu pula, kecoh di media sosial apabila Erra dikatakan dilamun cinta selepas memuat naik ucapan berbaur romantis, dipercayai ditujukan kepada seseorang.
Selepas itu, Erra yang juga bekas Ratu Cantik Malaysia itu dilihat semakin terbuka dengan hubungannya, selepas muncul dalam siaran langsung bersama Ezwan di platform media sosial dab sesi ‘live’ itu mengundang reaksi positif netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Terima kasih kepada yang memberi kata-kata semangat buat saya dan keluarga. Semoga pramugari yang tersalah tutur kata itu, belajar atas kesilapannya.
“Seperti yang saya cakap sebelum ini, kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat pramugari lain juga,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Walaupun insiden itu mengguris hati, Fasha bagaimanapun memaklumkan dia dan keluarganya telah memaafkan pramugari tersebut.
Namun, peristiwa itu tetap menjadi satu kenangan yang sukar dipadamkan.
“Walau bagaimanapun, saya dan keluarga telah memaafkan wanita tersebut tapi mungkin kami tidak akan melupakan.
“Ni kenangan kami apabila sampai di Alor Setar dan dah nak waktu berbuka.
“Kami makan kejap sementara menunggu grab sampai. Biarlah ada yang menghina dan biar ada yang mencerca.
“Kami akan tetap hidup cara kami. Cara yang sederhana. Sederhana itu indah,” jelasnya lagi.
Terdahulu, insiden itu tular selepas Fasha mendedahkan rasa kecewanya terhadap sikap seorang pramugari syarikat penerbangan yang mempersoalkan pertanyaan yang dirasakannya tidak wajar.
Menurut Fasha, walaupun bergelar selebriti, dia memilih untuk menaiki kelas ekonomi atas dasar berjimat selain mengamalkan gaya hidup sederhana.
Fasha turut menegaskan bahawa duduk di kelas ekonomi bukanlah sesuatu yang memalukan, malah ia pilihan peribadi yang wajar dihormati oleh semua pihak, termasuk kru penerbangan.
Lalu, perkongsian pelakon Malang Si Puteri ini mengundang reaksi pelbagai pihak dan ada yang turut menyuarakan sokongan terhadap Fasha dan memuji pendiriannya yang memilih untuk kekal hidup secara sederhana meskipun bergelar selebriti terkenal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin nekad untuk memfailkan permohonan penceraian terhadap suaminya, Dr. Rushdi pada 21 April ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.
Menurut Nora, keputusan ini terpaksa dibuat berikutan campur tangan pihak ketiga dan merasakan perkahwinan ini tidak dapat diteruskan lagi dengan aman.
“Dengan dukacita, saya bertekad membuat keputusan untuk memfailkan permohonan
perceraian terhadap suami saya, Dr Rushdi.
“Hal ini berikutan wujudnya campur tangan pihak ketiga sehingga perkahwinan kami tidak lagi dapat diteruskan dengan aman.
“Malah, turut memberi kesan kepada keselamatan saya sehingga membawa kepada pengabaian,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Katanya lagi, meskipun sudah membuat perbincangan dengan pihak yang berkenaan untuk menyelamatkan rumah tangga namun, kata sepakat gagal dicapai.
“Tidak dinafikan bahawa segala usaha untuk memulihkan rumah tangga kami telah melalui
pelbagai peringkat termasuklah sesi pertemuan dan perbincangan bersama pihak-pihak tetapi masih tidak mencapai kata penyelesaian.
“Malah menjejaskan keselamatan serta merosakkan reputasi saya sebagai seorang artis yang telah bergiat sekian lama dalam industri muzik,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini berharap agar kenyataan ini dapat menjelaskan pertanyaan ramai mengenai keadaan rumah tangganya ketika ini.
“Sidang media ini adalah bertujuan untuk memberi penjelasan terhadap keadaan yang sebenar, menghentikan spekulasi serta kenyataan secara terbuka dan penuh hormat kepada semua pihak yang terlibat.
“Atas faktor keterdesakan dan kebaikan semua pihak, saya tetap bersama keputusan saya bagi meneruskan tindakan perceraian ini,” akhirinya.
Pada 12 Ogos tahun lalu, Nora memuat naik video di Instagram yang memaparkan Rushdi menceraikannya dengan talak satu.
Bagaimanapun, Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video dimuat naik.
Media kemudian melaporkan Nora mengesahkan sudah rujuk semula dengan Rushdi pada 14 September 2024.
Difahamkan pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021 dan Dr Rushdi ialah sahabat baik bekas suaminya, iaitu Allahyarham Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun sudah memfailkan permohonan cerai, penyanyi Nora Ariffin mendedahkan hubungannya bersama suami, Dr. Rushdi Ramli masih lagi baik.
Bagaimanapun, Nora memaklumkan dia nekad untuk memohon cerai selepas merujuk kepada pakar-pakar agama.
“Setakat ini hubungan kami baik dan tidak pernah bermusuh. Namun, kami berdua sedar dengan segala situasi yang berlaku.
“Kami bahagia dan tak pernah bergaduh. Kalau hal bergaduh pun untuk hal seperti ini (perceraian).
“Sebelum membuat keputusan ini, saya ada merujuk kepada mufti, ustaz dan orang-orang yang lebih berpengalaman.
“Saya juga sudah berkongsi perkara ini dengan keluarga, adik beradik dan anak-anak,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Desa Tercinta ini berkata sedemikian ketika ditemui Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam pada Isnin.
Ditanya sama ada dia terbuka sekiranya Dr. Rushdi memujuknya untuk kembali bersama seterusnya membatalkan hasrat untuk bercerai, Nora memaklumkan segalanya bergantung kepada proses mahkamah pada 6 Mei ini.
“Saya hanya berserah dan buat apa yang sepatutnya. Saya tak tahu apa yang ada di dalam hati Dr. Rushdi dan apa yang berlaku esok.
“Apapun, kita tunggu sahaja prosiding mahkamah pada 6 Mei ini. Buat masa sekarang, saya tak tahu,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, kali terakhir dia bertemu dengan suami adalah ketika sambutan Hari Raya baru-baru ini.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan suami adalah ketika hari raya. Kami ada memenuhi jemputan dan bersilaturahim seperti biasa.
“Suami pun ikut giliran bermalam. Buat masa sekarang, saya tak kisah. Saya hanya biarkan sahaja. Saya tak bertanya banyak. Saya serahkan kepada suami sahaja,” kongsinya.
Anak-Anak Memahami
Sementara itu, Nora bersyukur apabila anak-anaknya faham dengan situasi yang sedang berlaku saat ini.
“Anak-anak saya memang tak campur dalam hal ini. Bagi mereka, itu adalah urusan mak ayah mereka. Mereka tahu, mereka tak berhak untuk masuk campur kecuali kita yang libatkan mereka.
“Alhamdulillah anak saya memahami,” akhirinya.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, menetapka 6 Mei ini sebagai tarikh sebutan pertama untuk prosiding cerai diantara Nora dan Rusdi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.