Selebriti popular, Rozita Che Wan kini hadir dengan produk inai ‘instant’ dipanggil, Mazaville berkolaborasi dengan temannya, Anas Zahrin.
Menurut Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta, ia menjadi fokus dunia bisnesnya ketika ini, apatah lagi dia sendiri memang peminat setia inai.
“Dulu kalau tak kahwin lagi pun, inai memang saya gemar pakai sebagai penambah ‘aksesori’. Selalunya, inai ini sinonim bila nak kahwin saja kan?.
“Tapi, sebenarnya tidaklah hanya terbatas masa nak kahwin. Dulu pun, kalau ada majlis kahwin, yang bujang ‘trang tang-tang’ menyelit sekali pakai inai,” katanya.
Che Ta menambah, dia sepatutnya melancarkan inai itu sebelum puasa lalu lagi.
“Tapi sibuk punya fasal dengan jadual shooting, maka baru sekarangboleh launch.
Ads
“Masa shoot untuk tema fotografi produk ini pun kami tetapkan tradisional Melayu. Feeling pakai songket merah gelap lagi ala pengantin,” katanya.
Mengakui biarpun ramai mengusahakan perniagaan seumpamanya, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini percaya rezeki itu luas.
“Kami percaya rezeki ada di mana-mana. Kalau kalian nak support inai kami bersyukur sangat-sangat.
“Harga pun bukan level kayangan. Harga kita-kita, memang ‘rakyat’. Hanya RM15. Jangan bandingkan dengan orang lain. Kita berniaga secara sihat, janji hasilnya letup. Nak jadi stokis pun dialu-alukan.
Ads
“Kami pun level ‘ikan bilis’ saja nak dibandingkan jenama popular lain. Harga ditetapkan pun sebab tahu ekonomi sekarang macam mana. Tapi biar beli bukan setakat sekali, tapi berkali-kali,” katanya lagi.
Penyanyi terkenal, Rihanna and pasangannya, A$AP Rocky sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian foto terkini pasangan itu, Rihanna, 33 dilihat mengenakan jaket panjang merah jambu sambil tidak mengenakan butang di bahagian perut sekali gus menampakkan ‘baby bump’.
Foto berkenaan yang dirakam di Harlem, New York dalam suasana bersalji kini mencetuskan tular dan diperkatakan oleh para peminatnya di seluruh dunia.
Ia sekaligus mengesahkan khabar angin mengenai kesahihan berita mengenai kehamilan penyanyi popular itu.
Menerusi CBSNews, Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Fenty di dalam satu temubual bersama British Vogue pada tahun 2020 mendedahkan dia berhasrat untuk memiliki empat cahaya mata pada usianya 42 tahun.
Bintang yang terkenal dengan lagu Diamond itu difahamkan menjalin hubungan rapat dengan bintang rap yang sebaya usianya itu lewat tahun 2020, lapor People menerusi PageSix.
Mereka bagaimanapun sudah saling mengenali sejak sekian lama malah A$AP atau nama sebenarnya, Rakim Athelaston itu pernah menjadi penyanyi pembukaan ketika siri jelajah Diamonds World Tour pada tahun 2013.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon Azhan Rani yang mendukung watak sebagai Ustaz Hamadi menerusi drama rantaian Nur2 ada berkongsi insiden mendebarkan saat dirinya melakonkan salah satu babak di penjara Seremban.
Tulisnya menerusi Instagram, babak tersebut bermula sejak pagi dan cuaca pada ketika itu panas melampau. Kebetulan dia turut mengalami demam selsema.
“Nak share sikit di sebalik scene penjara ni.. masa ni shooting kat penjara seremban.. dari pagi kat situ.. cuaca memang panas melampau masa ni.
“Masa ni juga badan tengah demam selsema.. terima kasih pada klinik penjara yang sudi berikan ubat demam masa tu.
“Tapi masa scene cakap dengan aishah kat telefon tu memag berat sangat mata.. angkat kepala pun time director sebut “action” je.. separuh dialog skrip separuh lagi dah jadi dialog aku.
“Lepas scene kat penjara ni petangnya kami move ke senawang untuk scene di restoren.. masa tu aku ride.. sampai sana sementara tunggu set up aku baring kat lantai,” tulisnya.
Ketika itulah, dia difahamkan tidak sedarkan diri sehinggalah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Entah apa agak lama jadi syok baring kat situ sampai la sedar2 aku dah dalam ambulance dan dibawa ke hospital seremban.
“Terima kasih doctor2 kat unit kecemasan sana. walaupun dia kata dia benci syed hamadi tapi tetap cucuk jarum dengan penuh hemah kat aku.. alhamdulillah walaupun agak lama kat unit kecemasan tu berjaya juga aku elakkan admitted kat situ.. walaupun terpaksa check in kat hotel area tu atas bantuan pm che @onechinoiz dapat la juga recover demam balik lepas 2 hari.
“Apa yang aku takkan lupa tentang family ini masa kejadian ini.. masing2 ambik berat dan bagi bantuan.. betapalah aku sayangkan family ni padahal sebab aku diaorang kena delay scene ni buat hari lain.. tq @remy__maghrib yang sempat rakam dan edit video ni.. @khiriah17 @ejchomey dan yang lain2 yang tak putus menolong dan bagi semangat.. @amhus_amiegus yang tolong bawakan motor.. dan family #nur2 yang lain yang menghulurkan bantuan.
“Dua hari tu dapatlah aku insaf kejap.. sebelum jahanam semula di set hari seterusnya.. masa kejadian ni kami baru 2 minggu shooting rasanya.
“Tak semua dalam family ni aku kenal pun.. tapi lepas kejadian ini kami jadi lebih rapat dan aku dah boleh ingat nama semua dalam family ni..syukur kerana berada di family ini dan terima kasih family,” tulisnya panjang lebar.
Nur 2 yang memulakan tayangab episod pertamanya semalam menerusi slot Samarinda mendapat reaksi baik para penonton setakat ini.
Pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh telah terbunuh di Tehran, Iran, kata kumpulan itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu, Hamas berkata Haniyeh terbunuh dalam serbuan Israel di kediamannya di Tehran.
Menurut kumpulan itu lagi, pemimpin berusia 62 tahun itu meninggal dunia selepas turut serta dalam upacara rasmi Presiden Iran Baharu, Masoud Pezeshkian yang mengangkat sumpah pada Selasa.
Kor Pengawal Revolusi Iran berkata punca kejadian itu belum jelas tetapi sedang disiasat, lapor agensi berita AFP.
Perwakilan dari kumpulan Hamas yang mengawal Gaza berkata Haniyeh “dibunuh dalam serbuan Zionis yang khianat”.
Setakat ini, Israel masih belum memberi balasan atau mengeluarkan kenyataan tentang kejadian tersebut.
Ismail Haniyeh mengangkat sumpah sebagai pemimpin tertinggi Hamas pada 2006 yang menyaksikan kekuasaan kumpulan tersebut terhadap pentadbiran Semenanjung Gaza.
Sebelum ini, tiga anak Ismail, Hazem, Amir dan Mohamed telah terbunuh dalam satu serangan udara Israel pada 10 April 2024.
Kejadian tersebut turut mengorbankan nyawa empat cucunya, tiga Perempuan dan seorang lelaki.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.