Pelakon Ashraf Muslim, 41, tidak kisah digelar hero tua malah bertuah kerana masih lagi menjadi pilihan penerbit dan pengarah selepas hampir dua dekad bergelar anak seni.

Ashraf berkata baginya apa yang penting ialah lakonan yang dibawa memberi impak seterusnya meninggalkan kesan mendalam pada penonton.

“Usia hanyalah sekadar angka. Apa yang lebih penting, semakin tua jadi makin matang dalam bidang lakonan.

“Saya menjadikan hero tua seperti Datuk Rahim Razali dan Sidi Oraza sebagai inspirasi untuk menjadi pelakon berkaliber dalam industri seni tanah air,” katanya.

“Semakin Tua, Jadi Makin Matang…,” – Meniti Usia 41 Tahun, Ashraf Muslim Tak Kisah Digelar ‘Hero Tua’ “Semakin Tua, Jadi Makin Matang…,” – Meniti Usia 41 Tahun, Ashraf Muslim Tak Kisah Digelar ‘Hero Tua’

Imbas kembali, Ashraf memaklumkan dia mulai berlakon sekitar tahun 2005 dan kini sudah 17 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan.

“Saya tidak melihat menjadi pilihan pengarah bagi watak hero hanya bersandarkan pada wajah awet muda.

IKLAN

“Sebaliknya, saya sentiasa menjaga ‘attitude’, hormat pada orang dan menjaga kualiti dalam lakonan,” katanya lagi.

Mengulas mengenai gandingan pelakon baharu, Ashraf yang pernah bergandingan dengan Sharifah Rose menerusi drama 3 Nota Cinta menjelaskan, dia tidak pernah ada masalah berlakon dengan mereka.

“Saya bermula dari pelakon ‘kayu’ sebelum berada pada tahap sekarang. Sebab itu, saya tidak kisah berlakon dengan pelakon baharu yang dianggap ‘kayu’ asalkan mahu belajar ilmu lakonan,” katanya.

Terkini, Ashraf bakal muncul dengan filem baharu, Musyrik – Api Neraka Menantimu! dan dia menerima tawaran berlakon dalam filem arahan Arjin Uppal itu kerana mahukan kelainan.

IKLAN

“Semakin Tua, Jadi Makin Matang…,” – Meniti Usia 41 Tahun, Ashraf Muslim Tak Kisah Digelar ‘Hero Tua’ “Semakin Tua, Jadi Makin Matang…,” – Meniti Usia 41 Tahun, Ashraf Muslim Tak Kisah Digelar ‘Hero Tua’

Menerusi filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu, Ashraf bergandingan dengan Aeril Zafrel dan Ruhainies selaku teraju utama.

“Saya sudah lama tidak berlakon cerita bergenre seram. Apa yang lebih mencabar apabila banyak babak penggambaran dilakukan pada waktu malam.

“Saya tertarik dengan watak ustaz diberikan. Jalan cerita filem ini juga memaparkan realiti dalam situasi hari ini,” katanya.

IKLAN

Selain Ashraf, Aeril dan Ruhainies, filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan.

Trailer rasmi filem berkenaan sudah pun dilancarkan  pada 15 Jun lalu menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies.

“Semakin Tua, Jadi Makin Matang…,” – Meniti Usia 41 Tahun, Ashraf Muslim Tak Kisah Digelar ‘Hero Tua’

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI