HomeBerita“Dulu, Kesusahan Kita Orang Sampai Tiada Tempat Tinggal, Tak Mampu Nak Bayar...
“Dulu, Kesusahan Kita Orang Sampai Tiada Tempat Tinggal, Tak Mampu Nak Bayar Sewa Rumah,” – Mawar Rashid Tekad Mahu Muliakan Ibu, Liku Hidup Jadi Kekuatan
Selepas berkongsi mengenai kisah keluarganya yang pernah memiliki empayar bisnes biar bukan dalm tempoh lama dirinya masih dari kecil, Mawar Rashid sekali lagi bercerita mengenai liku hidupnya ketika fasa remaja.
Jelas Mawar menerusi entri terkininya di Instagram, dia mulai berusaha untuk mencari rezeki sejak berusia 15 tahun kerana mengenang nasib keluarga besarnya ketika itu.
“DARI UMUR 15 TAHUN MAWAR MULA CARI DUIT SENDIRI, NI LAH SEBABNYA…..” Hidup kitorang tk sempurna , tk de ayah, tapi kitorg sgt bahagia. Mummy didik kitorg dgn penuh kasih syg, sampai kitorg adik bradik mmg rapat gile. IBU HEBAT. Dialah ayah dialah emak.
“Dulu, kesusahan kitorg sampai takde tempat tinggal. Mummy tak mampu nk bayar rumah sewa. Time tu mawar umur dah 14, Mekwa duduk kat rumah kedai, tumpang kat restaurant aunty kat bukit bintang.
“Adik-bradik mwr semua duduk berpecah, ada yg tumpang rumah sedara, ada yg sewa bilik dekat2 condo mane2. and time tu jugak mwr & mummy tumpang rumah sedara, jauhhh dari skolah kat OUG. time tu, mwr balik skolah naik train and bus,” tulis Mawar.
Gara-gara ambil tempoh masa panjang untuk pulang ke rumah, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut akui ada ketika dia tertidur kerana kepenatan.
Ads
Malah, adik-beradiknya yang lain turut berkorban dengan cara tersendiri demi keluarga tersayang.
“Setiap kali balik skolah, mesti sampai rumah malam(time tu skolah ptg) pastu hari2 mwr tdur berdiri dalam bus penat sgt dr skolah pastu dlm bus tkde tmpt duduk pulak. Sardin sgt dlm bus tu.
“Pastu mwr rasa jauh sgt, so mwr ckp nk tumpang rumah kedai aunty kat bukit bintang. tiap2 pagi mwr JALAN g skolah cbn atas bukit tu. Sampai je skolah basah baju? berpeluh2.
“Adik bradik Mawar pun semua berkorban demi satu sama lain. Nak cerita satu per satu tu, terlalu bnyk. Tapi Mwr nak highlight pengorbanan yang terbesar dr kakak kembar mwr. @indrirashid & @intanrashid.
Ads
“Diorg ni time skolah dulu mmg top student, results spm pun bnyk A. Tapi, SEDIH! Dorg terpaksa korbankan untuk smbg belajar di university, dan dorg kerja kedai baju, demi tolong mummy jaga adik bradik yg lain, antara nya , bayar sewa rumah, bg duit skolah kat adik2, bayar college abg, beli bahan keperluan dan lain2 lagi.
“Dari situ mwr terus tak nak minta duit skolah ngan mummy, sbb mwr tahu nanti kakak2 mwr kene tggung. Mwr KESIAN KAT KAKAK2 & MUMMY. Alhamdulillah bermula dari umur 15 smpai skrg, mwr usaha cari duit sendiri. Tk minta duit skolah, dr umur 15 mwr cari rezeki utk bg mummy duit utk bantu kluarga.
“10 tahun dorg masih kerja di shopping mall sampai skrg. Dan Salah sorg dari kakak kembar mwr, kak @intanrashid , dia brenti kerja kat shopping mall tu, untuk nk MENJAYAKAN BISNES UTK UBAH HIDUP FAMILI KITE NI. We will push to the limit.
“Walaupun skrg kakak2 dan abg2 kerja cukup2 makan, dorg tetap bg duit kat mummy dan tanggung mummy!
Ads
“DENGAN NIAT UNTUK UBAH HIDUP FAMILI MWR, UNTUK HIDUP LEBIH SNG. DAN MAWAR NAK BANTU SEMUA YG MENGALAMI dan MERASAI HIDUP KESUSAHAN MACAM MAWAR. JOM KITA SAMA2 BUAT TERBAIK UTK BALAS JASA IBU DAN ADIK BRADIK KITE,” luah Mawar panjang lebar sambil bertanya sama ada peminat memperolehi sesuatu dari apa yang telah dikongsikan ini.
Dalam perkembangan lain, Mawar, suami serta ahli anggotanya yang lain sudah pun berlepas ke tanah suci pada Isnin bagi menunaikan umrah.
Penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber sebentar tadi telah mengumumkan kelahiran anak sulungnya.
Berita gembira itu dikongsikan kepada umum menerusi satu hantaran di Instagram dengan foto menunjukkan sebelah kaki anaknya itu.
Kapsyen pada hantaran pula berbunyi, “Welcome home Jack Blues Bieber.”
Seiring dengan pemberian nama itu, ia jelas menandakan jantina anaknya bersama Hailey Bieber adalah lelaki.
Terdahulu wakil kepada pasangan ini pernah berkongsi kepada media antarabangsa bahawa Justin dan Hailey mahu menyimpan perihal jantina dan tarikh jangkaan bersalin kepada diri mereka sendiri.
Sepanjang lebih lima tahun perkahwinan, Justin dan isterinya kerap menyatakan yang mereka ingin membina sebuah keluarga lengkap dan berhasrat mahu membesarkan anak jauh dari kerlipan gemerlap Hollywood.
Imbas kembali, pasangan popular ini berkahwin pada September 2018.
Sebelum berkahwin dengan Hailey yang merupakan seorang peragawati, Justin terlebih dahulu hangat bercinta dengan Selena Gomez sebelum hubungan mereka kandas di tengah jalan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nita Hamzah ada membuat coretan, memberikan dedikasi istimewa buat arwah bapanya, Hamzah Abdullah bersempena dengan ulang tahun Allahyarham yang ke-68, 6 Julai lalu.
Jelas Nita, meski hanya dapat menikmati kasih sayang seorang bapa dalam tempoh sekejap, nanum hubungan di antara keduanya begitu rapat.
“Saya cuba untuk tidak tulis. Tapi saya nak juga tulis.
“Sebenarnya 6.7 genaplah 68 tahun umur seorang lelaki yang paling saya sayang yang pernah ada dalam hidup saya walaupun saya hanya dapat menikmati kasih sayang dari dia hanya 9 tahun sahaja tapi dia adalah yang paling rapat.
“Tiada apa yang nak saya wish , hanya sedekah Al Fatihah kepada arwah abah. Sanah Helwah PWI Hamzah Bin Abdullah. Al Fatihah,” tulis pemenang tempat kedua program realiti, Malaysian Idol 2 tidak lama dulu ini.
Serentak dengan itu, para pengikutnya di Instagram turut menitipkan doa, sedekahkan bacaan al-Fatihah buat arwah bapanya.
Terdahulu, Nita yang pernah muncul dengan single berjudul Hadirlah Cinta ini kini hidup bahagia harmoni bersama suami, Mohd Fareez Shamsul Bahari.
Pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata itu mendirikan rumah tangga April 2018.
Pertemuan secara tidak sengaja di antara Azwan Ali dan juri program All Together Now Malaysia, Kelly Azman mereka baru-baru ini membuka lembaran buat mereka apabila kedua-duanya memilih untuk bersemuka seterusnya menjernihkan kembali hubungan.
Azwan atau Diva AA sebelum ini memuat naik satu ciapan di laman Twitter mempertikaikan kredibiliti salah seorang juri di sebuah rancangan realiti terbitan syarikat penyiaran swasta seterusnya mengundang spekulasi warganet.
Biarpun tidak menyatakan terperinci mengenai individu yang dimaksudkan, namun rata-rata netizen berpendapat ia ditujukan buat Kelly yang turut sama terbabit di dalam program hiburan realiti itu.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Azwan menjelaskan dia akan terus memberi teguran kepada mana-mana pihak yang menimbulkan isu.
“Saya sudah berada di dalam industri ini lebih dari 33 tahun. Siapa pun tidak sangka selepas 10 tahun mendiamkan diri, kini saya kembali. Kalau ditanya apa puncanya, tidak ada apa pun cuma saya enggan mengambil sebarang tugasan ketika itu.
“Saya duduk di London tetapi kontroversi terus berlegar-legar. Saya ingatkan kontroversi 10 tahun lalu berbeza dengan tahun 2022. Ikhlas saya cakap saya dah lalui semuanya, macam-macam cerita dah keluar.
“Saya tidak menyangka sehingga tahun ini nama dan kontroversi Diva AA berada di tahap yang menggunung. Saya terkejut sebab ingatkan ia semakin tenggelam sebab sebelum saya membawa diri ke London 10 tahun lalu saya kecewa dengan apa yang orang kecam saya.
“Tetapi kini tidak lagi kerana ia telah berubah dan perasaan geram saya semakin menebal. Saya pernah dikecam lebih dari 50 status sehari. Kau sanggup ke dengan kecaman?,” katanya.
Sementara itu, Kelly ketika ditemui berkata, dia sudah ‘kalis’ dengan pelbagai kecaman sebelum ini dan tidak terasa dengan ciapan dari Diva AA kerana mereka sudah lama saling mengenali.
“Saya sudah lama di dalam industri ini. Sama seperti Diva AA, saya pun sudah lali dengan pelbagai kecaman termasuk darinya kerana kami pun sudah lama kenal. Apa-pun saya hanya ingin memfokuskan kepada karier saya dan buatkan orang ramai terhibur.
“Jadi terserah kepada mereka untuk berkata-kata kerana saya hanya menjadi diri saya sendiri dan ingin menjadi penghibur,” katanya.
Mereka ditemui di majlis sidang media MIC ON! musim kedua di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Di dalam rancangan realiti itu, Diva AA akan bergandingan bersama Issey Fazlisham menggalas tanggungjawab sebagai hos yang akan bermula pada 28 Januari depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Sheila Rusli akui teruja apabila menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha memutuskan untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua.