Pelawak, Ilya Buang Shaharum atau mesra disapa Pak Ya terkilan apabila namanya dikatakan digam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hingga dilarang membuat kemunculan dalam dua episod sitkom Sepahtu Reunion Live 2020 yang bersiaran secara langsung di Royal Teater, Shah Alam sejak 17 Januari lalu.
Bagaimanapun, Pak Ya yang menganggotai kumpula Rare ketika saingan program itu berlangsung akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kesilapan mereka yang menyinidir kerajaan mengenai isu air.
Ads
“Kami ingin memohon maaf kepada pihak MBSA dan penonton atas apa yang berlaku semasa kami membuat persembahan MLM 2019.
“Kami harap tidak ada lagi mana-mana pihak yang berdendam dengan kumpulan Rare. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat kami,” kata Pak Ya seperti dipetik Mstar.
Ads
Dalam pada itu, Pak Ya mahu perkara ini dihentikan secara damai.
“Kami juga mahu isu ini berakhir dengan aman dan turut mengambil iktibar atas apa yang berlaku,” ulasnya.
“InsyaAllah, saya sudah pasang niat untuk bawa ibu pergi umrah.” Itu perkongsian dari Sophia Liana, apabila ditanya mengenai apakah yang ingin dilakukan dengan wang kemenangan menerusi program Dansa Dan Sing yang sudah pun melabuhkan tirai pada Ahad.
Dipancarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Ria HD dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, Sophia bersama ‘troopernya’, Budak Ngam berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi selepas berjaya mengetepikan 5 finalis lainnya.
“Itu adalah niat saya yang pertama andai bergelar juara. Alhamdulillah ia dimakbulkanNya. InsyaAllah nak bawa dia bersama tunai umrah.
“Bila sudah dapat hadiah berkenaan, insyaAllah itu adalah perkara pertama yang akan dilakukan,” katanya jujur.
Sementara itu, bintang yang sebelum ini terlebih dahulu bergelar penari sebelum aktif dalam ‘rapping’ dan nyanyian bersama kumpulan De Fam menafikan dirinya kurang versatil dalam nyanyian kerana hanya fokus pada rap dan hip-hop semata.
Sebaliknya, pemilik nama lengkap Sophiatul Liana Mohamed Sobri ini jujurnya lebih selesa untuk menonjolkan kelebihan yang ada pada diri.
“Bukan saya tidak versatil, akan tetapi rasanya tidak salah untuk saya tonjolkan siapa diri saya. Cuba untuk menjaga ‘branding’ Sophia Liana itu sendiri.
“Sebabnya kalau saya mahu jadi orang lain, ia seperti dibuat-buat di depan lensa televisyen. Malah rasanya, setakat ini belum ada mana-mana pertandingan yang turut menampilkan finalis rapper perempuan.
“Bagi saya, adalah lebih baik untuk kita kembangkan lagi cara melihat sesebuah pertandingan atau persembahan dengan lebih luas,” jelasnya optimis.
Sementara itu, bintang remaja Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew diumum sebagai naib juara sementara Shiha Zikir & Team Squad yang berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi di kedudukan ketiga.
Tempat keempat, kelima dan keenam pula dimenangi oleh Wani Kayrie & Delitz, Waris & Alamak dan Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad.
Kesemua mereka masing-masing membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Rasa tak tercapai dek akal, alhamdulillah.” Itu reaksi awal Naim Daniel apabila lagu Sumpah hasil ciptaan sepenuhnya dari dirinya sendiri dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.
Berjaya mengetepikan saingan dari 11 buah lagu yang bertanding, bintang berusia 23 tahun ini akui saingan yang hadir cukup sengit dan masing-masing mempunyai kekuatan sendiri.
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai lagu terbabit yang sebelum ini disebut-sebut mempunyai harapan cerah untuk menang, Naim tidak menafikan wujudnya tekanan.
”Saya ada tengok satu status di Twitter dalam jam 3 lebih, Neelofa dan Syafiq Kyle ada jangka lagu Sumpah, korang ni…
“Jadi tekanan itu memang ada akan tetapi saya merasakan ia bagus untuk kita rasa gementar kerana itu boleh buatkan kita tahu yang kita ‘hidup’. Cuma kena halakan tekanan itu kepada sesuatu yang betul.
“Jadi bila naik pentas, saya rasa inilah masa untuk saya buat persembahan, tanggungjawab saya adalah untuk menghiburkan penonton di luar sana.
”Saya tidak rasa malam ini adalah persembahan saya, tapi ia adalah persembahan kepada semua yang berikan sokongan. Lepas tu rasa lega, turun je nangis,” jelas Naim.
Ditanya mengapa menitiskan air mata, pemilik nama penuh Muhammad Naim Daniel Baharin ini menyifatkan diirinya masih tidak percaya kerana berpeluang untuk bersama-sama bersaing di pentas berskala besar seperti AJL.
“Tak percaya untuk berada di sini sebab kebanyakan yang bertanding adalah alumni juara, yang sudah bertanding banyak kali.
“Jadi untuk berada dalam barisan orang-orang hebat ini, kita rasa selama ini untuk mempunyai satu karya yang diangkat itu begitu seronok rasa dia.
“Malah, ia menjadi satu macam semangat untuk lebih berkarya pada masa depan dengan lebih baik dan lebih banyak material baru insyAllah,” jelasnya optimis.
Selain Sumpah yang diangkat sebegai juara utama, anugerah muzik tahunan edisi kali ini turut menyaksikan lagu Jatuh Bangun dendangan Aman Ra diumumkan sebagai pemenang kedua.
Anta Permana yang dibawa Bob Yusof yang turut menampilkan penyanyi asalnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza di kedudukan ketiga.
Sementara itu, persembahan sarat emosi cinta dari Hafiz Suip menerusi lagu Kisah Cinta Kita pula berjaya memenangi kategori Vokal dan Persembahan Terbaik.
Penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek menceritakan persamaan tiga pelawak popular, Allahyarham Abam, Mr Os dan Pak Yus yang ketika hayatnya suka bersedekah dan membantu golongan di dalam kesusahan.
“Ketiga-tiga mereka adalah pelawak tetapi ada kebaikan mereka disembunyikan ketika hayat yang ramai orang tidak tahu.
“Sempat juga beberapa tahun lepas saya solat jenazah untuk arwah Mr Os, saya menguruskan jenazah dia sangat mudah dan begitu juga arwah Pak Yus kerana mereka ini suka bersedekah.
“Sedekah adalah jalan paling mudah ke syurga asalkan ikhlas kerana Allah.
“Mr Os sewaktu hayatnya dia sangat suka bersedekah. Ketika dia berada dalam masalah kewangan di mana dia seorang pemandu teksi, kalau ada yang tidak cukup duit, dia anggap itu sedekah.
“Sebab itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, apabila mati anak Adam, putus semua amalan kecuali tiga iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan ketiga doa anak yang soleh.
“Sedekah perkara paling mudah untuk ke syurga. Ini kerana sebelum sedekah sampai kepada penerima, sedekah itu sampai dulu kepada Allah, itulah ‘power’ bersedekah dan apa yang berlaku kepada arwah Abam adalah dia juga suka bersedekah,” katanya.
Selepas pemergian arwah Abam, tular kisah-kisah kebaikan yang pernah dilakukan semasa hayatnya masih ada. Terbaru, kisah seorang wanita yang merayu supaya membenarkannya melawat pusara Abam pada waktu malam tular di laman sosial.
Kisah ini dikongsi penggali kubur yang dikenali sebagai Khairuddin, 51 yang menyatakan dia didatangi seorang wanita bersama anak perempuannya yang menunggang motosikal di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak kira-kira jam 8.00 malam.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, pergi mengadap Ilahi di kediamannya di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Jalan Gombak pada jam 7.15 pagi pada 10 Februari lalu selepas mengalami demam selama dua hari.
Foto : Instagram Ustaz Hanafiah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Emma Suhaimi mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 Kilogram (Kg) dalam tempoh enam bulan sebagai persediaan untuk kemunculan semulanya menerusi single berjudul Tersakiti.