Selepas kejayaan single Dulu Kini Dan Selamnya yang juga merupakan OST untuk drama Lelaki Itu, penyanyi Marsha Milan tidak mengambil masa lama untuk melancarkan sebuah lagi karya terbaharu yang berjudul Hening Rindu.

Menurut Marsha, melancarkan dua buah karya dalam masa dua bulan sememangnya merupakan perkara yang jarang dilakukan oleh para penyanyi.

“Dulu Keluar Duit Sendiri…,” – 2 Karya Dalam Masa 2 Bulan, Marsha Kini Buruan Komposer!

“Saya sangat gembira. Lagu-lagu saya sebelum ini pun sedap juga tapi kali ini, dua lagu terbaharu saya mempunyai aura yang berbeza.

“Pada mulanya, saya risau juga kerana jarak masa perlancaran dua lagu ini sangat dekat.

“Kami agak ragu-ragu kerana kebiasaannya artis akan ambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan hingga setahun untuk projek seterusnya.

“Namun, apabila lagu ini juga diberikan platform sebagai lagu OST, saya rasa ia lebih mudah untuk dipromosikan,” katanya kepada MH.

IKLAN

Penyanyi asal Sabah itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran lagu Hening Rindu, baru-baru ini.

“Dulu Keluar Duit Sendiri…,” – 2 Karya Dalam Masa 2 Bulan, Marsha Kini Buruan Komposer! “Dulu Keluar Duit Sendiri…,” – 2 Karya Dalam Masa 2 Bulan, Marsha Kini Buruan Komposer!

Pada masa sama, Marsha akui bersyukur kerana namanya kini menjadi pilihan para komposer selepas hampir 18 tahun dia berusaha untuk mengukuhkan namanya di industri seni tanah air.

“Sejujurnya saya sangat bersyukur. Saya pernah melalui fasa di mana saya perlu meminta lagu daripada komposer. Namun, saya merasakan ini perkara yang biasa dilalui oleh semua penyanyi.

IKLAN

“Kita akan lalui fasa belum dikenali dan kemudian kita dikenali. Malah, pihak label juga banyak membantu saya untuk mendapatkan lagu-lagu yang bagus.

“Saya tidak boleh bergerak sendiri dalam hal seperti ini. Saya perlukan bantuan pihak label untuk pastikan kerjaya nyanyian saya terjaga,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Marsha turut memaklumkan dirinya kini sedang dalam perbincangan untuk merakamkan lagu bersama komposer antarabangsa.

“Dulu Keluar Duit Sendiri…,” – 2 Karya Dalam Masa 2 Bulan, Marsha Kini Buruan Komposer!

IKLAN

“Ketika ini, perbincangan masih diperingkat awal. Ada perkara yang kita perlu lihat dahulu dan persetujui bersama. Ada dua buah lagu daripada komposer Indonesia dan satu lagi daripada Korea Selatan.

“Saya dapat tarik minat komposer Indonesia kerana mereka pernah melihat saya berduet dengan Judika.

“Kini, saya serahkan kepada pihak label untuk langkah-langkah seterusnya. Kita masih diperingkat awal dan belum tahu kesudahannya,” katanya lagi

Terdahulu, Hening Rindu juga merupakan lagu yang diangkat sebagai OST bagi drama terbaharu yang berjudul Aku Bukam Ustazah.

Hening Rindu mendapat sentuhan daripada komposer terkenal Ikhwan Fattana dan Wan Salleh manakala liriknya ditulis oleh Wan Salleh sendiri.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI