Pelakon baharu, Erysha Emyra bersikap terbuka di dalam menerima reaksi penonton selepas penampilan dan wataknya menerusi drama Aku Bukan Ustazah mencetuskan tular, baru-baru ini.
Erysha atau nama sebenarnya, Nur Erysha Emyra Zakaria, 25, berkata, dia tidak mampu mengawal komen penonton sama ada positif atau negatif kerana mesej yang ingin disampaikan dalam drama berkenaan berkisar soal kehidupan dan realiti masyarakat.
“Kalau kita ambil secara positif kita dapatlah mesej tentang kehidupan ini. Nak istiqamah bukan senang.
“Ada juga feedback yang saya lihat di komen TikTok, ramai yang cakap diri mereka juga begitu.
“Sebenarnya saya pun seperti itu juga, mungkin ada hari yang iman kita naik dan turun,” katanya ketika ditemui di sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi & Bunga Salju yang di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ads
Terdahulu, ada penonton yang mempertikaikan penampilan wataknya sebagai Aminah kerana ada babaknya yang mengenakan tudung singkat.
Malah, ada juga yang kurang bersetuju dengan dialog disampaikan Aminah yang menyentuh hukum berniqab.
Menerusi babak tersebut, Aminah bersama dua wanita berniqab dilihat sedang berbual mengenai penampilan berpurdah dan syarat wajib dalam menutup aurat.
Ads
Mengulas mengenai perkara itu, Erysha menjelaskan ada sebab dia mengenakan tudung singkat dan kebanyakan komen kritikan diterima daripada mereka yang tidak menonton drama berkenaan.
Ads
“Ada juga yang mempertikaikan saya yang bertudung labuh dalam drama itu tiba-tiba ada satu babak saya bertudung singkat.
“Sebenarnya itu adalah babak dalam rumah dan watak saya belum bersiap untuk keluar rumah.
“Saya rasa orang yang memberikan komen itu tidak menonton drama tersebut dan hanya melihat potongan video yang tular,” katanya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memulakan kehidupan baharu di Amerika Syarikat sejak Mei lalu, entri terbaharu pelakon Sarah Hildebrand di Instagramnya seolah-olah memberikan gambaran dia kini sudah menyertai pasukan unit beruniform, Tentera Udara Amerika Syarikat.
Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 32, berkongsi foto dirinya sedang bersalaman dengan seorang pegawai tentera selain memuat naik skor markah yang diperoleh dalam ujian ketenteraan.
Malah, pelakon yang mencipta nama menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu juga turut memuat naik video menunjukkan dia sedang mengangkat sumpah bersama dua pelatih tentera yang lain.
“Semuanya tidak mustahil. Sangat bersyukur untuk segalanya,” tulis Sarah di ruangan kapsyen.
“Kami juga terbuka untuk menjalin kerjasama dengan figura terkenal tanah air contohnya Datuk Seri Siti Nurhaliza, untuk menerbitkan buku mengenai kembara seninya sebagai wanita Muslim sekiranya diberikan peluang.”
Demikian impian syarikat penerbitan, Tertib Publishing yang optimis memasang impian melakar jaya sebagai peneraju bahan bacaan Islamik, pengetahuan dan inspirasi dalam bahasa Inggeris.
Muncul setahun sebelum era pandemik COVID-19, syarikat berkenaan pantas mencuri perhatian dan rujukan ramai tidak kira di dalam atau luar negara.
Pengasas merangkap Ketua Pengarah Eksekutifnya, Khairul Amar Razali itu berkata sehingga kini sudah 51 judul buku diterbitkan merangkumi pecahan bacaan dewasa dan kanak-kanak.
Mempunyai latar belakang bidang pendidikan dalam ijazah sarjana di Universiti Malaya dan kini bergelar pelajar DoktorFalsafah (PhD) juga di dalam bidang yang sama, antara faktor kuat yang menjelaskan kesungguhan lelaki berusia 35 tahun dari Terengganu ini melebarkan empayar syarikat.
“Membaca itu jambatan ilmu. Ia teras yang sudah sebati dalam diri kita dari kecil sampai dewasa. Itu menjadi manifestasi utama apa yang saya usahakan ini.
“Cuma saya cuba melawan arus untuk menerbitkan bacaan dalam bahasa Inggeris. Pendek kata, saya nak jadi penerbit bahan bacaan Islamik berbahasa Inggeris yang dicari ramai.
“Lagipun penerbitan bacaan bahasa Melayu sudah banyak di pasaran,” katanya yang sebelum ini belajar dalam bidang kejuruteraan di sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat.
Kata Khairul Amar lagi, dia pada mulanya bimbang ketika pandemik menyerang, syarikatnya baru hendak bernafas.
“Ketika itu, ujian musibah ini meniup keresahan. Tapi siapa mampu menebak, permintaan bahan bacaan dikeluarkan mendapat permintaan tinggi. Daripada dua staf kini bertambah menjadi 13.
“Permintaan itu membuka ruang mengeksport buku ke luar negara termasuk Singapura, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan sebagainya.
“Ia membuka pintu ruang untuk meneroka pasaran luar. Tapi saya tak mahu terburu-buru. Biarlah dikukuhkan gelanggang tempatan dulu. Tapi jika ada kesempatan, cubalah sambil menyelam minum air,” katanya.
Bahan bacaan syarikat ini mendekati demografik generasi muda hingga awal 60-an.
“Kami bawakan penulis Islamik antarabangsa termasuklah nukilan penceramah motivasi terkenal seperti Yasmin Mogahed, Imam Dr. Omar Suleiman, Yahya Ibrahim. Bagaimanapun, kandungan lokal juga diutamakan.
“Termasuk kerjasama Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menerusi terbitan buku The 49th Rules, Muslim Astronauts in Space dan The Twins’ Space Mission.
“Malah kami menjalinkan kerjasama dengan jenama Telekung Siti Khadijah menghasilkan buku kanak-kanak seperti The Madrasah of Ramadan (Activity Book),” katanya.
Sempena bulan Ramadan, mereka turut menerbitkan buku edisi istimewa.
“Ia termasuklah jenama Nuh & Nuha diambil bersempena nama anak kembar saya menerusi penerbitan buku kanak-kanak seperti ‘A Remarkable Ramadan Sound Book’. Ia buku interaktif bersuara yang disokong dengan audio bacaan doa dan amalan di bulan mulia ini.
“Tak ketinggalan, Ramadan Therapy, What I Would Like For Ramadan, My Ramadan Journey Puzzle, dan banyak lagi,” katanya mengenai bahan bacaan jenama ini dijual sekitar harga mampu milik serendah RM30 hingga RM90.
“Tahun ini disasarkan, dalam empat kelima bacaan baru akan diterbitkan. Anggaran jualan produk sebulan kami raih pada Mac lalu contohnya mencecah RM200,000. Tahun ini kami sasarkan jualan sekitar RM3 juta. Insya-Allah. Selain itu, sistem ejen juga mula dilaksanakan,” katanya.
Tambah Khairul Amar, ada permintaan menterjemahkan buku, ‘A Juz A Day: Summary of the Qur’an’ daripada Yahya Ibrahim ke dalam bahasa Melayu.
“Kami tengah mempertimbangkannya. Malah dalam masa sama, syarikat kami juga berpengalaman menganjurkan acara langsung dengan pembabitan penceramah Muslim antarabangsa.
“Pada 16 dan 17 April ini, kami menjemput Mizi Wahid, iaitu seorang ikon Muslim dari Singapura dalam acara perkongsian ilmu di Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur. Penyertaan dibuka kepada umum,” katanya yang turut terbuka kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen.
Sementara pembaca yang ingin memiliki bahan bacaan mereka juga boleh menghubungi pihaknya secara terus.
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz percaya dengan rezeki Allah SWT meskipun ada pihak yang mengatakan kerjayanya bakal hancur selepas bercerai dengan Bella Astillah.
Menurut Aliff, dia kini mahu muhasabah diri dan berusaha berubah ke arah yang lebih baik.
“Satu perkara yang selalu saya percaya, rezeki saya dan kita semua ada di tangan Allah. Jika Allah kata ada rezeki, pasti akan ada.
“Saya kini hanya muhasabah diri. Semoga apa yang berlaku ini akan menjadikan kita lebih baik.
Pada masa sama, Aliff juga bersyukur kerana segala urusan mahkamah pada hari ini telah dipermudahkan.
“Alhamdulillah, segala prosiding hari ini berjalan lancar. Saya berterima kasih kepada pihak peguam saya kerana menguruskan segalanya.
“Saya mengharapkan semua pihak diluar sana mendoakan yang baik-baik sahaja buat saya,” katanya kepada MH
Pada masa sama, Penyanyi lagu Sayang Sayang ini juga bersetuju menyerahkan hal penjagaan anak kepada Bella kerana merasakan wanita itu lebih layak memandangkan dia adalah ibu kandung.
“Bella merupakan ibu kandung. Namun, perkara-perkara lain melibatkan anak-anak, kami akan lalui proses lain nanti.
“Jadi, saya tak mahu bercakap panjang. Apa yang telah dibincangkan di dalam mahkamah, itulah jawapan saya,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun Aliff enggan menjawab ketika ditanya media bila kali terakhir dia berjumpa dengan anak-anaknya.
“Berkenaan anak-anak, saya tak nak komen apa-apa kerana bagi saya ada perkara boleh dikongsikan dan ada yang tak perlu buat masa ini.
“Apa pun saya bersyukur apabila prosiding hari ini semuanya berjalan lancar dan saya berterima kasih kepada ayah kerana menemani saya pada hari ini,” katanya yang ditemui sejurus selesai kes perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.
Ditanya mengenai hubungannya bersama Bella, Aliff berkata ini bukan masa sesuai untuk bercakap perihal tersebut.
“Ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenai hubungan saya dengan Bella tetapi mohon semua beri ruang dan masa,” katanya.
Terdahulu, menerusi prosiding yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis, Aliff telah pun menceraikan Bella dengan talak satu.
Pada prosiding perceraian yang berlangsung, kedua-dua belah pihak sebelum ini bersetuju untuk membuat beberapa perjanjian sebelum proses perceraian dilakukan.
Pada 11 Mac lalu, Bella memfailkan perceraian secara ‘fast track’ daripada suaminya itu kerana tiada persefahaman dan ‘mawaddah’ (cinta dan kasih sayang), mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Bagaimanapun Aliff yang sepatutnya hadir pada sebutan kali pertama kes perceraian mereka pada 13 Mac lalu, tidak hadir kerana urusan kerja selain terbabit dengan penggambaran.
Bagaimanapun pada sebutan kedua perceraian mereka, Aliff enggan melafazkan cerai dan Hakim Syarie Wan Mohd Najib bersetuju untuk kedua-duanya melantik wakil untuk proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Untuk rekod Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Terdahulu pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...