Pelakon, Rita Rudaini memuji sikap yang ditunjukkan oleh penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam yang mempertahankan dan menyayangi menantunya, Puteri Sarah Liana susulan isu yang tengah hangat diperkatakan ketika ini.

Mengambil contoh tersebut, Rita menyifatkan sikap berkenaan sebagai golongan yang mempunyai didikan yang baik.

“Duit Banyak Belum Tentu Nak Bagi Dekat Anak-Anak, Kena Gaduh Dulu…,” – Rita Rudaini

Memberikan pendapat menerusi beberapa hantaran di Insta Story hari ini, Rita turut memberi gambaran antara kemelut yang boleh berlaku di dalam rumah tangga sekiranya ia di bawa ke tengah.

“Duit Banyak Belum Tentu Nak Bagi Dekat Anak-Anak, Kena Gaduh Dulu…,” – Rita Rudaini

IKLAN

“Lepas ni episod mahkamah lagi perit. Akan ada campur tangan dan tukang mengajar yang pelik-pelik. Lepas tu netizen yang tak tahu hukum hakam ni pula akan salahkan pihak perempuan.

“Aku dah lalui. Pasal roti pun akan jadinisu dekat mahkamah. Duit berlambak berkepuk tapi kalau hati dah hitam, soal hukum hakam pun dia buta,.

“Maka bermulalah episod kena minta nafkah anak. Duit banyak belum tentu nak bagi dekat anak-anak. Kena gaduh dulu dekat court. Benda yang tak sepatutnya dipertikaikan di dalam court. Itukan tanggungjawab.

IKLAN

“Macam mana kau belanja, macam tu juga kena bagi dekat anak-anak. Bila dah sampai tahap kena bincang dekat mahkamah ni sebab hati lelaki tu dah tahap bangkai,” luahnya.

Pada masa sama, Rita turut mengecam tindakan para suami yang tidak menghormati isteri.

IKLAN

“Duit Banyak Belum Tentu Nak Bagi Dekat Anak-Anak, Kena Gaduh Dulu…,” – Rita Rudaini

“Lelaki yang baik kerana ada perempuan yang baik di sisinya. Tapi kalau sisinya ialah seorang babi menyondol, maka lelaki itu pun akan berkelakuan macam babi seperti babi betina di sisinya,” tulisnya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI