Meskipun sudah dilihat mengenakan hijab sejak tahun lalu namun, pelakon dan pengacara, Eleena Sui difahamkan masih tidak terlalu terbuka mengenai kisah penghijarahannya itu.

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, Eleena ada berkongsi sebuah video yang memaparkan segala momen-momen menarik di dalam hidupnya sepanjang tahun 2022.

Pada posting yang sama, Eleena atau nama sebenarnya Nor Eleena Hamzah turut mendedahkan dirinya kini sudah pun berhijab dan memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan dirinya agar terus kekal istiqomah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eleena Sui (@eleena.sui)

“Tak tahulah sama ada saya patut atau tidak kongsikan video ini. Sebenarnya saya dah lama simpan. Konon nak ikut trend. Jadi, tengok jelah.

“Saya berharap agar Allah SWT dapat terus memberi petunjuk dan merahmati perjalanan berhijab saya. Semoga Allah kurniakan istiqomah dan kesabaran di dalam kisah hijrah saya,” tulisnya.

“Saya Sedang Belajar Perlahan-Lahan,” – Eleena Sui Kini Tutup Aurat & Berhijab, Mohon Doa Kekal Istiqamah “Saya Sedang Belajar Perlahan-Lahan,” – Eleena Sui Kini Tutup Aurat & Berhijab, Mohon Doa Kekal Istiqamah

IKLAN

Bekas pengacara program Hlive ini turut memaklumkan dirinya kini masih lagi dalam fasa menuntut ilmu dan menyesuaikan diri.

“Mungkin agak sukar pada mulanya tapi saya sedang belajar perlahan-lahan,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga segala urusan hijrah Eleena akan sentiasa dipermudahkan.

“Love you. You’re so pretty.

IKLAN

“Alhamdulillah sis, kita doakan yang baik-baik.

“Ameen. Semoga terus diberikan kekuatan untuk kekal istiqomah.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan tabah dalam melalui proses berhijab. Bukan senang nak berhijrah. Semoga hati kita kuat.

IKLAN

“Allahu, nampak cantik sangat. Sopan dan comel,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, Eleena telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati Ahmad Faisya Mohd Bustaman pada Februari 2017.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Eleanor Aurora yang kini baru berusia setahun.

Hasil tinjauan MH, Eleena dilihat mula mengenakan hijab sejak bulan Jun yang lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI