Meski menghampiri usia 50 tahun, perkara itu tidak pernah menjadi penghalang buat pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan untuk membuktikan dirinya masih relevan sebagai heroin.

Selepas lebih 13 tahun menceburi dunia lakonan, ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah melalui zaman kegemilangan sebagai heroin drama dan telefilem.

“Drama Nak Heroin Usia 25 Tahun Atau Lebih Muda, Saya Mungkin Tak Layak. Namun…,” – Hampir Meniti Usia 50 Tahun & Jadi Heroin, Che Ta Beri Jawapan

Bagaimanapun, dia yang mesra disapa dengan panggilan Che Ta itu sentiasa berpijak di bumi nyata dalam soal mempertimbangkan tawaran berlakon.

Selepas kembali aktif sejak memperlahankan rentak lakonan kerana memberi tumpuan bisnes, dia diberi watak pembantu termasuk menjadi ibu atau kakak.

Beberapa bulan lalu, Che Ta turut diberi peranan utama dalam drama Family Spy bergandingan dengan Alif Satar dan terlibat dalam telefilem Kuba Guling Karipap Pusing terbitan Pena Creative baru-baru ini sebagai heroin di sisi Azlee Khairi untuk siaran Awesome TV.

IKLAN

Ketika ini dia menjalani penggambaran memegang watak utama menerusi drama 13 episod, Dia Isteriku arahan Ayie Mustafa untuk TV Al Hijrah.

“Kalau penyanyi sendiri mempertaruhkan kepada lagu yang baik untuk melonjak naik, saya percaya pelakon juga bergantung kepada skrip untuk terus membuktikan kemampuannya mewarnai watak diamanahkan.

“Kalau drama itu nak heroin berusia 25 tahun atau yang lebih muda, saya mungkin sudah tidak layak. Namun kalau ada skrip memerlukan watak yang bersuami muda atau pergolakan wanita matang, saya boleh mencubanya. Tawaran sebegini bukan datang selalu. Tapi peluang yang datang saya takkan mempersiakannya.

“Soal watak utama ini contohnya berbalik kepada kepercayaan produksi dan pihak penerbit. Alhamdulillah saya masih boleh membuktikan bakat yang dimilik.

IKLAN

“Di luar negara sendiri, kita tahu semakin berpengalaman dan meningkat usia, pelakon itu terus diberi  watak penting,” katanya.

“Drama Nak Heroin Usia 25 Tahun Atau Lebih Muda, Saya Mungkin Tak Layak. Namun…,” – Hampir Meniti Usia 50 Tahun & Jadi Heroin, Che Ta Beri Jawapan

Sejak beberapa bulan lalu, rezeki Che Ta terus murah kerana sibuk dengan komitmen kerja.

“Selain drama saya juga terbabit sebagai hos seperti program Ujian Menantu menampilkan anak sulung, Ammar Effendy mencari bakal isteri. Saya juga menjadi panel program fesyen Glamketengglam dihoskan Zizan Razak.

IKLAN

“Untuk drama Dia Isteriku nanti, selepas berpisah dengan bekas suami lakonan Datuk Fizz Fairuz, watak saya sebagai Aisyah dalam cerita itu berkahwin dengan lelaki muda lakonan Hafidz Roshdi.

“Shalma Eliana jadi anak saya. Dalam tempoh sama, saya sibuk membahagi masa dengan urusan bisnes dan keluarga,” katanya.

“Drama Nak Heroin Usia 25 Tahun Atau Lebih Muda, Saya Mungkin Tak Layak. Namun…,” – Hampir Meniti Usia 50 Tahun & Jadi Heroin, Che Ta Beri Jawapan

Tanggal 11 Disember lalu, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta dan Suri Katriana ini  menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ketujuh bersama Zain Saidin.

“Fasa turun naik dalam berumah tangga itu lumrah. Namun saya percaya tolak ansur itu perlu. Saya berharap perkahwinan ini akan kekal sampai syurga,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI