“Drama ini tiada pengajaran. Orang tengok sebab nak enjoy”. Itulah yang diperkatakan oleh pengarah, Mamat Khalid mengenai drama terbaru arahannya yang berjudul Kapung Pisang Bersiri-Siri.

Francais Kampung Pisang yang mula diterbitkan pada 2007 merupakan filem blockbuster nombor satu tanah air dan telah meraih kutipan pecah panggung dengan jumlah keseluruhan RM56.9 juta.

Oleh yang demikian, francais tersebut akan dibawa ke skrin televisyen dalam bentuk drama bersiri premium menerusi jenama ‘Astro Originals’.

“Drama Ini Tiada Pengajaran Sebab…,”- Mahu Bawa Penonton Keluar Dari Tekanan Covid-19, Mamat Khalid Janji Drama Kampung Pisang Bersiri-Siri Setanding Filem

Menurut Mamat, drama ini merupakan hasil garapan lima filem Kampung Pisang yang terdahulu dan telah pun diberi nafas baru.

“Idea saya terlampau banyak. Kalau nak dibawa ke filem mungkin agak susah. Jadi saya gambarkannya menerusi drama siri ini.

IKLAN

“Sejujurnya, francais Kampung Pisang ini amat isitmewa di hati saya. Saya percaya ada sebahagian penonton yang turut membesar dengan filem-filem ini.

“Sejak tahun 2007 karya ini diperkenal, saya ingin menzahirkan satu kelainan khususnya kepada mereka yang setia menyokong, justeru saya gabungkan hampir kesemua watak filem ke dalam siri ini,” katanya kepada MH.

Pengarah berusia 57 tahu itu berkata sedemikian sewaktu ditemui pada sidang media virtual Kampung Pisang Bersiri-Siri yang berlangsung pada Rabu.

“Drama Ini Tiada Pengajaran Sebab…,”- Mahu Bawa Penonton Keluar Dari Tekanan Covid-19, Mamat Khalid Janji Drama Kampung Pisang Bersiri-Siri Setanding Filem

IKLAN

Dalam pada itu, Mamat turut mendedahkan ini merupakan kali pertama dia mengarah drama bersiri dan dia telah pun menggunakan tenaga pakar daripada luar bagi memastikan hasil akhirnya setanding dengan filem.

“Kampong Pisang Bersiri-Siri juga dianggap sebagai satu cabaran baru buat saya kerana ini merupakan pertama kali saya mengarahkan drama bersiri, namun begitu perlu mengekalkan kualiti dan ‘end result’ setanding filem.

“Untuk itu, teknik teknologi pengimejan telah dilakukan oleh tenaga pakar di Australia dan proses adunan audio dan bunyi pula dilakukan di Thailand.

IKLAN

“Saya harap penonton akan berpuas hati dan sedikit sebanyak mampu membawa mereka keluar dari tekanan khususnya di kala dunia dilanda pandemik Covid-19 ini,” kongsinya lagi.

Masih mengekalkan latar belakang di Kampong Pisang, drama ini akan dimainkan oleh ramai pelakon hebat antaranya, Kazar Sairi, Bell Ngasri, Aziz M. Osman, Mat London dan ramai lagi.

Pada masa sama, drama yang akan bersiaran selama 12 episod ini turut akan menampilkan barisan artis popular seperti Datuk Awie, Hazama, Pekin Ibrahim, Sofi Jikan dan ramai lagi secara bergilir-gilir sebagai penampilan istimewa.

Terdahulu, drama Kampung Pisang Bersiri-Siri akan mula ditayangkan pada setiap Isnin bermula 7 Disember ini dan akan disiarkan menerusi saluran Astro Citra (128) dan Citra HD (108).

“Drama Ini Tiada Pengajaran Sebab…,”- Mahu Bawa Penonton Keluar Dari Tekanan Covid-19, Mamat Khalid Janji Drama Kampung Pisang Bersiri-Siri Setanding Filem

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI