Disindir, Dipertikai Netizen Kerana Dapat Nyanyi Atas Kapal Terbang, Azharina Rela Tak Layan Cacian Sebab…

Selepas melakar sejaran sebagai artis pertama negara ini yang berpeluang membuat sidang media seterusnya membuat persembahan di atas kapal terbang AirAsia pada ketinggian 38,000 ribu kaki di atas laut, kata-kata kecaman mulai ditinggalkan di laman Instagram penyanyi berkenaan.

Malah, ada yang turut mempertikaikan mengenai hal tersebut selain tak kurang yang meminta penyanyi asal Sabah itu supaya membuat cara lain demi meraih perhatian.

Ditanya mengenai perkara tersebut, penyanyi lagu Alergi Sepi itu bagai sudah dapat jangka pasti akan ada segelintir netizen yang pesimis terhadap usahanya itu.

IKLAN

“Saya sedar, dalam ramai yang suka pasti akan ada yang tak kan puas hati dengan apa yang kita buat. Bukan saya saja, tetapi artis lain juga. Apa pun, niat saya untuk membuat sebuah kelainan dengan menyanyi ketika kapal terbang sedang berada di awangan sudah berjaya saya realisasi.

“Empat tahun saya simpan hasrat yang satu ini dan pastinya saya mahu kongsi perasaan gembira bersama peminat dengan berkongsi foto sekitar kejadian. Tapi tak sangkalah pula ada yang tak berapa suka.

“Siap apa yang komen mengapa tidak buat quamulail, siapa saya untuk mendapat kebenaran dan sebagainya. Bagi saya mudah, kalau niat baik, insyaAllah akan dipermudahkan,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai pendiriannya selepas ini, Azharina mengakui perlu memandang ke depan tanpa mempedulikan kata-kata yang tidak membina.

IKLAN

“Buat apa saya nak ambil pusing. Lebih baik saya fokus pada persiapan konsert yang akan dilangsungkan minggu depan. Biasalah, mulut tempatan orang kita tak boleh nak tutup. Jadi biarlah. Kalau penat nanti mereka akan diam sendiri, kita hanya perlu teruskan apa misi kita saja,” ulas Azharina optimis.

Concert Azharina: Queen of Soul bakal berlangsung pada 29 Jun ini di Royale Theatre Shah Alam. Penyanyi itu dijangka bakal mempersembahkan lebih 22 buah lagu termasuk madley pada malam itu.