Baru-baru ini tular sebuah gambar di laman sosial yang mengatakan bahawa di dalam gambar tersebut terpotret sebuah keluarga poligami di mana seorang suami bersama dua isteri dan anak-anak mereka.

Rentetan daripada gambar yang tersebar itu, seorang pengguna Twitter yang bernama Fatihah Faizur telah memuat naik gambar keluarganya dan menyatakan gambar yang tersebar itu merupakan gambar dirinya bersama adik-beradiknya.

Rupanya menurut gambar-gambar yang dikongsikan Fatihah tersebut, ayahnya telah berkahwin dua dan tiga bersaudara yang dewasa itu merupakan anak hasil daripada perkahwinan bersama isteri pertama dan lagi lima orang kanak-kanak itu hasil daripada perkahwinan bapanya dengan isteri kedua.

IKLAN

Di akaun Twitternya dia menulis,

“My siblings picture turns out to be family picture.

 

“Awet muda beno dah berpoli”

 

“bini kedua ke” hahahah I kenot,” tulisnya dengan merasakan perkara yang menjadi bualan ramai ini adalah suatu yang lucu.

IKLAN

Dia juga sempat berkongsi gambar keluarga kedua-duanya dan menerangkan kepada semua jika masih tidak memahami situasi keluarga mereka.

IKLAN

“Kalau curious lagi. Haaa ni first batch. And the other one second batch,” tulisnya lagi.

Sumber: Twitter Fatihah Faizur

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI