Dikata Padam Gambar dan Unfollow ‘Boyfriend’ Di Ig, Netizen Speku Ameera Khan Sudah Pun Putus Cinta?

Share

Aduhai, macam-macam hal melibatkan adik taikun tudung, Neelofa iaitu Ameera Khan apabila terbaru, ada netizen mendakwa gadis ini sudah pun berputus kasih bersama teman lelaki yang dikenali sebagai Suhail Zulhasnan.

Terdahulu, Ameera menerusi laman instagram miliknya iaitu @misslittlekhan dikatakan sering memuat naik foto kemesraan mereka berdua yang seperti menggambarkan perasaan hati yang cukup berbunga-bunga.

Bagaimanapun, foto hampir sama tidak lagi dimuat naik personaliti media sosial berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi netizen. Malah, menerusi entri terbarunya, ada netizen yang memberikan kapsyen seolah-olah mengiyakan hubungan keduanya sudah pun berakhir.

Ada juga netizen yang mendakwa, Ameera juga sudah tidak lagi mengikuti lelaki berkenaan di platform Instagram.

Sehingga kini, gadis berusia 18 tahun ini masih belum membuat apa-apa kenyataan berhubung perkara tersebut. Kita doa yang baik-baik ajalah ya.

Foto: Instagram Ameera Khan

IKLAN