Pelawak dan pelakon, Saiful Apek muat naik dua entri di Insragram berkisarkan hasil kerjanya dalam industri selama 10 tahun, dari tahun 2008 hingga 2018.
Kisahnya, ramai yang bertanyakan ke mana dia menghilang seakan sudah lama tidak muncul dalam industri.
Lalu, ia membawa Apek untuk berkongsi semua filem-filem penglibatannya bagi menjawab soal ‘kehilangannya’ selama ini.
“Soalan dari peminat: ‘kemana lama menghilang?’ & jawapan dari saya ‘saya ke yg menghilang?’.
“Antara filem-filem sy, yg telah ditayang di pawagam sepanjang 2009-2018, dari awal penglibatan sy dlm industri filem, masih tak putus rezeki.
Ads
“Alhamdulillah cuma, sy selalu doakan supaya anda semua diberikan rezeki juga, utk terus ambil tahu (dari sumber GOOGLE & WIKIPEDIA) & terus menyokong.
“TERIMA KASIH atas sgala sokongan slama ni. terharu, rendah diri & seikhlas hargai sgt2. Syukran,” tulisnya di kapsyen.
Di ruangan komen, kelihatan ramai yang mendoakan agar Apek sentiasa dimurahkan rezeki dan terus sukses dalam industri.
Ads
Pada masa sama, bekas ahli Senario ini juga turut memuat naik barisan filem lakonannya yang bakal ditayangkan kelak.
Sementara itu, antara filem lakonannya sebelum ini adalah seperti, Senario Lagi, Lady Boss, Main-Main Cinta, Man Laksa, Bujang Senang, Nana Tanjung, Cicakman, Sifu & Tongga dan banyak lagi.
Foto/Instagram: Saiful Apek
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menjelaskan dia mempunyai sebab tersendiri susulan memadam hantaran tangkap layar perbualan WhatsApp dengan wanita dipercayai pelakon wanita yang dikongsikan di Instagram, baru-baru ini.
Menurut Bella, perkongsian tersebut telah pun dibaca ramai pengguna aplikasi sosial berkenaan.
“Posting yang saya kongsikan itu saya lihat sudah ramai yang like sehingga 600,000 orang.
“Dalam posting tersebut adalah perkara yang saya ingin explain kepada semua.
“Jadi bila saya padam maksudnya, dah tiada apa yang saya nak jelaskan lagi.
“Saya pun dah tak nak ulas lagi mengenai isu tersebut kerana saya kira sudah cukup segalanya untuk minggu lepas,” katanya kepada MH.
Meraih tempat ketiga dalam program realiti Famili Duo, Bella berkata selepas ini dia mahu memberikan fokus terhadap kerjaya nyanyiannya.
“Saya sekarang ini mahu fokus pada nyanyian, memandangkan baru lepas sertai Famili Duo dan saya lihat penyertaan saya ini membuka ruang untuk saya aktif semula sebagai penyanyi,” katanya lagi.
Menerusi program itu, Bella digandingkan bersama sepupunya, penyanyi Wani Kayrie.
Mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM15,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas beberapa tahun menyepi daripada bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi, Hafiz Suip akui teruja untuk kembali bersaing di gelanggang penganugerahan muzik tahunan berprestij itu.
Menurut Hafiz, dia sedang memberikan sepenuh tumpuan daripada aspek teknikal dalam persembahan dan enggan terganggu dengan hal-hal yang lain.
“Dari segi mental dan fizikal, saya sudah pun membuat persediaan. Saya juga sebolehnya tidak mahu terganggu dengan perkara-perkara lain.
“Fokus saya ketika ini dari segi teknikal dan apa yang saya nak buat di atas pentas bersama pengarah muzik. Insya-Allah saya akan berjumpa mereka minggu ini untuk buat keputusan akhir,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Matahari ini akui akan harapan tinggi yang diletakkan kepada dirinya namun, dia hanya mampu cuba memberikan yang terbaik susulan cabaran terbesar hadir daripada diri-sendiri.
“Pada saya, ekspektasi juga merupakan satu tekanan. Namun, saya anggap AJL ini adalah medan untuk saya bertanding dan melawan diri sendiri. Perasaan itu yang akan membuat saya kurang gemuruh,” katanya.
Janji Saingan Positif
Malah, Hafiz juga teruja melihat kemeriahan AJL39 terutamanya daripada segi sokongan peminat sehingga ada yang memintanya untuk kembali merampas trofi Vokal Terbaik.
“Dari segi vokal, ada yang minta tolong saya kalahkan Aina Abdul dan Ernie Zakri. Mereka (netizen) ini sangat ‘daring’. Apapun, saya tetap bertenang.
“Saya anggap perkara ini hanyalah salah satu kemeriahan dan debaran AJL. Saya seronok dengan suasana seperti ini bila ada fans yang saling menyokong artis kesukaan mereka.
“Bagi saya, ia adalah persaingan yang sihat. Janganlah pula kita sampai bermasam muka. Inilah adat dan keseronokkan AJL,” katanya lagi.
Ramai ‘Gerun’ Kehadiran Ke AJL?
Ditanya reaksinya bila ada pihak yang menyifatkan penyertaannya kali ini telah mencetuskan rasa gerun di kalangan para peserta lain, Hafiz berpendapat setiap peserta mempunyai kelebihan.
“Saya juga gerun dengan peserta-peserta lain. Mereka inilah yang sedang mewarnai industri seni saat ini. Mereka punyai kelebihan dari segi teknikal yang baharu.
“Saya juga masih belajar dengan cara-cara mereka dan mahu ikut trend untuk menjadikan AJL39 ini lebih meriah.
“Saya tak nak keadaan di AJL terlalu intense hanya disebabkan persaingan yang negatif. Lebih baik kita positifkan suasana ini agar mentaliti netizen juga akan turut sama positif,” katanya lagi.
Menerusi penyertaan kali ini, Hafiz mempertaruhkan lagu Terus Bersinar ciptaan Mas Dewangga & Jova Devito dan lirik oleh Datuk Arisz Ab Rahman JP, Mas Dewangga & Jova Devito.
Hafiz juga menjadi satu-satunya penyanyi lelaki yang menerima trofi Vokal Terbaik AJL sebanyak empat kali iaitu menerusi lagu Noktah Cinta pada tahun 2010, Awan Nano (2011), Ku Akui (2012) dan Kisah Cinta Kita (2019).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Iman Troye berbesar hati untuk menghadiahkan wang tunai sebanyak RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa saja mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan hari ini.
Iman yang juga Duta Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI berkata, kriteria pemilihan berdasarkan pencapaian dari keputusan yang sebelumnya G dan naik ke A.
“Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek yang sebelumnya G naik ke A, saya nak bagi RM300.
“Hadiah ini bukan saja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka pada SPM 2022, tapi juga mahu memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha di masa akan datang.
“Tawaran RM300 ini terbuka kepada semua termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat PTTI,” katanya.
Menurut Iman, kejayaan yang dicapai itu diharap dapat memberikan inspirasi kepada pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.
“Bagi yang belajar dengan PTTI atau di mana-mana sekolah sekali pun, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.
“Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil. Apa yang penting, jadikan setiap apa yang dipelajari itu bekalan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik,” katanya.
Iman berkata, pelajar yang menepati kriteria ditetapkan boleh menghantar mesej (DM) menerusi Instagram rasmi PTTI.
Khabar duka melanda keluarga Zaquan Adha dan Ayu Raudhah apabila anak bongsu mereka, Muhammad Aisy Al Raees Mohamad Zaquan Adha, dilaporkan meninggal dunia pada...