“Saya reda, alhamdulillah.” Demikian kata Muhammad Saiful Naim Muhd Noor atau Usop tatkala disentuh perihal giginya yang pernah diperkatakan sesetengah netizen tak lama dulu.
Sudah tidak mahu ambil pusing akan isu tersebut, jelasnya dia bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan padanya.
Malah, jelasnya kepada MH, gigi inilah punca pendapatannya untuk menyara dirinya sekeluarga.
“Saya sudah tidak kisah komen mengenai gigi kerana sejak mula menjadi penyanyi, itulah kritikan yang sering dihadapi. Saya sudah mula okay kerana sebab gigi inilah orang kenal saya.
“Gigi inilah antara punca rezeki untuk keluarga? Kenapa sibuk sangat(ketawa),” jelasnya ketika ditemui pada Era Digital Muzik Awards (EDMA) 2019, baru-baru ini.
Penyanyi dari Kedah ini turut mengakui sering kali menerima mesej daripada klinik gigi yang berbesar hati menaja kos memakai pendakap gigi.
Ads
“Ada yang minta saya memakai braces dan mesej saya secara peribadi untuk taja prosedur tersebut di klinik gigi.
“Saya takut jika memakai braces, ia akan memberi kesan dan membuatkan suara saya berubah.
“Sekarang ini alhamdulillah saya bersyukur dengan suara saya. Saya reda dengan apa yang Allah beri,” ulasnya jujur.
Ads
Mendapat jolokan sebagai Usop Sontorian, sebuah watak animasi popular suatu ketika dulu, kata penyanyi berusia 23 tahun ini, dia tidak ambil pusing.
Sebaliknya berbesar hati dengan gelaran terbabit.
“Sewaktu saya di kampung pun dahulu pun, ramai yang mengata tapi saya tidak kisah. Cakaplah. Lagi orang mengata, lebih murah rezeki yang Allah turunkan. Hangpa dapat dosa, saya dapat pahala.
Ads
“Saya lebih selesa menjadi diri sendiri. Kalaulah saya buat gigi, sudah tidak sesuai nak menggunakan nama Usop.
“Ada yang gelarkan saya Usop Sontorian, saya okay. Berilah gelaran apa pun yang kamu nak, saya terima.
“Buat apa saya mahu mengikut kepuasan orang lain. Kalau rupa yang anda pilih, saya tiada. Tapi kalau daripada segi menyanyi dan hati, Insyaallah saya boleh bagi,” ulasnya yang bakal keluar dengan dua single pada tahun ini.
Usop membuat kemunculan menerusi lagu popular, Selamanya di EDMA 2019 yang berlangsung di Battle Arena, Petaling Jaya.
EDMA diwujudkan bagi mengiktiraf artis-artis tempatan untuk bakat dan pencapaian mereka di dalam industri hiburan Malaysia. Kategori-kategori yang dipertandingkan merangkumi Artis Baru Baek, Lagu Featuring Hit, Rappers Paling ONZ, Fan Club Paling Ngam dan Lagu Viral ONZ.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir mengakui dirinya cukup gembira dan cuba untuk menjadi versi diri sendiri yang lebih baik bersempena dengan tahun baru ini apabila mengambil inisiatif untuk menurunkan berat badan secara sihat.
Katanya kepada MH, perlantikannya sebagai duta SSKlinic memberi ruang terbaik untuk mendapatkan bentuk tubuh lebih ideal dan dalam empat minggu, berat badannya kini susut sehingga 6 kilogram.
“Saya sangat gembira dan rasa lagi teruja apabila doktor yang pantau saya beritahu, berat saya boleh dikurangkan lagi kalau lebih berdisiplin, makan ikut waktu dan banyakkan minum air.
“Ingatkan 6 kilogram dalam tempoh sebulan itu sudah banyak, tapi katanya saya boleh turunkan lagi. InsyaAllah masih dalam proses dan kalau boleh, saya mahu miliki berat sekitar 80 kilogram, InsyaAllah,” jelas Dina optimis.
Ditanya sejauh mana kesukaran yang dihadapinya sepanjang proses untuk turunkan berat badan, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Cinta Datang Lagi ini akui dirinya amat rindukan makanan segera.
“Ya saya akui sangat rindukan ‘jajan’. Berat saya ni 20 kilogram saja, selebihnya ‘jajan’ dan cokelat,” seloroh Dina.
“Saya tak nafikan memang susah. Bila pergi kedai pada peringkat awal tu, saya ambil kemudian terfikir untuk kurus jadi terpaksa letak balik. Kena kuatkan mental.
“Formula saya ialah, saya lebih gemar untuk kongsikan apa yang dilakukan sekarang dengan orang sekeliling. Jadi bila berbuat demikian, mereka akan lebih faham dan sensitif dalam soal pengambilan makanan.
“Saya bertuah kerana rakan-rakan pun menyokong. Misalnya di konti kalau kami ada buat ‘potluck’, ada yang akan bawa salad, air mineral dan sebagainya.
“Malah kalau kita terlupa, ada yang akan tegur sama ada makanan yang saya nak makan itu mengandungi gula atau sebaliknya. Mereka pula yang ingatkan, termasuklah ibu,” jelasnya lagi.
Tidak terlepas daripada ditanya isu body shaming yang diperkatakan ketika ini, wanita berusia 35 tahun ini menzahirkan rasa syukur apabila dirinya tidak diketahuinya secara terang-terangan.
“Seikhlasnya… tapi tak tahulah di belakang saya. Saya tidak pernah hadapi situasi kena body shaming secara berdepan. Alhamdulillah.
“Mungkin kerana personaliti saya yang seperti ‘kalau kau hentak aku, aku hentak kau balik.’ Pada masa sama saya juga suka bercakap dan bergurau, lebih-lebih lagi ketika ke udara.
“Sebab kalau kita terlalu sensitif pun, kita tak akan dapat ‘fun’ pun dalam hidup. Ia tak sampai pun ke hati, syukur. Mungkin lain orang lain pendekatannya.
“Cuma kalau di media sosial tu jangan cakaplah. Saya tak pernah ambil pusing pun. Kalau tengok komen saya sendiri pun sudah teruk, apatah dengan rakan-rakan industri lain?
“Sedih tengok komen yang diberikan dan saya sangat beruntung sebenarnya in that sense. Misalnya kalau tengok komen-komen netizen di media sosial Neelofa contohnya.
“Macam ada saja yang tidak kena. Bagi saya Neelofa tu macam dah perfect, apa lagi yang tak kena?,” katanya sejurus sidang media perlantikannya, di 3 Damansara, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, perlantikannya itu bermula sejak November lalu dan atas kapasitinya sebagai selebriti, bintang ini turut membantu di dalam mempromosikan program rawatan pelansingan SSSlim.
SSKlinic menawarkan pelbagai jenis rawatan estetika serta program pelansingan badan.
Pihaknya juga turut melancarkan kempen ‘Pay As You Wish’ yang mana buat pelanggan pertama kali, mereka layak menikmati rawatan percubaan yang bernilai sehingga RM470.00 mengikut terma dan syarat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Raut wajahnya tenang dan senyuman sentiasa terukir di bibir.
Walau beberapa kali lapkan air mata dan bergetar suara menahan tangis tatkala berkongsi kisah kehilangan suami dan anak-anak, namun penyanyi Nora Ariffin terus reda dengan ketentuan Yang Maha Esa.
Genap 40 hari pemergian anakanda tercinta, arwah Alif Johan, Nora mengimbau kembali detik terakhir bersama arwah.
Jelasnya, Allah mengambil Alif pada waktu dan keadaan yang sangat tepat.
“Saya sangat bersyukur kerana arwah diambil kembali pada waktu dan tempat yang sangat tepat.
“Sewaktu Alif menghantar saya ke lapangan terbang, dia membawa bersama anak bongsu saya. Bayangkan sewaktu memandu pulang dan dia rebah ketika itu, apa pula akan terjadi kepada anak bongsu saya.
“Waktu mula-mula ditimpa ujian, memang berat rasanya. Namun saya selalu tanamkan dalam diri untuk sentiasa bersangka baik.
“Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
“Rindu, memang sentiasa saya rindu. Namun saya berfikiran positif, saya mahu teruskan hidup. Memang saya akui tak mudah untuk tenang, tiada ibu yang tidak sedih kehilangan anak.
“Namun apa yang berlaku kepada kita ialah ketentuan Allah,” jelasnya kepada MH.
Cekalnya hati seorang isteri dan ibu apabila kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh masa yang agak rapat.
Bahkan, jelas penyanyi Hanya Satu ini lagi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
“Kita sayangkan anak namun Allah lebih sayangkan dia. Allah tahu apa yang terbaik. Dunia ini sebentar sahaja, jadi lebih baik sekiranya saya tumpukan ke akhirat.
“Suami selalu pesan, hidup sementara, kemuncaknya kita semua ingin ke syurga. Seperti anak saya, dia pergi dalam usia 20 tahun, mungkin itu yang terbaik untuknya. Saya reda. Saya ampunkan segala dosanya.
“Saya tiada rasa sedih atau mengeluh kenapa ia berlaku, saya nampak hikmahnya Allah beri nikmat lain yang tidak pernah terlintas dalam hidup saya sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, bintang ini ditemui pada Majlis Tahlil dan Pengumuman Duta Umrah ECO di Bangi.
Mengakui sukar menerima kehilangan arwah suami sementelah kedua-duanya bagaikan belangkas, tidak pernah berpisah.
Dia juga harus bangkit demi anak-anak. Nora juga berkongsi detik seminggu sebelum pemergian arwah suami.
“Kehilangan arwah suami agak lama untuk saya terima kerana dialah jiwa saya. Namun bagaimanapun saya harus bangun kerana anak-anak perlukan saya. Tiada gunanya saya depresi, terus dalam kesedihan.
“Yakinlah, apa yang kita ada hanyalah pinjaman. Allah akan uji dengan apa yang kita sayang. Kena selalu bersangka baik. Sabar atas segala ujian, reda dan bersyukur dengan ujian yang diturunkan.
“Seminggu sebelum suami meninggal, kami berbulan madu di Jakarta. Sebelum pulang, saya peluk arwah dan katakan padanya supaya jangan tinggalkan saya.
“Maksud saya waktu itu janganlah ceraikan saya jika berlaku apa-apa. Dan beberapa hari selepas itu, arwah mula demam dan Allah ambil kembali suami saya,” tambahnya lagi.
Akur akan takdir dirinya tanpa suami dan anak yang telah pergi dahulu mengadap Ilahi, kata penyanyi berusia 46 tahun ini, jangan sesekali bergantung harapan kepada manusia.
“Sebagai suami isteri kita harus saling mengingati dan bersedia. Waktu arwah meninggal, saya risau apa yang akan berlaku kepada anak-anak andai saya pula pergi. Tapi nasihat saya, jangan risau, kita jaga amal ibadat kita dan yang lain Allah yang tentukan.
“Dahulu saya sangat bergantung harap kepada suami dan apabila Allah uji dengan kehilangannya, saya belajar bahawa kita tidak boleh bergantung kepada manusia. Memang kadang kala terfikir bila suami dan anak tiada, siapa yang akan menjaga kita, tapi fikirlah yang baik-baik,” jelasnya lagi.
Sekadar imbasan, Nora kehilangan suami, Johan Nawawi 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun manakala anak keduanya, Alif Johan meninggal dunia secara mengejut pada 14 Disember 2019.
Dalam perkembangan lain, Nora telah dilantik sebagai duta Umrah Eco dan akan bersama mengerjakan umrah dalam pakej ‘Umrah Eksklusif Istimewa Bersama Nora’ pada 18 Mac sehingga 29 Mac ini.
“I love you, good night.” Itu antara perbualan mesej sebelum tidur antara pasangan tunangan Nur Risteena dan Isa Khan.
Risteena, 30, telah mendedahkan perbualan mesej menerusi aplikasi Whatsapp bersama Isa sebelum masing-masing melelapkan mata.
Kongsinya, perbualan itu dilakukan kira-kira jam dua pagi kerana akui sukar untuk mendapatkan tidur yang secukupnya.
“Our conversation before sleep. Just to share with you guys, lately ni kami memang tak cukup tidur especially Isa yang work hard untuk bisnes kami. Tak sangka dia bekerja keras sehingga tahap tidur 3-4 jam sahaja sehari.
“Alasannya untuk bahagiakan saya, untuk menghalalkan saya. Rezeki dia datang mencurah. Alhamdulillah. Saya happy tengok satu persatu yang dia capai sekarang. Katanya, saya semangat dan kekuatan dia.
“Actually we both need each other so much! Kami kuat dan semangat bila kami bersama. Semoga dengan izin Allah, @lovit_hq terus success hasil kerja keras awak sayang,” konsinya.
Dalam pada itu, kakak kepada Ruhainies itu sentiasa mendoakan yang terbaik buat tunangnya itu.
“Ya Allah, jauhi @theisakhan dari niat tidak baik manusia, permudahkan segala urusannya, beri kesihatan yang baik untuknya, kuatkan semangatnya, lindungi dia dimana pun dia berada, curahkan rezeki yang tidak disangka sangka, jadikan dia seorang yang berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Penyanyi, Shahir Zawawi menyasarkan untuk memperlahankan kerjaya nyanyiannya apabila mencecah usia 40 tahun bagi memberi ruang kepada pendatang baharu mencipta nama dalam industri muzik tempatan.