
Pernah memasang impian untuk berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata, pelakon dan pengacra, Sherry Alhadad tetap percaya dengan perancangan yang telah diaturkan Allah SWT.
Menurut Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, dia tidak pernah tersinggung bila ada pihak yang bertanyakan bilakah dia bakal berkahwin.
“Saya memang nak berkahwin. Cita-cita saya ketika tingkatan lima dahulu, pada tahun 2020, saya sudah berkahwin dan punyai tiga orang anak.
“Namun, kita hanya boleh bermimpi dan berangan. Jodoh dan ajal itu di tangan Tuhan.
“Kenapa pula nak tersinggung bila orang tanya bila nak kahwin. Mungkin mereka nak berbual sahaja,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Khunsa itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Gempak Most Wanted Awards, baru-baru ini.
Pada masa sama, Sherry tidak menolak kemungkinan ramai lelaki yang takut untuk mendekatinya dek kerana kehidupannya sebagai seorang selebriti.
“Pada saya, mungkin ramai lelaki yang takut nak dekat dengan saya kerana mereka mengatakan saya terlalu dominan dan high maintenance. Padahal saya bukanlah high maintenance pun.
“Saya seorang yang sangat mudah dan tenang sahaja. Mungkin mereka juga nervous melihat saya sebab asyik bergurau sahaja dan entah bila masa nak serius.
“Mungkin mereka ingat susah nak menyaingi energy saya. Mungkin selepas ini saya akan lebih bersopan santun,” ujarnya lagi.
Asalkan Bertanggungjawab
Katanya lagi, dia juga tidak kisah dipertemukan lelaki yang berpendapatan lebih rendah asalkan bertanggungjawab.
“Saya okay sahaja. Saya pun tiada ciri-ciri lelaki idaman yang tetap. Kalau lelaki itu boleh dibawa berbual, berbincang dan seorang yang bertanggungjawab, okay sahaja.
“Jika pendapatannya kurang daripada saya, saya terima. Saya ini orang biasa sahaja. Cuma pekerjaan saya sahaja di hadapan tv dan orang melibat macam glamour.
“Padahal, saya tetap manusia normal macam orang lain,” katanya lagi.
Tambah Sherry, dia juga terbuka untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki termasuk yang berstatus duda.
“Saya okay sahaja kalau lelaki itu berstatus duda asalkan sifatnya baik. Saya pun memang suka manjakan kanak-kanak. Kalau pasangan saya ada anak, itu bonus buat saya.
“Saya pun dah berusia, jika ada anak ‘segera’ apa salahnya,” kongsinya.
Dalam pada itu, Sherry akui kesibukkan jadual kerja membuat dirinya bertemu dengan orang baharu.
“Berkerja di dalam industri ini, saya asyik berjumpa dengan orang sama sahaja dan kebanyakkan mereka sudah berkahwin. Saya pula tak sempat nak keluar dan berjumpa orang baharu.
“Circle saya sangat kecil. Saya pula tak suka nak cari pasangan melalui sosial media. Saya lebih suka komunikasi secara berhadapan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI