Diana Amir berharap pihak stesen televisyen tempatan mempertimbangkan untuk tidak mengulang siar filem-filem lama sewaktu  dirinya belum mengenakan tudung meski mengakui dia tidak mempunyai hak untuk menghalang daripada ia terus disiarkan.

Bagaimanapun, kata ibu kepada dua cahaya mata ini menambah, andai perkara itu boleh dielakkan stesen televisyen, Diana atau nama lengkapnya, Nurdiyana Amir Hisham, 31, amat berterima kasih dan menghargai tindakan berkenaan.

Diana Amir Mohon Jasa Baik Stesen TV Tak Tayang Lakonan Sebelum Bertudung

IKLAN

“Sebenarnya kebanyakan peminat saya generasi muda ni mereka tidak tahu siapa saya sebelum ini. Namun bila mereka tonton lakonan saya, ada yang terkejut. Apa pun, saya faham peranan stesen televisyen untuk siarkan filem lama tapi atas budi bicaralah. Kalau ditanya secara personal, memang tak nak tonton. Jika orang komen pun, saya harap mereka tidak beri sebarang komen. Tak mahu orang bercakap mengenai hal tersebut. Sebab kalau kita nak bertaubat, kita kena benci apa yang sudah kita buat dulu,” luah Diana yang kerap menerima komen seumpama itu menerusi Instagram.

 

“Kalau ada yang beri komen, kadang-kadang saya balas kalau tidak beritahu hal tersebut pun tak mengapa. Malah, kalau sempat saya padam, saya akan padam. Tapi saya sedar, perkembangan internet sekarang pun menyukarkan kita untuk kita hapuskan. Cuma sebagai manusia, kalau kita sudah bertaubat, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Kita sudah buat sehabis baik dan selebihnya itu urusan Dia. Kita tawakal saja,” katanya ketika ditemui MH di sidang media memperkenalkan barisan Ikon Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia 2018 di Hotel De Palma Shah Alam baru-baru ini.

Diana Amir Mohon Jasa Baik Stesen TV Tak Tayang Lakonan Sebelum Bertudung

Selain Diana, turut sama terlibat menerusi program amal ini ialah  Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, Alyah, Mila Jirin, Dila Mubarak, Syamel, Lah Ahmad dan vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat.

IKLAN

Foto: MVM

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI