Mungkin ramai yang tidak tahu, penyanyi Mohd Mentor atau nama sebenarnya, Mohd Izwan Mohd Nor, 34, mempunyai isteri cantik yang dikahwini hampir lima tahun lalu.

Malah, ada yang mengaitkan wajah isterinya, Nurul Asyiqin Zaidi, 28, mirip pelakon Nora Danish dan Mohd mendedahkan, orang rumahnya itu pernah menerima tawaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi.

“Dia Tak Berapa Minat… Saya Sendiri Tak Galakkan,” – Isteri Iras Macam Kembar Nora Danish, Mohd Mentor Dedah Asyiqin Pernah Dapat ‘Offer’ Berlakon “Dia Tak Berapa Minat… Saya Sendiri Tak Galakkan,” – Isteri Iras Macam Kembar Nora Danish, Mohd Mentor Dedah Asyiqin Pernah Dapat ‘Offer’ Berlakon “Dia Tak Berapa Minat… Saya Sendiri Tak Galakkan,” – Isteri Iras Macam Kembar Nora Danish, Mohd Mentor Dedah Asyiqin Pernah Dapat ‘Offer’ Berlakon

“Sebelum ini dia ada tawaran dari pihak produksi untuk hadiri uji bakat, nak ambil berlakon. Cuma isteri sendiri tak berapa minat untuk terjun dalam industri. Tambahan pula saya sendiri tidaklah menggalakkan.

“Bimbang nanti tiada masa untuk keluarga, soal urus anak, biarkan pengasuh yang jaga dan sebagainya. Kisahnya ketika kami makan di kawasan pejabat, tiba-tiba ada individu menyapa dan tanya dia sama ada minat berlakon atau sebaliknya,” kata Mohd.

Ditanya sekiranya isterinya turut menerima tempias perhatian wargamaya selepas ini, Mohd  bagaimanapun, beri izin untuk Asyiqin terus aktif di media sosial.

IKLAN

Malah, isterinya itu turut mempunyai ramai pengikut di TikTok.

“Isteri bekerja di syarikat swasta. Kalau viral (yang baik-baik) melibatkan isteri, saya okay saja. Ini semua rezeki… kita pun tak tahu. Mana tahu disebabkan itu dia boleh jana pendapatan sampingan dengan lakukan ‘paid review’ juga kan?

“Soal berkongsikan aktiviti isteri dan keluarga di media sosial pula, Instagram saya tidaklah ramai pengikut. Jadi saya tidak kisah, okay saja. Buat apa nak sorok-sorok.

“Cuma kalau mahu bekerja secara berlebihan dalam industri seni itu rasanya tidaklah,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran restoran miliknya, Nasi Lemak Puakez di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

IKLAN

“Dia Tak Berapa Minat… Saya Sendiri Tak Galakkan,” – Isteri Iras Macam Kembar Nora Danish, Mohd Mentor Dedah Asyiqin Pernah Dapat ‘Offer’ Berlakon

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MOHD MENTOR (@mimn_official)

Mohd mendirikan rumah tangga Nurul Asyiqin pada 14 Oktober 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata,  Mohd Izz Rafael Mohd Izwan, tiga tahun.

Mengulas lanjut, juara Mentor musim keempat ini tidak menafikan tarikan tersendiri Nasi Lemak Puakez diharap dapat menarik minat pelanggan kawasan sekitar untuk mencuba hidangan yang ditawarkan.

IKLAN

“Bagi saya tarikan Nasi Lemak Puakez ini adalah sambal goreng dia. Saya sendiri pun suka dan ia jadi menu utama yang disediakan bersama Nasi Kukus. Pada masa sama kita juga ada menyediakan lain-lain lauk seperti kambing dan ayam panggang.

“Kiranya sajian tradisional kita adunkan bersama hidangan moden. Saya usahakan ia bersama rakan kongsi yang juga komposer, Iswandi. Alhamdulillah kita sudah ada dua cawangan.

“Yang pertama dibuka di Bemban, Melaka sejak tahun 2016. Syukur sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

“Jujurnya kami rancang untuk buka cawangan di Setapak ini sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, bagaimanapun kami ambil keputusan untuk menunggu sehingga semuanya baik, baru berani untuk buka,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI