Juri tetap program Gegar Vaganza musim keenam, Hetty Koes Endang atau mesra disapa Bonda Hetty ada memberikan reaksi yang lebih terperinci mengenai persembahan salah seorang peserta, Wann.

Menerusi minggu ketiga saingan, bintang berusia 49 tahun itu menyampaikan lagu Asmaradana, runut bunyi dari filem epik, Puteri Gunung Ledang.

“Apabila sudah sampai pada minggu ketiga, bagi saya secara peribadi sebagai juri kaau boleh tidak mahu lagi untuk memberi komen berkenaan dengan apa yang tidak betul dan sebagainya.

“Saya hanya mahu menonton sebuah persembahan dari mereka. Cuma tetap, bila ada markah yang perlu diberikan, maka kami akan menilai,” katanya.

“Berkenaan dengan Wann, pada minggu pertama terus-terang memang saya kritik dia, bukan kerana saya benci tetapi mahu berikan semangat buatnya.

IKLAN

“Dalam pertandingan, sebutan itu perlu jelas dan pada minggu kedua ya dia sudah berubah. Minggu ketiga, dia sudah kelihatan banyak kemajuan. Itulah peranan saya sebagai juri,” jelasnya.

Bintang senior Indonesia itu juga pada masa sama turut menekankan bahawa setiap kritikan yang beri bukan bertujuan untuk melemahkan semangat.

Sebaliknya, ia adalah sebagai ‘wake up call’ buat peserta untuk berikan persembahan yang lebih baik.

IKLAN

“Saya memberikan komen kepada semua peserta kalau ada yang terkurang tidak bererti saya tidak suka dengan kamu.

“Agar kalian perlu ‘bangun’, lakukan yang lebih baik.

“Itu pun kalau mahu didengar komentar dari  para juri.

IKLAN

“Kami yang menilai dan syukur kalau di antaranya ada peningkatan,” jelas Bonda Hetty lagi.

Juga, Bonda memberi pandangan sendiri yang membayangkan nyanyian Wann akan lebih kemas andai penyanyi itu menyampaikan lagu Asmaradana sambil bermain-main dengan selendang.

Minggu hadapan menerusi tema ‘Duet’, Wann akan membuat persembahan bersama Aris Ariwatan untuk lagu Engkau Laksana Bulan.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/2127963340840278?sfns=cl

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI