Pelakon jelita, Amyra Rosli ada memuat naik sekeping foto di laman akaun Instagram miliknya.
Bintang drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan itu telah menerima kejutan istimewa makan malam daripada suami, pelakon Amar Baharin meski Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara.
“#stayathome candle light dinner by @amarbaharin Dia rindu nak dating,” tulisnya.
Penari, Muhamad Haslam Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Alam Wakaka kesal dengan tindakan pemandu kereta langgar lari apabila mahu menukar lorong, sekali gus mengakibatkan penunggang motosikal yang dikenali sebagai penghantar Grab Food terbabas.
Video tersebut mulai tular di media sosial dan difahamkan kejadian berlaku di Lebuhraya Persekutuan.
“Memang salah moto ni tak ikut lane motor tapi kau dah kasi langgar sama itu moto kau blah (pergi) macam tu je. Kereta dah mahal, tapi otak macam haram. Kasi viral cari kereta ni!!,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata telah memberikan pendapat masing-masing mengenai perkongsian tersebut.
Dalam masa sama, peserta Dansa Dan Sing itu turut menasihati penunggang motosikal, khususnya golongan yang membawa dan menghantar pesanan makanan perlu berhati-hati di jalan raya.
“Harap dorang akan lebih berhati-hati,” balasnya menerusi satu ruangan komen netizen.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 30,000 tontonan.
Video : Instagram Alam Wakaka
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak mahu kenyataannya menerusi laman Instagram disalah erti, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof menegaskan luahannya tiada kena mengena dengan mana-mana individu.
Ini kerana, ada yang mendakwa ia dibuat kerana cemburu, busuk hati dengan ustaz atau mereka yang buat kebaikan di media sosial.
“Ada yang kata saya dengki busuk hati dengan ustaz dan orang yang buat kebaikan di media sosial. Pulak dah..apehal kesitu juah pula fikirannya? Tiada kena mengena dan lain yang saya maksudkan.
“Takpelah, sabar jela. Tak perlu kita berbalah benda sia-sia disaat musibah makin teruk sekarang. Kita cari redha Allah sama-sama.
“Apepun, media sosial telah menjadi fitnah besar akhir zaman. Hati2 lah dan jangan kita kalah dengan agenda “mereka,” luahnya lagi menerusi Instagram.
Malah, bintang Munafik ini turut menambahbaik posting terdahulu agar netizen tidak melencong jauh dengan maksud sebenar yang mahu disampaikan.
Jelasnya netizen kerap kali mempersoalkan andai soal sedekah, amalan membaca Al-Quran atau perihal agama semata-mata ia tidak dipertontonkan di laman sosial.
“Awak tak sedekah apa2 ke? Awak tak amal baca Quran ke? Asyik layan lagu tak zikir ke?
“Zaman ini..aku keliru. Adakah sedekah jariah perlu dikongsi di media sosial. Adakah insan dianggap lalai jika tidak dipertontonkan amalnya?
“Tidak menghakimi sesiapa hanya khuatir rasa ikhlas pudar dari jiwa.
“Segelintir beranggapan jika tidak post gambar sedekah/baca Quran/masjid/sejadah maka bermakna org itu telah jauh dari agamanya.
“Akhirnya media sosial telah menjadi kayu ukur buku amalan seseorang dimata manusia. Tahniah iblis.
“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pengiktirafan Mu itu lebih maha penting daripada pengiktirafan manusia,” kongsinya lagi.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.