Penyanyi asal Indonedia, Keisya Levronka kembali memberikan kejutan buat para peminatnya apabila muncul dengan single ‘Tak Ingin Usai’ yang turut menampilkan penyanyi Nabila Razali.

Lagu yang sebenarnya menjadi single keempat Keisya yang dilancarkan Mei 2022 laiu di bawah Universal Music Indonesia dan dicipta oleh Mario G Klau bersama Tohpati yang bertindak sebagai penerbit.

Projek kolaborasi ini bermula daripada video nyanyian semula lagu berkenaan yang dimuat naik Nabila di saluran YouTube sekaligus mendapat respons pelbagai dari peminat di Malaysia mahupun Indonesia.

Susulan itu, Universal Music Indonesia dan Universal Music Malaysia, sebagai label rakaman yang menaungi kedua-duanya melakukan projek kerjasama kolaborasi duet istimewa mereka, mengambil judul terbaru, ‘Tak Ingin Usai (Versi Duet)’.

“Sangat senang sekali dapat bekerjasama dengan Nabila, dia mempunyai kualiti vokal yang sangat bagus.

IKLAN

“Mudah-mudahan lagu ini makin diterima bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia, juga di negara-negara lain, itu harapan kita semua,” ujar Keisya tentang projek kolaborasi ini.

Kualiti dan karakter vokal yang sangat kuat dari keduanya membuat lagu ini semakin sedap untuk didengar.

“Dia Punyai Kualiti Vokal Yang Bagus,” – Lagu Duet, Nabila Razali Dipuji Keisya Levronka “Dia Punyai Kualiti Vokal Yang Bagus,” – Lagu Duet, Nabila Razali Dipuji Keisya Levronka “Dia Punyai Kualiti Vokal Yang Bagus,” – Lagu Duet, Nabila Razali Dipuji Keisya Levronka

IKLAN

Bukan saling mendominasi, namun keduanya saling mengisi satu sama lain.

Terdahulu, Keisya Levronka pernah meraih penghargaan dari Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-23 (AIM23) September 2022.

IKLAN

Dia meraih penghargaan tersebut untuk kategori “Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara”.

Sementara itu, peminat juga disajikan video lirik yang sangat menarik dari single ‘Tak Ingin Usai (Duet Version)’ ini.

Video lirik berkenaan dihasilkan di Malaysia saat Keisya Levronka melalukan aktiviti promosi di negara tersebut dan diarahkan oleh Irfan Ramos.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI