Ibu tiri kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi atau mesra disapa Makde mendedahkan, pada hari arwah dibawa ke hospital, arwah minta dia untuk memindahlan sejumlah wang dalam akaun peribadi arwah ke akaun bank miliknya.

Menurut Siti Fatimah,34, dia pada awal tertanya-tanya mengapa Siti Sarah memintanya untuk berbuat demikian.

“Dia Minta Saya Sedekahkan RM30,000…,” – Sebelum Dibawa Ke Hospital, Arwah Siti Sarah Minta Ibu Tiri Sedekahkan Duit Dalam Akaun “Dia Minta Saya Sedekahkan RM30,000…,” – Sebelum Dibawa Ke Hospital, Arwah Siti Sarah Minta Ibu Tiri Sedekahkan Duit Dalam Akaun “Dia Minta Saya Sedekahkan RM30,000…,” – Sebelum Dibawa Ke Hospital, Arwah Siti Sarah Minta Ibu Tiri Sedekahkan Duit Dalam Akaun

“Ketika menunggu ketibaan ambulans datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, dia hantar mesej kepada saya dan minta saya berbuat demikian.

“Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hospital untuk menerima rawatan.

“Namun, ketika sedang sakit dan sebelum ditidurkan, dia minta saya untuk sedekahkan wang RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.

“Dia juga bertanya adakah jumlah itu mencukupi, kemudian saya beritahu, terpulang. Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan,” katanya.

IKLAN

“Dia Minta Saya Sedekahkan RM30,000…,” – Sebelum Dibawa Ke Hospital, Arwah Siti Sarah Minta Ibu Tiri Sedekahkan Duit Dalam Akaun “Dia Minta Saya Sedekahkan RM30,000…,” – Sebelum Dibawa Ke Hospital, Arwah Siti Sarah Minta Ibu Tiri Sedekahkan Duit Dalam Akaun “Dia Minta Saya Sedekahkan RM30,000…,” – Sebelum Dibawa Ke Hospital, Arwah Siti Sarah Minta Ibu Tiri Sedekahkan Duit Dalam Akaun “Dia Minta Saya Sedekahkan RM30,000…,” – Sebelum Dibawa Ke Hospital, Arwah Siti Sarah Minta Ibu Tiri Sedekahkan Duit Dalam Akaun

Tambahnya lagi, Siti Sarah juga pernah memberitahunya dia mahu berehat pada bulan Ogos.

“Arwah juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos.

“Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat. Tak sangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda arwah berehat selama-lamanya,” katanya.

IKLAN

Dalam pada itu, Siti Fatimah yang juga rakan kongsi perniagaan menerusi syarikat Ratasya Empire Sdn Bhd yang beroperasi di Puchong, Selangor berkata, dia terkejut dengan sambutan luar biasa dan peningkatan jualan perniagaan diusahakan sejak beberapa hari ini.

“Alhamdulillah peningkatan jualan sangat mengejutkan saya dan kakitangan. Bayangkan, ada ejen tidak aktif kembali rancak menambah produk selepas mendapat permintaan tinggi.

“Paling laris ialah jubah yang dipakai arwah. Kami ada menambah keluaran pada Aidiladha lalu dan permintaan sangat menakjubkan.

IKLAN

“Ada juga ejen memaklumkan yang mereka mahu membeli jubah kerana mahu dijadikan kenangan dan mengikut jejak arwah suka bersedekah,” katanya.

“Dia Minta Saya Sedekahkan RM30,000…,” – Sebelum Dibawa Ke Hospital, Arwah Siti Sarah Minta Ibu Tiri Sedekahkan Duit Dalam Akaun “Dia Minta Saya Sedekahkan RM30,000…,” – Sebelum Dibawa Ke Hospital, Arwah Siti Sarah Minta Ibu Tiri Sedekahkan Duit Dalam Akaun

Sebagai info, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.

“Dia Minta Saya Sedekahkan RM30,000…,” – Sebelum Dibawa Ke Hospital, Arwah Siti Sarah Minta Ibu Tiri Sedekahkan Duit Dalam Akaun “Dia Minta Saya Sedekahkan RM30,000…,” – Sebelum Dibawa Ke Hospital, Arwah Siti Sarah Minta Ibu Tiri Sedekahkan Duit Dalam Akaun

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI