Pelakon, Remy Ishak mendedahkan dia dan isteri berasa amat terharu selepas menerima hadiah perkahwinan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut Remy, dia dan isteri, Ezza Yusof menyifatkan pemberian tersebut sebagai hadiah paling istimewa sempena majlis pernikahan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

“PATIK DAN ISTERI MERAFAK SEMBAH MENJUNJUNG KASIH KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH DAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUNKU HAJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI AL-MARHUM AL-MUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ.

“Atas anugerah perkahwinan dari Istana kepada kami berdua. Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia ALLAH SWT buat Tuanku dan Tungku,” tulisnya lagi.

Terima Hadiah Daripada Yang Di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong, Remy Ishak & Isteri Luah Rasa Terharu

IKLAN

Ucapan penghargaan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Sangkar itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Remy turut dilihat menitipkan doa semoga Yang Dipertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong diberikan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Terima Hadiah Daripada Yang Di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong, Remy Ishak & Isteri Luah Rasa Terharu

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa teruja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Remy dan juga isterinya.

IKLAN

“Wah, dapat hadiah daripada Agong. Bukan biasa-biasa ni. Tahniah both of you.

“Congratulations both of you. Bestnya dapat hadiah daripada Tuanku.

“Wah, untungnya pasangan pengantin.

“Wow, special tu bang. Bukan biasa-biasa dapat gift daripada YDPA dan Tuanku Permaisuri,” Antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

IKLAN

Terima Hadiah Daripada Yang Di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong, Remy Ishak & Isteri Luah Rasa Terharu Terima Hadiah Daripada Yang Di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong, Remy Ishak & Isteri Luah Rasa Terharu

Terdahulu, Remy dan Ezza telah pun selamat melangsungkan majlis pernikahan mereka pada Sabtu lalu dalam sebuah majlis ringkas yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pasangan sama cantik sama padan ini diijabkabulkan berwalikan abang pengantin perempuan, Rozman Yusof.

Majlis akad nikah berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Sumber: Instagram Remy Ishak, Ezza Yusof & @riseandwin.asia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI