Chadwick Boseman merupakan seorang pelakon yang disegani ramai. Mula bergiat serius dalam dunia seni pada tahun 2000, namanya berada di puncak apabila terpilih untuk memegang watak adiwira Black Panther pada tahun 2018. Sebagai watak adiwira utama pertama berkulit hitam yang diketengahkan, filem tersebut meraih kejayaan besar dan sekaligus membuatkan dia terkenal seluruh dunia.

Namun begitu siapa sangka, dia telah menhembuskan nafasnya yang terakhir tahun lalu akibat penyakit kanser kolon pada usia 43 tahun. Sebelum itu kelibatnya yang tampil kurus telah menimbulkan pebagai spekulasi. Dia yang berahsia tentang penyakit yang dihidapinya meninggal sambil dikelilingi keluarga terdekat di rumah.

Setahun selepas kematiannya, kini nama pelakon popular ini telah secara rasminya diabadikan pada salah sebuah kolej seni halus di Universiti Howard, Washington D.C. Kolej tersebut telah dinamakan sebagai Chadwick A.Boseman College of Fine Art.

Chadwick menerima anugerah doktor kehormat dari Universiti Howard

Menurut hantaran yang dimuat naik di ruang Instagram Universiti Howard tertera penjelasan, “Kelmarin pemasangan papan tanda Kolej Seni Halus Chadwick A. Boseman telah dilakukan. Seorang ikon dalam kelasnya tersendiri dan telah meninggalkan legasi yang tidak terukur bagi legasi yang seterusnya. Terima kasih Mr.Boseman.”

Keputusan untuk menukar nama kolej tersebut telah diumumkan pada Mei tahun ini lagi. Chadwick merupakan graduan dari Universiti Howard dan tamat pengajian pada tahun 2000. Sejak itu di banyak memberi sokongan dalam pembangunan universiti tersebut.

Diharapkan dengan penjenamaan semula nama kolej tersebut  memberikan inspirasi kepada generasi seterusnya untuk cemerlang di dalam bidang seni sebagaimana cemerlangnya Chadwick dalam kerjayanya.

Sumber gambar: Instagram Chadwick Boseman

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI