Tidak menyangka, dalam berduka kehilangan abang tersayang, Ali Puteh mendapat perkhabaran gembira apabila isterinya, Melati Fitri Abdullah kini sedang hamil enam minggu.
Memetik laporan Astro Gempak, dia menyatakan isteri perlu membuat pemeriksaan berkala dan diberi perhatian khas kerana kandungan sebelum ini mengalami jantung berlubang.
“Syukur pada mu Ya Allah, sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik perancang…Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.
“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.
Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja.
Ads
“InsyaAllah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu hamil lain.
“Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’ (anak mengalami jantung berlubang).
Ads
“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya” katanya seperti yang dipetik.
Sekadar imbasan, Ali kehilangan puteri kedua, Sharifah Nur Ainul Mardhiah pada 26 November tahun lalu selepas 17 hari dirawat di hospital akibat penyakit jantung berlubang dan masalah injap jantung terbalik.
Penyanyi, Nora Ariffin mendedahkan dirinya berserah kepada takdir Allah andai selepas ini dia dikurniakan jodoh bersama teman baru.
Kongsinya kepada MH, dia tidak mencari sebaliknya hanya mendoakan yang baik-baik buat dirinya sekeluarga.
“Kita berserah… Sudah dekat tiga tahun pun. Bagi saya, hanya berserah. Kalau perkara yang baik selalu kita doa, minta diberikan benda yang baik. Kalau Allah bagi yang baik, baiklah.
“Yang cuba mendekati itu, tidak dapat larilah. Akan tetapi okay sahaja. Berkawan-kawanlah.
“Nak kata tutup pun tak baik, nak kata tak tutup pun tak baik kan? Bila sampai masanya itu, sampailah. Memang kalau nak mencari, nak dapat macam arwah tu tak akan sama. Tak akan jumpa kan.
“Saya tidaklah mencari pun, kalau anak-anak okay, saya okay. Mereka okay malah kadang-kadang sakat saya. Apa pun kawan memang ramai, tak dapat nafi,” terangnya jujur.
Ditanya mengenai sejauh mana ingatannya terhadap bekas suami, komposer Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 lalu itu, penyanyi Sandiwara ini punya jawapan sendiri.
“Kadang-kadang pada hari tertentu misalnya bulan puasa, Hari Raya atau bila tatap fotonya… ‘habis’, tak boleh buat kerja. Jadi saya kena sibukkan diri dengan fikirkan hal lain.
“Bagi saya kena buka minda, usah terlalu sedih. Cuma pesanan arwah katanya hidup kita tidak lama dan apa kemuncak kita, iaitu nak ke syurga. Dia selalu ingatkan. Saya pegang itulah.
“Kita ni bukannya baik sangat, tapi kita nak tanamkan diri kita untuk jadi individu yang lebih baik,” jelas bintang berusia 46 tahun ini lanjut.
Berkongsi apakah nasihat atau kata yang boleh dititipkan buat wanita yang mempunyai nasib hampur serupa sepertiya, Nora mengakui hidup secara sederhana adalah lebih baik.
“Saya petik pesanan daripada Profesor Muhaya. Katanya, kadang-kadang Dia ambil apa yang kita sayang kerana kita terlalu ‘bertuhankan’ kepada sesuatu perkara itu.
“Contohnya, kalau kita terlalu sayangkan suami sampai ‘lupa’ Tuhan, tidak boleh. Mungkin Allah akan ambilnya sama ada meninggal dunia atau diambil orang lain atau apa sahaja. Begitu juga sebaliknya.
“Kalau kita semua ada, mungkin Allah berikan penyakit dan akhirnya kita tahu ada duit pun tak boleh nak sembuhkan penyakit. Jadi usah terlalu taksub, bersederhana. Yang penting hubungan kita dengan Pencipta,” terangnya lagi.
Terdahulu, Nora ditemui pada majlis perlantikan sebagai duta produk kecantikan, Prettian.
Pengarah Prettian Malaysia, Fauziah Abdul Aziz sebagai dipetik berkata, pemilihan penyanyi itu dibuat berdasarkan kepada penampilan dan kecantikan semula jadi selebriti itu yang tidak di makan usia.
“Kita memang ada mendekati Nora dan beliau sendiri memilih untuk mencuba dulu produk ini sebelum bersetuju.
“Bagi kami, Nora mempunyai kualiti paling signifikan dengan Prettian Malaysia iaitu asas kecantikan secara semula jadi,” katanya.
Prettian merupakan produk premium dengan bahan asas dari Pulau Jeju dan ia adalah siri produk penjagaan kecantikan daripada Korea yang juga dikenali sebagai K Beauty.
Prettian Malaysia yang diasaskan oleh Noor Alhan Ismail, sudah berada di pasaran sejak setahun lalu dengan siri produk seperti Triple Oil Cleanser, Moisturiser, Silky Brightening BP
Sehubungan itu, pelbagai projek dirancang bersama Nora, termasuk siri jelalah di beberapa lokasi terpilih.
Pada majlis sama, Nora turut menyampaikan beberapa buah lagu, termasuk secara duet bersama bintang remaja, Raja Syahiran.
Selepas diberi ujian pemergian anak dan abang tercinta dalam masa terdekat, pelawak Ali Puteh sekali lagi berdepan dengan ujian apabila Instagramnya pula digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Perkara itu diumumkan Ali menerusi ruangan sebuah entri di Instagram barunya yang menggunakan nama @aliputehofficial.
“Allah uji lagi…IG Pula Di curi…insyaallah terus bersabar kerana bila Kita sabar, Allah syg Kita,” tulisnya.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal dengan pendirian untuk terus bertanding di Anugerah Industri Muzik (AIM), meskipun ada yang berpandangan statusnya sebagai figura berpengaruh dalam industri membuatkan dia tidak lagi perlu bersaing di pentas berkenaan.