
Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan rapper, Kayda Aziz yang selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Syafiq, dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di sebuah lokasi di Ara Damansara, Selangor.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh ibu Kayda, penyanyi legenda Datuk Sheila Majid, menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.
“Dia dah bertunang! Semoga Allah permudahkan segala urusan,” katanya ringkas, penuh syukur.
Sheila atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid, 60, turut memuat naik beberapa foto sekitar majlis hari bahagia itu.
Ucapan Tahniah Dari Rakan Artis & Peminat
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet serta rakan selebriti turut tampil memberikan ucapan tahniah kepada Kayda atau nama penuhnya Wan Nur Khaleda Roslan, 34, atas pertunangannya.
Antara bintang terkenal yang turut menitipkan doa dan ucapan termasuklah Anuar Zain, Ning Baizura, Noryn Aziz, Ella dan ramai lagi.
Kayda ialah anak sulung Sheila hasil perkahwinan pertamanya bersama komposer terkenal Roslan Aziz.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1989 namun berpisah pada tahun 2000.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kayda dan Megat Abdul Majid.
Kemudian, Sheila kembali bergelar isteri selepas berkahwin dengan komposer Datuk Hashridz Murshim Hassim atau lebih dikenali sebagai Acis pada tahun 2003.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Khadeja Zaireen dan Khalifa Laila.
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun menerima hampir 6,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI